Wednesday, August 17, 2011

TAKBIR ADA 4 JENIS:

TAKBIR ADA 4 JENIS:

1)Takbiratul ihram

2)Takbir intikolat

3)Takbir muqoyyad

4)Takbir Mursal

Takbiratul ihram ialah salah satu daripada rukun sembahyang.

Takbir intikolat ialah takbir yang dilakukan ketika perpindahan satu rukun solat ke rukun solat yang lain, contoh takbir sebelum ruku’ atau takbir sebelum sujud dan lain-lain lagi.

Takbir intikolat juga boleh dibahagikan kepada empat cara(empat keadaan) :

1) Sesorang itu solat, tetapi setiap kali nak pindah dari satu rukun solat ke rukun solat yang lain, seseorang itu tidak niat apa-apa, hanya dia takbir semata-mat, di sini ada berlaku khilaf ulamak, ada ulamak mengatakan sah sembahyang dan ada juga ulamak mengatakan tidak sah solat, qoul yang muktamad adalah qoul yang mengatakan tidak sah solat.

2) Sesorang itu solat, tetapi setiap kali nak pindah dari satu rukun solat ke rukun solat yang lain, seseorang itu niat zikir, maka ini sah sembahyangnya.

3) Seorang imam mengimamkan solat jemaah, tetapi setiap kali nak pindah dari satu rukun solat ke rukun solat yang lain, imam itu niat nak beritahu makmum semata-mata, maka ini batal-ittifak ulamak.

4) Seorang imam mengimamkan solat jemaah, tetapi setiap kali nak pindah dari satu rukun solat ke rukun solat yang lain, imam itu niat nak beritahu makmum dan niat untuk zikir serentak, maka ini sah sembahyangnya.


Berkata Ayah Der (pengarang Kitab Taqribul Ikhwan) untuk selamat dalam masalah Takbir intikolat, hendaklah seseorang itu niat zikir akan semua Takbir intikolat yang akan dilakukan di dalam solat seseorang itu iaitu niat sebelum rukuk pada rakaat yang pertama.


Takbir muqoyyad ialah takbir yang ada kaitan dengan solat(berlaku hanya pada musim hari raya korban sehaja). Bermula Takbir muqoyyad ialah pada waktu suboh 9 Zulhijjah sampai waktu asar 13 Zulhijjah(sumber : Kitab Kifayatul Muhtadi). Takbir raya ini dilaungkan pada setiap kali selepas solat fardhu atau solat sunat atau solat qodo’.

Takbir Mursal ialah takbir yang berlaku pada hari raya puasa dan hari raya haji. Bermula Takbir Mursal ialah pada waktu Maghrib sehari sebelum hari raya puasa dan hari raya haji dan berakhir pada Takbiratul ihram Imam untuk solat raya di pagi hari raya haji dan raya puasa. WALLAHU A’LAM.


No comments:

Post a Comment