Saturday, May 26, 2012

Mengapakah Pelaburan ASB Disenaraikan Sebagai Tidak Mematuhi Shariah?



Topik ini dibincangkan kerana Encik/Cik/Puan Client sering bertanya, adakah ASB halal atau haram?  

Sumber2 dan info2 yang sahih di bawah yang menyatakan dengan terang mengapa ASB tidak mematuhi Shariah:


1) ASB disenaraikan sebagai pelaburan yang tidak mematuhi Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti. Mengapa tidak mematuhi Shariah? Antara sebabnya sila rujuk laporan tahunan ASB 31 Disember 2010 yang diperolehi para pelabur di bawah, page 4:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7tT0_FiazzR_1d-3l6qneDF1oP3yMM8kAvZ9zINfkj9wj3fpofyhVgNjaKyTRExapHS61OGMUof9siEkMQQEyVGaTJ-2lLXtQL2WTz_svffJDFHEseaoj2c9NRDGjzpNYBXfpjBJw7lMx/s400/Annual+Report+ASB+2010.jpg

No. 1, 14, 15 dan 17 adalah senarai syarikat dan dana yang yang telah disahkan tidak mematuhi Shariah dan anda boleh memastikannya di dalam list Suruhanjaya Sekuriti danBursa Malaysia. Malah No. 1 juga adalah penyumbang terbesar sektor kewangan konvensional.

Buat yang tidak tahu apa itu kewangan konvensional, kata lawannya adalah kewangan Islamik. No. 17 pula adalah salah satu syarikat pengeluar rokok terbesar di dunia! Saya tidak redha duit saya dilaburkan kepada syarikat tersebut walaupun RM10.

Masih terdapat banyak lagi syarikat-syarikat lain yang mematuhi Shariah tersenarai di dalam Bursa Malaysia. 

2) Berdasarkan laporan tahunan ASB diperolehi , obviously pelaburan ASB telah bercampur di dalam pelaburan yang tidak mengikut syarak.

Kalau dah bercampur so? Bagi saya seumpama begini. Sekiranya anda tidak mengetahui bahawa sekawah gulai daging lembu telah bercampur daging khinzir, anda tetap makan.

 Sebabnya anda mmg tak tahu dan makanan tersebut dihidangkan oleh tuan rumah. Kalau anda tahu, masih mahu makan?

Lainlah sekiranya kedua2 hidangan tersebut telah dimasak dan dihidangkan 100% berasingan. Anda diberitahu oleh tuan rumah dan boleh memilih untuk memakan yang mana satu kerana secara terang ia telah dipisahkan. 

3) Seseorang tidak berpegang kepada hukum harus kerana seseorang itu sendiri tidak berada dalam kedaan darurat untuk melaburkan duit  di dalam simpanan tersebut.

 Darurat seumpama seseorang hampir mati kelaparan di padang pasir dan tiada apa pun yang boleh dimakan melainkan seketul daging khinzir yang ada di depan mata.

 Of course seseorang terpaksa makan untuk survival. Di dalam kes ini, seseorang masih mempunyai pilihan untuk melaburkan duit  di tempat lain dan dalam masa yang sama mendapatkan keuntungan. Kini terdapat banyak dana pelaburan mematuhi Shariah . Anda hanya perlu mengkaji pelaburan tersebut dan menilai. Pilihan di tangan anda. 

4) Terdapat banyak lagi sebab lain mengapa ASB tidak mematuhi Shariah seperti keistimewaan jaminan modal, tiada panel Shariah dan sebagainya yang saya tak mahu bincangkan di sini. Anda boleh mencari info2 tersebut di blog atau forum2 lain yang sungguh panjang berjela :). 

Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti yang telah mengkategorikan ia sebagai tidak mematuhi Shariah. Jika ia harus bagi anda, maka tepuk dada tanya selera. Info yang saya paparkan bertujuan untuk dikongsi, bukan untuk pihak tertentu. Sekiranya syarikat-syarikat yang melabur di dalam ASB adalah 100% disenaraikan sebagai mematuhi Shariah dan tiada percampuran pelaburan syarikat-syarikat konvensional seperti tertulis di dalam laporan tahunan ASB, maka saya juga akan turut melabur kerana 100% tidak was-was. 

Nak hidup senang bagi hanya ada 5 panduan: 

1) Gigih dalam pekerjaan untuk mendapatkan lebih untung atau gaji, 
2) Disiplin menabung simpanan, 
3) Sabar mendapatkan hasil, 
4) Bijak menguruskan kewangan, asset dan liabiliti,
5) Sentiasa berdoa semoga mendapat rezeki yang halal dan diberkatiNya. 

Sekiranya anda menyimpan di dalam mana2 pelaburan yang boleh bagi pulangan sampai 20% setahun pun, anda tetap akan pokai sekiranya boros tak tentu hala dan suka buat liability instead of asset. Kerana duit manusia boleh lupa diri, makan rasuah, putus saudara, berbunuhan dan sebagainya. Duit itu memang penting, namun bukan segalanya. Semoga kekayaan duniawi tidak akan menggelapkan hati kita dan semoga kita sentiasa mendapat keredhaanNya. Mohon maaf salah dan silap, sekian, wassalam.


Berminat nk melabur dgn Bank ISlam, sila hubungi Amirul(0192845472)

Menggandakan Simpanan Akaun 1 KWSP/EPF



Salam,

Topik kali ini ditujukan khas buat anda (mcm tuju lagu raya plak…hehe) yang ada KWSP in Malay or EPF in English.

KWSP adalah simpanan untuk hari tua dan contribution WAJIB setiap bulan daripada majikan dan gaji anda.

 Private companies memang selalunya ada, selebihnya terpulang sama ada KWSP atau skim pencen.

Sesetengah clients yang baru saya approached tidak tahu bahawasanya mereka boleh menggunakan Akaun 1 KWSP untuk melabur di dalam Amanah Saham Bank Islam atau Unit Trust Bank Islam. 

Tahukah anda bahawa sebelum tahun 2008, para pelabur unit trust yang menggunakan Akaun 1 hanya terdiri daripada mereka yang sudah veteran (45-50 tahun ke atas)?

Ini kerana pada waktu itu hanya mereka yang mempunyai basic savings melebihi RM50,000 ke atas sahaja boleh melabur.

Start tahun 2008, KWSP telah mengeluarkan calculator pelaburan di mana remaja berusia 18 tahun sudah boleh melabur menggunakan Akaun 1, tertakluk kepada jumlah basic savings Akaun 1 mereka.

Mengapa? Semakin awal melabur semakin berganda pelaburan hari tua :). The powerful of compounding interest! 

Kini saya ingin mengulas lebih lanjut MENGAPAKAH anda digalakkan membuat pelaburan yang bijak menggunakan Akaun 1 KWSP anda:


Soalan:

1) Mengapakah KWSP tidak membenarkan Akaun 1 dikeluarkan untuk perbelanjaan rumah dan sebagainya (padahal Akaun 1 yg lebih banyak caruman, 70%), tetapi boleh digunakan untuk membuat pelaburan? 

2) Di manakah rakyat Malaysia membuat simpanan untuk jangkamasa panjang untuk simpanan hari tua selain mengharapkan simpanan KWSP? Savings Account? ASB? Tabung Haji? Saham? Bond? Unit Trust Bank Islam?

3) Berapakah simpanan Akaun 1 anda bila anda mencecah umur 55 tahun? Agak2 berapa ye :)? Cukup ke dan duit tersebut akan digunakan untuk apa?

