Wajib syara’ atas setiap mukallaf mengi’tikodkan bahawa harus bagi Allah Ta’ala membuat apa-apa mumkin(makhluk) atau tidak membuat apa-apa mumkin.
Hukum Allah Ta’ala bersifat dengan harus adalah wajib.
Harus bagi Allah Ta’ala membuat apa-apa mumkin atau tidak membuat apa-apa mumkin bermaksud Allah Ta’ala bebas atau tiada paksaan daripada orang lain untuk membuat apa-apa mumkin atau tidak membuat apa-apa mumkin tetapi jangan ditilik pada ta’luk ilmu dan ta’luk irodat kerana bila ditilik pada ta’luk ilmu dan ta’luk irodat, maka wajib Allah Ta’ala membuat mumkin atau wajib Allah Ta’ala tidak membuat apa-apa mumkin.
Jadi, sifat harus Allah Ta’ala ini jangan ditilik atau dipandang dengan ta’luk ilmu dan ta’luk irodat, hanya ditilik pada sifat harus semata-semata iaitu harus dengan makna Allah Ta’ala boleh pilih nak membuat apa-apa mumkin atau tidak membuat apa-apa mumkin.
Maka sifat harus bagi Allah Ta’ala bukanlah wajib pada akal, bukan juga wajib pada syara’ dan bukan mustahil.

Dalil sifat harus:
Jika kita fikir dengan mengatakan bahawa jika sifat harus bagi Allah Ta’ala wajib pada akal, maka tentu qodim kerana perkara yang wajib pada akal yang berkaitan dengan hukum akal adalah qodim kesemuanya, ini membawa kepada qodim mumkin(makhluk), maka ini mustahil kerana berbilang-bilang qodim.
Jika kita fikir dengan mengatakan bahawa jika sifat harus bagi Allah Ta’ala wajib pada syara’, tentulah Allah Ta’ala di bawah undang-undang orang lain, maka ini jugak mustahil.
Jika kita fikir dengan mengatakan bahawa jika sifat harus bagi Allah Ta’ala itu mustahil, maka tentulah mumkin(makhluk) ini tidak ada, hukum mumkin ini tidak ada, adalah mustahil kerana sudah ada dengan pandangan mata kepala kita.
Maka kejaplah di hati kita mengatakan Allah Ta’ala bersifat dengan harus.
Jika ada kesilapan, mohon teguran.
Sumber: sebahagian di ambil daripada kitab Taqribul Ikhwan karangan Syeikh Abdul Qodir Bin Wan Ngah (Ayah Der).
No comments:
Post a Comment