Saturday, May 26, 2012

Mengapakah Pelabur Boleh “Rugi” Dalam Unit Trust?



Ada beberapa client lain yang pernah melabur dalam unit trust sebelum ni kata takmau dah melabur. Serik sebab “rugi”. Frust dan marah. Kenapa pelabur boleh “rugi” dalam unit trust? Betul ke “rugi” atau pelabur tak paham atau consultant tiada strategi? Antara sebab-sebab pelabur boleh rugi seperti di bawah: 



1) Consultant Yang Hampeh.Com

Sebab utama pelabur rugi adalah kerana mempunyai consultant yang tidak boleh diharap dan tidak tahu strategy pelaburan.

Consultant sekadar mahukan komisen, kemudian cabut lari atau mengabaikan pelaburan anda. Contohnya anda telah melabur pada harga yang tinggi.

Ketika harga sedang jatuh, consultant tak advise buat switching ke bond/money market atau ketika harga harga paling rendah, consultant tak advise top up pelaburan so that cepat breakeven (dapat untung). Tak kisah la consultant anda seorg full-time atau part-time consultant.

Tapi sila pastikan dia seorg yang bertauliah, berdedikasi, boleh memantau secara konsisten serta memberikan pandangan terhadap pelaburan anda. 




2) Pelabur Yang Tak Nak Tahu Apa-Apa 

Agak bermasalah bila pelabur langsung tak berminat nak tahu pasal unit trust, tapi main redah jer nak invest sebab tgk org lain pun invest.

At least tau basic pun jadi la. Bukan apa, nanti payah consultant nak advise apa perlu buat sepanjang tempoh pelaburan.

Pelabur yang tak tahu apa2 ni la selalu payah nak dinasihatkan and belum apa2 dah claim pelaburan dah rugi.

 Contoh kelakar adalah sorg pelabur XYZ kat internet , belum apa2 dah panik dan canang semua org dah rugi, padahal baru invest.

Mesti la bang ooiii….awal2 dapat statement mesti la duit kurang sebab kena service charge 5%!

Seterusnya kena la faham la market tengah naik atau turun, kemudian mintak atau dengar nasihat consultant.  



3) Pelabur Yang Ingat Unit Trust = Saham Cepat Kaya 

Jika anda nak untung dalam tempoh yang singkat, sila jangan melabur dalam unit trust. Unit trust bukan skim cepat kaya.
 Unit trust boleh memberikan keuntungan sekiranya anda melabur dalam tempoh 3 tahun dan ke atas dengan strategy yang sesuai.

Tidak dinafikan ramai jugak client saya yang boleh untung dalam 5-8 bulan selepas melabur. Ini kerana mereka telah masuk pada harga yang rendah, kemudian harga naik dan naik (keuntungan melalui capital gain).

 Kalu timing kena memang rezeki anda. Jika tidak, BERSABAR. Yang penting adalah unit. Duit itu tidak kemana, masih di dalam dana tersebut. Jika anda keluarkan pada harga yang rendah, anda yang rugi. 



4) Pelabur Yang Suka-Suka Tukar Plan 

Sebelum melabur, adalah penting untuk pelabur menetapkan objektif pelaburan; jangkamasa sederhana atau jangkamasa panjang.

 Contohnya, pelabur A mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan jangkamasa panjang.

 Tetapi tak sampai 6 bulan melabur, tiba-tiba pelabur ingin mengeluarkan duit tersebut untuk beli kereta baru.

 Kebetulan, harga sedang jatuh dan time tu jugak dia nak exit. So confirmlah tak untung. Oleh itu sebelum melabur, fikirlah masak-masak.

Kalau tiada DUIT LEBIH yang boleh disimpan untuk jangkamasa panjang, jangan melabur.




5) Pelabur Yang Suka Dengar Ramalan Orang 

Ingat, tiada siapa-siapa dalam dunia ni yang boleh meramal dengan tepat apa akan berlaku pada masa hadapan.

 Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan. Jangan semata-mata dengar daripada kawan-kawan unit trust ni rugi atau pun ekonomi nak jatuh, terus panik nak keluarkan duit.

 Sekiranya benar ekonomi jatuh pun, kita sentiasa ada strategy lain seperti switching. Unit trust adalah medium risk, bukan macam saham.

Saham kalau saham Company A jatuh, pelabur terus rugi. Tapi Unit Trust kalau Company B jatuh, Company C, D, E dan sebagainya masih boleh stabilkan

Dana A. Itulah yang bagusnya bila ada diversification of portfolios.

 Harga kalau jatuh pun tak mendadak, berapa sen jer sehari. Rilex. 



6) Pelabur Yang Tak Nak Dengar Nasihat 

Ada sesetengah pelabur merasakan mereka lebih bijak merancang pelaburan mereka. Tetapi ada kemungkinan perancangan atau pemahaman mereka adalah salah.

 Bila consultant suruh buat A, dia buat B.

Bila rugi, consultant jugak yang kena.

 Ni pun payah nak cerita. Senang-senang melabur la direct dengan company tersebut, tak payah ada consultant.

Takpun jadi la consultant dan melabur untuk diri sendiri, boleh juga. 


Berminat nk melabur dgn Bank Islam, hubungi Amirul(0192845472).

No comments:

Post a Comment