Showing posts with label muamalah. Show all posts
Showing posts with label muamalah. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

TIDAK SAH JUAL BELI AKAN BARANG YANG TIDAK PERNAH TENGOK


- Tidak sah jual beli akan barang yang si pembeli tidak pernah tengok dan si penjual tidak pernah tengok kerana syara’ tidak mahu berlaku penganiayaan.

- Contoh situasi, barang yang hendak dibeli oleh pembeli ada di sisi penjual, tapi barang itu tidak boleh dilihat oleh si pembeli, ini TIDAK SAH. Jadi tidak sah jual beli samaada penjual dan pembeli tidak tengok barang atau salah seorang daripada mereka berdua tidak tengok barang jualan tersebut, yang mana si penjual terus bagi barang itu kepada pembeli dan tidak mengizinkan si pembeli melihat dahulu barang tersebut.

- Tidak sah orang buta menjual barang, kerana tidak nampak barang untuk dijualkan.

- Tidak sah orang buta berurusan sewa menyewa.

- Orang buta hendaklah mewakilkan kepada orang lain untuk berurusan jual beli dan sewa-menyewa.

- Jika seorang itu mata tidak buta dan mahu membeli sesuatu barang, tapi barang itu akan diambil esok hari, tiba-tiba sebelum hendak pergi ambil barang, tiba-tiba mata dia buta (mungkin disebabkan kemalangan), maka urusan jual beli ini SAH(TIDAK TERFASAKH), orang yang baru buta ini boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil barang tersebut.

- Si pembeli hendak membeli sesuatu barang yang pernah ditengoknya pada tahu lepas, tiba-tiba baru sekarang hendak dibelinya, maka hukumnya SAH(HARUS) DENGAN SYARAT BARANG ITU TIDAK BERUBAH seperti jual beli tanah.

 sumber: Kitab Hashiah AlBajuri 'ala Ibnu Qosim (Jilid satu) karangan Syeikh Ibrahim AlBajur- mendengar syarahan daripada Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni.

Jual Beli Salam



Menjual barang yang  tidak ada lagi, tetapi melalui pesanan(order dahulu), ini adalah HUKUMNYA HARUS. Jenis jual beli ini dipanggil jual beli SALAM.


Ada 2 pendapat tentang jual beli SALAM:

1)      Qoul mu’tamad mengatakan jika seseorang itu membuat pesanan(jual beli salam), tetapi tidak mengatakan lafaz jual beli salam atau salaf di dalam akad jual beli seperti seseorang itu mengatakan, ‘aku jual barang ini dengan jual beli salam’ dan hanya mengatakan ‘aku jual barang’ (tidak ada lafaz salam atau salaf), maka ini TIDAK JATUH di dalam bab jual beli salam, hanya JATUH jual beli biasa.

2)      Qoul dhoif mengatakan jika seseorang itu membuat pesanan(jual beli salam), tetapi tidak mengatakan lafaz jual beli salam atau salaf di dalam akad jual beli seperti seseorang itu mengatakan, ‘aku jual barang ini dengan jual beli salam’ dan hanya mengatakan ‘aku jual barang’ (tidak ada lafaz salam atau salaf), maka ini JATUH di dalam bab jual beli salam.

Syarat jua beli salam ialah :

1)      Kena bayar dahulu. Kalau tidak bayar dahulu, maka tidak jatuh pada hokum jual beli salam, hanya jatuh jual beli biasa.




Thursday, July 26, 2012

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.
Keterangan/Hujah: 
 
 
  1. Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
     
  2. Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
     
  3. Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
    " ما حرم أخذه حرم إعطأوه "
    Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
     
  4. Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
     
  5. Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
     
  6. Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
     
  7. Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
     
  8. Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
     
  9. Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

Sunday, June 3, 2012

Muamalat : Jual Beli - siri 1

Dalil Jual Beli:

Dalil ayat Al-quran: Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Surah Baqarah: ayat 275

Orang kafir mengatakan riba itu halal lalu Allah membawa ayat al-quran : Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Hadis Riwayat Ibnu Majjah: asal jual beli itu ialah daripada redha(redha antara penjual dan pembeli).

