Menyimpan Emas Sambil
Melabur Part 1
OK, sebelum saya explain tentang beli emas sebagai PELABURAN.
Saya nak explain dulu bahawa sebenarnya Nilai emas tidak pernah naik.
Nilai emas tetap sama. sebab tu 1400 tahun dahulu herga se ekor
kambing adalah 1 dinar, harga seekor kambing hari ini juga 1 dinar. yang Nampak
Emas makin Mahal dari tahun ke tahun tu sebenarnya ia disebabkan INFLASI
dan NILAI wang kertas yang makin jatuh sebab boleh dicetak sesuka hati. Apa itu
inflasi, Sila baca Artikel mengenai “Emas Sebagai Pelindung Simpanan“.
Dalam Islam tiada istilah pelaburan EMAS, sebab cuma sekadar
sebagai simpanan sahaja dan digunakan bila keadaan makin terdesak dan
kesempitan wang. Cuba baca rencana ini:
Akan tetapi di zaman KERTAS digunakan sebagai matawang, sambil
kita menyimpan EMAS, kita juga boleh jadikan pelaburan disebabkan kenaikan
harga emas (harga je naik, nilai tetap sama) antara 20-30% setahun (tahun 2008
naik 66%), dipendekkan cerita cuba tengok perbandingan di bawah :-
Akaun Simpanan (low risk) – 1% setahun
Simpanan Tetap (low risk) – 3-4% setahun
ASB/ASN (low risk) – 8-10% setahun
Unit Amanah (medium risk) – 8-10% setahun
Hartanah (medium risk) – 10% setahun
Saham – (high risk) – xxx% setahun
EMAS – (low risk) – 20-30% setahun
Kalau beli emas sebagai simpanan, beli jer bila2 masa. Akan
tetapi bila beli emas sebagai pelaburan bermakna Buy low, sell high iaitu beli
harga terendah dan jual balik pada harga tertinggi. Yang nie Kena monitor harga
tetiap hari. Maksud saya bukan kena monitor harga sepanjang tahun, cukup la
monotor harga masa nak beli dan jual balik.
Pergerakan Harga Emas dalam Sebulan
Harga emas tahun 2010
Camnie, walaupun dalam setahun harga emas sentiasa naik, tapi
dalam sebulan tu ada turun naiknya. so, masa kita nk beli, kita monitor harga
emas tuh untuk cari harga terendah pada bulan tersebut. then selepas beli, emas
tuh kita simpan. tak perlu lagi monitor harga emas tiap-tiap hari. Simpan jer
dan tunggu selama antara 6 bulan hingga 1 tahun. lagi lama lagi bagus. kemudian
bila dah setahun, kita nak jual balik masa tu la kita kena monitor balik harga
untuk mencari harga tertinggi dalam bulan tersebut. Ini la yang dinamakan buy
low, sell high.
Sambil Melabur,
Sambil Menyimpan.
Bagaimana nak kira keuntungan? macamnie, andai emas dah naik 25%
dari harga semasa kita beli. Spread harga jual/beli Emas Public Gold Ialah 6%.
jadi 25%-6%= 19%, so keuntungan pelaburan emas ialah 19% setahun. ini bermakna,
jika beli emas 50g berharga 8k, untung bila jual balik (19%) ialah sebanyak
rm1,520
untuk monitor harga emas boleh tengok di sini
http://www.kitco.com/charts/livegold.html
http://www.kitco.com/charts/livegold.html
untuk tengok sejarah harga emas tahun2 sebelum tengok di sini
http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html
http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html
SAMBUNG : — > Menyimpan Emas Sambil Melabur Part 2
No comments:
Post a Comment