Tuesday, January 8, 2013

Kitab Aqidatu Najin

Syar’an: Ertinya wajib mengenal Allah dan Rasul(ada 3 syarat mengenal Allah dan Rasuliaitu: 

1)Jazam 2)muafakat dengan nafsu amri 3)dalil

Mengikut pendapat Abu Hasan Asha’ari dan pengikut-pengikutnya, mengenal Allah dan mengenal rasul dengan sebab kedatangan syarak atau dengan sebab diutuskan rasul dengan syarat seseorang itu mesti berakal.

Mengikut pendapat Abu Mansur Al-Maturidhi dan pengikut-pengikutnya, mengenal Allah dan mengenal rasul dengan berakal semata-mata, tetapi kalau hukum feqah mesti melalui kedatangan syarak.

Mengikut pendapat Muktazilah , mengenal Allah dan mengenal rasul dan juga untuk hukum feqah hanya dengan akal semata-mata, kalau baik mengikut akal, maka baiklah semuanya, kalau jahat mengikut akal, jahatlah kesemuannya.

Dan kata musonnif (ainya’rifa) qoul yang tahqiq(qoul yang sebenar-qoul bawa masalah dan bawa alasan sekali) bahawa ma’rifat dan ilmu itu adalah sama dari segi pengertian iaitu jazam yang muafakat bagi yang sebenar daripada dalil, maka makna jazam itu ialah pegangan yang yakin, putus, kuat, kejap atau tetap, dan keluar daripada jazam itu ialah 3 perkara: 1)syak(ragu-ragu)- sama berat(50-50). 2)zhon(berat sebelah)-(75%) 3)waham(ringan sebelah)(25%) 



Ittifaq atau ijmak ulamak mengatakan kafir ata tidak beriman seseorang jika dia masih zhon atau waham dalam bab tauhid ini.

Dan bagi qoul yang beri’tikod tidak muafakat dengan diri perkara(seperti wahabi), maka ini dipanggil jahil murrokab seperti jazam nasoro(kristian) menigakan tuhan , iaitu mengatakan Allah itu tuhan bapa, Nabi Isa itu anak tuhan dan Maryam itu.

Contoh lain: Pihak kafir Majusi menyembah api, iaitu api kecerahan(kebaikkan) dan api zhulumat(keburukan).

Sumber: Kitab Aqidatu Najin- Huraian Baba Idris Al-Fatoni



No comments:

Post a Comment