Hadis Riwayat Hakim: Sahabat bertanya kepada Rasulullah, Ya Rasulullah,  apakah pekerjaan yang  yang baik?jawab Rasulullah:pekerjaan yang diusaha dengan tangannya(titik peluh sendiri=kata Baba Ismail seperti kerja pertukangan, jual beli dan lain-lain)dan setiap jual beli yang baik(mabrur) iaitu yang baik maknanya tidak ada tipu daya dan tidak khianat dalam jual beli.


Rukun jual beli:

Rukun jual beli secara umum ada 3:

1)’aaqidun
2)ma’qudun alaih
3)sighoh

Rukun jual beli secara tafsili ada 6:

‘aaqidun(1-penjual, 2-pembeli)
ma’qudun alaih(3-harga@duit, 4-barang)
sighoh(5-ijab, 6-qobul)



Syarat pada ‘aaqidun(1-penjual, 2-pembeli):

Penjual dan pembeli boleh tasarruf(pandai mengurus jual beli)

Tidak sah jual beli kanak-kanak(Baba Ismail kata sini ada khilaf, ada ulamak kata sah dan tidak sah)

Tidak sah jual beli dengan orang gila.

Tidak sah jual beli dengan orang yang diisytihar muflis oleh kerajaan Islam kerana orang itu tidak pandai mengurus harta seperti orang itu jatuh muflis ataupun membazirkan harta.

Tidak sah jual beli dengan jalan paksa melainkan yakni sah dengan memaksa orang yang berhutang menjual  akan barangnya untuk menyelesaikan hutangnya sepert: si Zaid berhutang dengan bank, maka bila sampai waktu untuk bayar hutang, si Zaid tidak ada duit untuk bayar hutang, di sini pihak bank boleh memaksa si Zaid menjualkan harta benda yang ada seperti rumah atau kereta untuk menyelesaikan hutangnya.

Tidak sah jual Al-quran, kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf kepada orang bukan Islam dan tidak sah juga kepada wakil kepada orang bukan Islam(walaupun wakil itu orang Islam).Baba Ismail kata tidak sah kerana dikhuatiri orang bukan Islam itu mengkhianati Al-quran kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf.

Tidak sah jual hamba Islam dan hamba yang murtad(keluar daripada Islam)kepada orang kafir kerana dikhuatiri berlaku penghinaan terhadap orang Islam.

Maka tidak sah orang kafir memiliki Al-quran, kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf kerana dikhuatiri berlaku penghinaan terhadap Al-quran, kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf.

Maka tidak sah orang kafir memiliki hamba orang yang beragama Islam kerana padanya berlaku penghinaan.



Syarat ma’qudun alaih(harga/ duit dan barang jualan):

Barang jualan suci(tidak sah jual najis/baja najis)

Barang jualan yang boleh diambil manfaat dengannya

Penjual ada kuasa untuk menyerahkan barang kepada pembeli (contoh: jika penjual nak jual motorsikal yang telah dicuri oleh pencuri, maka tidak sah jual beli kerana penjual tiada kuasa untuk menyerahkan motorsikal tersebut kerana motorsikal tidak ada pada tangan penjual atau contoh lain tidak sah jual beli seperti menjual burung yang terbang di langit)


Syarat sighoh(ijab dan qobul):

Tidak diselangi dengan perkataan asing di antara ijab dan qobul(seperti : kata penjual aku jual barang ini dengan haraga ini, kata pembeli “kamu datang daripada mana”)maka ini tidak sah jual beli.

Tidak diselangi masa yang lama antara lafaz ijab dan qobul

Muafakat antara ijab dan qobul

Tidak ta’lik(tidak ada ta’lik atau tidak ada syarat seperti kamu beli barang ini dengan syarat begini-begini), kalau ada ta’lik, tidak sah jual beli

Tidak ada kaitan dengan waktu.


sumber: Kitab Hashiah AlBajuri 'ala Ibnu Qosim (Jilid satu) karangan Syeikh Ibrahim AlBajur- mendengar syarahan daripada Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni.