Sunday, June 3, 2012

Muamalat : Jual Beli - siri 1

Dalil Jual Beli:

Dalil ayat Al-quran: Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Surah Baqarah: ayat 275

Orang kafir mengatakan riba itu halal lalu Allah membawa ayat al-quran : Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Hadis Riwayat Ibnu Majjah: asal jual beli itu ialah daripada redha(redha antara penjual dan pembeli).

Hadis Riwayat Hakim: Sahabat bertanya kepada Rasulullah, Ya Rasulullah,  apakah pekerjaan yang  yang baik?jawab Rasulullah:pekerjaan yang diusaha dengan tangannya(titik peluh sendiri=kata Baba Ismail seperti kerja pertukangan, jual beli dan lain-lain)dan setiap jual beli yang baik(mabrur) iaitu yang baik maknanya tidak ada tipu daya dan tidak khianat dalam jual beli.


Rukun jual beli:

Rukun jual beli secara umum ada 3:

1)’aaqidun
2)ma’qudun alaih
3)sighoh

Rukun jual beli secara tafsili ada 6:

‘aaqidun(1-penjual, 2-pembeli)
ma’qudun alaih(3-harga@duit, 4-barang)
sighoh(5-ijab, 6-qobul)



Syarat pada ‘aaqidun(1-penjual, 2-pembeli):

Penjual dan pembeli boleh tasarruf(pandai mengurus jual beli)

Tidak sah jual beli kanak-kanak(Baba Ismail kata sini ada khilaf, ada ulamak kata sah dan tidak sah)

Tidak sah jual beli dengan orang gila.

Tidak sah jual beli dengan orang yang diisytihar muflis oleh kerajaan Islam kerana orang itu tidak pandai mengurus harta seperti orang itu jatuh muflis ataupun membazirkan harta.

Tidak sah jual beli dengan jalan paksa melainkan yakni sah dengan memaksa orang yang berhutang menjual  akan barangnya untuk menyelesaikan hutangnya sepert: si Zaid berhutang dengan bank, maka bila sampai waktu untuk bayar hutang, si Zaid tidak ada duit untuk bayar hutang, di sini pihak bank boleh memaksa si Zaid menjualkan harta benda yang ada seperti rumah atau kereta untuk menyelesaikan hutangnya.

Tidak sah jual Al-quran, kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf kepada orang bukan Islam dan tidak sah juga kepada wakil kepada orang bukan Islam(walaupun wakil itu orang Islam).Baba Ismail kata tidak sah kerana dikhuatiri orang bukan Islam itu mengkhianati Al-quran kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf.

Tidak sah jual hamba Islam dan hamba yang murtad(keluar daripada Islam)kepada orang kafir kerana dikhuatiri berlaku penghinaan terhadap orang Islam.

Maka tidak sah orang kafir memiliki Al-quran, kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf kerana dikhuatiri berlaku penghinaan terhadap Al-quran, kitab-kitab Hadis dan kitab-kitab kalam orang salaf.

Maka tidak sah orang kafir memiliki hamba orang yang beragama Islam kerana padanya berlaku penghinaan.



Syarat ma’qudun alaih(harga/ duit dan barang jualan):

Barang jualan suci(tidak sah jual najis/baja najis)

Barang jualan yang boleh diambil manfaat dengannya

Penjual ada kuasa untuk menyerahkan barang kepada pembeli (contoh: jika penjual nak jual motorsikal yang telah dicuri oleh pencuri, maka tidak sah jual beli kerana penjual tiada kuasa untuk menyerahkan motorsikal tersebut kerana motorsikal tidak ada pada tangan penjual atau contoh lain tidak sah jual beli seperti menjual burung yang terbang di langit)


Syarat sighoh(ijab dan qobul):

Tidak diselangi dengan perkataan asing di antara ijab dan qobul(seperti : kata penjual aku jual barang ini dengan haraga ini, kata pembeli “kamu datang daripada mana”)maka ini tidak sah jual beli.

Tidak diselangi masa yang lama antara lafaz ijab dan qobul

Muafakat antara ijab dan qobul

Tidak ta’lik(tidak ada ta’lik atau tidak ada syarat seperti kamu beli barang ini dengan syarat begini-begini), kalau ada ta’lik, tidak sah jual beli

Tidak ada kaitan dengan waktu.


sumber: Kitab Hashiah AlBajuri 'ala Ibnu Qosim (Jilid satu) karangan Syeikh Ibrahim AlBajur- mendengar syarahan daripada Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni.

No comments:

Post a Comment