Saturday, May 26, 2012

Mengapakah Pelaburan ASB Disenaraikan Sebagai Tidak Mematuhi Shariah?



Topik ini dibincangkan kerana Encik/Cik/Puan Client sering bertanya, adakah ASB halal atau haram?  

Sumber2 dan info2 yang sahih di bawah yang menyatakan dengan terang mengapa ASB tidak mematuhi Shariah:


1) ASB disenaraikan sebagai pelaburan yang tidak mematuhi Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti. Mengapa tidak mematuhi Shariah? Antara sebabnya sila rujuk laporan tahunan ASB 31 Disember 2010 yang diperolehi para pelabur di bawah, page 4:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7tT0_FiazzR_1d-3l6qneDF1oP3yMM8kAvZ9zINfkj9wj3fpofyhVgNjaKyTRExapHS61OGMUof9siEkMQQEyVGaTJ-2lLXtQL2WTz_svffJDFHEseaoj2c9NRDGjzpNYBXfpjBJw7lMx/s400/Annual+Report+ASB+2010.jpg

No. 1, 14, 15 dan 17 adalah senarai syarikat dan dana yang yang telah disahkan tidak mematuhi Shariah dan anda boleh memastikannya di dalam list Suruhanjaya Sekuriti danBursa Malaysia. Malah No. 1 juga adalah penyumbang terbesar sektor kewangan konvensional.

Buat yang tidak tahu apa itu kewangan konvensional, kata lawannya adalah kewangan Islamik. No. 17 pula adalah salah satu syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia! Saya tidak redha duit saya dilaburkan kepada syarikat tersebut walaupun RM10.

Masih terdapat banyak lagi syarikat-syarikat lain yang mematuhi Shariah tersenarai di dalam Bursa Malaysia. 

2) Berdasarkan laporan tahunan ASB diperolehi , obviously pelaburan ASB telah bercampur di dalam pelaburan yang tidak mengikut syarak.

Kalau dah bercampur so? Bagi saya seumpama begini. Sekiranya anda tidak mengetahui bahawa sekawah gulai daging lembu telah bercampur daging khinzir, anda tetap makan.

 Sebabnya anda mmg tak tahu dan makanan tersebut dihidangkan oleh tuan rumah. Kalau anda tahu, masih mahu makan?

Lainlah sekiranya kedua2 hidangan tersebut telah dimasak dan dihidangkan 100% berasingan. Anda diberitahu oleh tuan rumah dan boleh memilih untuk memakan yang mana satu kerana secara terang ia telah dipisahkan. 

3) Seseorang tidak berpegang kepada hukum harus kerana seseorang itu sendiri tidak berada dalam kedaan darurat untuk melaburkan duit  di dalam simpanan tersebut.

 Darurat seumpama seseorang hampir mati kelaparan di padang pasir dan tiada apa pun yang boleh dimakan melainkan seketul daging khinzir yang ada di depan mata.

 Of course seseorang terpaksa makan untuk survival. Di dalam kes ini, seseorang masih mempunyai pilihan untuk melaburkan duit  di tempat lain dan dalam masa yang sama mendapatkan keuntungan. Kini terdapat banyak dana pelaburan mematuhi Shariah . Anda hanya perlu mengkaji pelaburan tersebut dan menilai. Pilihan di tangan anda. 

4) Terdapat banyak lagi sebab lain mengapa ASB tidak mematuhi Shariah seperti keistimewaan jaminan modal, tiada panel Shariah dan sebagainya yang saya tak mahu bincangkan di sini. Anda boleh mencari info2 tersebut di blog atau forum2 lain yang sungguh panjang berjela :). 

Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti yang telah mengkategorikan ia sebagai tidak mematuhi Shariah. Jika ia harus bagi anda, maka tepuk dada tanya selera. Info yang saya paparkan bertujuan untuk dikongsi, bukan untuk pihak tertentu. Sekiranya syarikat-syarikat yang melabur di dalam ASB adalah 100% disenaraikan sebagai mematuhi Shariah dan tiada percampuran pelaburan syarikat-syarikat konvensional seperti tertulis di dalam laporan tahunan ASB, maka saya juga akan turut melabur kerana 100% tidak was-was. 

Nak hidup senang bagi hanya ada 5 panduan: 

1) Gigih dalam pekerjaan untuk mendapatkan lebih untung atau gaji, 
2) Disiplin menabung simpanan, 
3) Sabar mendapatkan hasil, 
4) Bijak menguruskan kewangan, asset dan liabiliti,
5) Sentiasa berdoa semoga mendapat rezeki yang halal dan diberkatiNya. 

Sekiranya anda menyimpan di dalam mana2 pelaburan yang boleh bagi pulangan sampai 20% setahun pun, anda tetap akan pokai sekiranya boros tak tentu hala dan suka buat liability instead of asset. Kerana duit manusia boleh lupa diri, makan rasuah, putus saudara, berbunuhan dan sebagainya. Duit itu memang penting, namun bukan segalanya. Semoga kekayaan duniawi tidak akan menggelapkan hati kita dan semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya. Mohon maaf salah dan silap, sekian, wassalam.


Berminat nk melabur dgn Bank ISlam, sila hubungi Amirul(0192845472)

No comments:

Post a Comment