Monday, May 7, 2012

MUSTAHIL ATAS ALLAH BERSIFAT QIYAMUHU TA’ALA BIGHOIRIH & DALIL-DALILNYA

MUSTAHIL ATAS ALLAH BERSIFAT QIYAMUHU TA’ALA BIGHOIRIH(ADANYA ALLAH TA’ALA DENGAN YANG LAIN), DI SINI ADA 2 MAKSUD : 


 1) Mustahil atas Allah menumpang di benda yang lain kerana DIA sendiri adalah Zat bukan sifat, dalilnya ialah: 


 a) jika Allah itu menumpang di benda yang lain, maka tentulah DIA sifat, kerana sifat menumpang di benda yang lain 


 b)jikalau Allah itu sifat, nescaya tentulah DIA tidak bersifat dengan sifat-sifat Ma’ani seperti sifat Qudrat, Iradah dan lain-lain, kerana sifat Ma’ani tidak boleh menumpang di sifat, sifat Ma’ani hanya menumpang di Zat Allah. 


 c) jikalau DIA tidak bersifat dengan sifat-sifat Ma’ani seperti sifat Qudrat, Iradah dan lain-lain, tentulah DIA tidak boleh buat alam ini kerana tidak ada sifat sifat Qudrat, Iradah dan lain-lain. 


 d) ) jikalau DIA tidak boleh buat alam ini, tentulah alam ini tidak ada. 


 e)hukum alam ini tidak ada, adalah mustahil, kerana sudah ada dengan pandangan mata kita.


 f)nyatalah dengan ada alam ini, maka Allah yang menjadikannya.


 g)nyata daripada Allah yang menjadikannya, maka tentulah Allah mempunyai sifat-sifat Ma’ani seperti sifat Qudrat, Iradah dan lain-lain


 h)nyata daripada tentulah Allah mempunyai sifat-sifat Ma’ani seperti sifat Qudrat, Iradah dan lain-lain, maka tentulah DIA bukan sifat.


 i)nyata daripada DIA bukan sifat, maka tentulah DIA zat. 


 j)bila DIA zat, maka nyatalah DIA tidak menumpang di yang lain. 




2) Mustahil atas Allah ada orang lain menjadikanNYA, kerana DIA qodim, dalilnya:



  • Jika ada orang lain menjadikanNYA,tentulah DIA bukan qodim. Jika Allah bukan qodim tentu DIA baru. 
  •  Jika Allah itu baru tentu DIA lemah.
  •  Jika Allah lemah, tentu DIA tidak berkuasa.
  •  Jika Allah tidak berkuasa, tentu DIA tidak boleh buat alam ini.
  •  jikalau DIA tidak boleh buat alam ini, tentulah alam ini tidak ada hukum alam ini tidak ada, adalah mustahil, kerana sudah ada dengan pandangan mata kita.
  •  nyatalah dengan ada alam ini, maka Allah yang menjadikannya.
  •  nyata daripada Allah yang menjadikannya, maka tentulah Allah berkuasa. 
  •  nyata daripada Allah berkuasa, tentulah DIA tidak lemah nyata daripada Allah tidak lemah, tentulah DIA tidak baru nyata daripada Allah tidak baru, tentulah DIA bukan baru.
  •  nyata daripada Allah bukan baru, nyata DIA Qodim.
  •  Bila DIA qodim, tentulah DIA tidak ada orang yang menjadikanNYA.

No comments:

Post a Comment