Wednesday, September 21, 2011

Buku “Hakikat Insan” Oleh Haji Ahmad Laksamana

Negara Asal Malaysia
Tarikh Isu 1997-10-12
Pengarang Dato’ Haji Muhammad bin Haji Hassan
Rujukan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
Nota
Dato’ Haji Sulaiman Taib b. Haji Ahmad Mufti Negeri Pahang [S.S.M. Phg. 04/010/97; M.U.I. Phg. 2/116/2.]
Soalan:
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36 (2) Enakmen itu:
Jawapan:
A. Bahawa buku yang bertajuk “Hakikat lnsan” karangan Haji Ahmad Laksamana, Kota Bharu, Kelantan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.
B. Bahawa orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan” adalah sesat dan bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.
C. Oleh yang demikian:
(1) Mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan” adalah menyeleweng dan menjadi murtad.
(2) Mana-mana orang Islam adalah dilarang:
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan”.
(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku “Hakikat lnsan” atau mana-mana bahagiannya, termasuk: .
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa jua bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada buku “Hakikat lnsan”.Pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;
(c) mengembangkan ajaran-ajaran buku “Hakikat lnsan”;
(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan”.
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1835&Itemid=48
sumber:http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/20/buku-%E2%80%9Chakikat-insan%E2%80%9D-oleh-haji-ahmad-laksamana/

No comments:

Post a Comment