Terjemahan qiyamuhu Ta’ala binafsih: Berdirinya Zat Allah Ta’ala dengan
Sendirinya, berdiri di sini bermaksud ada Zat Allah Ta’ala dengan cara-caranya
sendiri, maksud cara-caranya sendiri ialah adanya Zat Allah Ta’ala lepas
daripada dua sebab iaitu :
1)Zat Allah Ta’ala lepas daripada menumpang di benda yang
lain kerana diriNYA itu sendiri adalah zat bukan sifat dan bukan arod kerana
sifat dan arod menumpang di yang lain.
2) Zat Allah Ta’ala lepas daripada orang yang menjadikanNYA
kerana Zat Allah Ta’ala itu Qodim bukannya benda baru kerana setiap benda baru
mesti ada yang menjadikannya.
No comments:
Post a Comment