Jawapan: 

1) Ini kerana kerajaan sedar betapa pentingnya membuat “tabung khas” bagi simpanan hari tua buat rakyatnya. Jika tidak gaji bulanan mungkin hanya disimpan dan dibelanjakan untuk kegunaan short term (beli kereta, laptop, handphone, kawin, rumah dan sebagainya). Kerajaan membenarkan rakyatnya menggunakan Akaun 1 untuk melabur di dalam skim yang selamat bagi menggandakan simpanan hari tua termasuk unit amanah.  Siapa tidak mahu pelaburan yang boleh memberikan pulangan berganda bukan?

2) Jangan terkejut jika saya katakana MAJORITI clients yang kami temui tidak mempunyai simpanan hari tua melainkan mengharapkan kepada Akaun 1 KWSP. Most of them hanya menyimpan di dalam akaun simpanan biasa dan ASB bagi penggunaan short term. Buat mereka yang baru berkeluarga, perbelanjaan dan simpanan banyak difokuskan untuk anak2, bukan diri sendiri.

3) Kebanyakan clients tidak tahu agak2 berapa Akaun 1 mereka di hari tua. Bila saya kata kita andaikan la RM500,000 ok, mereka akan kata, “Wooowww, banyaknya!”. This is the most interesting part :). Cukupkah RM500,000 selepas pencen? Jawapannya TIDAK CUKUP! Mengapa? Sila baca lebih lanjut.

Purata hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 75 tahun (Insya’Allah moga Allah panjangkan lagi usia kita). Selepas pencen pada umur 55, anda ada lagi 20 tahun untuk hidup tanpa bekerja. Berapakah perbelanjaan anda sebulan selepas pencen dengan Akaun 1 sebanyak RM500,000? Jawapannya RM500,000 / 240 bulan = RM2083 sebulan sahaja. 

Cukupkah RM2083 sebulan? Harga milo ais sebungkus skrg dalam RM1.50. Harga milo ais sebungkus mungkin akan jadi RM4 atau RM5 lagi 20 tahun akan datang! Senang cerita berapa duit pelajar bawak ke sekolah zaman kita dulu, skrg and in the future? Bagaimanakah dengan perbelanjaan dapur, menunaikan haji, perubatan kita/anak2, kos education anak2, kos perkahwinan anak2, kos renovation rumah dan sebagainya? Hehehe (sakit kepala eh?). Kalau ada perbelanjaan RM5,000 sebulan pun belum tentu cukup sekiranya kita mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Minyak semakin naik, bukan semakin turun :).




Bagaimanakah pelaburan di dalam Unit Trust Bank Islam boleh membantu saya menggandakan pelaburan hari tua saya?

Tahukah anda dividend KWSP adalah sekitar 5.7% setahun? Tahukah anda potential return unit trust (distribution+capital gain) untuk long term investment (with the right strategies) .

Untuk KWSP anda boleh top up pelaburan setiap 3 bulan melalui Akaun 1 untuk menambahkan bilangan unit dan mengurangkan risiko. Bilangan unit umpama bilangan rumah.

Semakin banyak bilangan rumah anda, semakin untung apabila rumah-rumah ini dijual pada harga tinggi.

 Malahan, Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk menambah bilangan unit tersebut. So mengapa tidak tambah?

Oklah, setakat ini dahulu mengenai pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya. Ingat, bermulalah dari awal untuk pelaburan yang lebih berganda :). 

Berminat nk melabur dgn Bank Islam, hubungi Amirul(0192845472).

Mengapakah Pelabur Boleh “Rugi” Dalam Unit Trust?



Ada beberapa client lain yang pernah melabur dalam unit trust sebelum ni kata takmau dah melabur. Serik sebab “rugi”. Frust dan marah. Kenapa pelabur boleh “rugi” dalam unit trust? Betul ke “rugi” atau pelabur tak paham atau consultant tiada strategi? Antara sebab-sebab pelabur boleh rugi seperti di bawah: 



1) Consultant Yang Hampeh.Com

Sebab utama pelabur rugi adalah kerana mempunyai consultant yang tidak boleh diharap dan tidak tahu strategy pelaburan.

Consultant sekadar mahukan komisen, kemudian cabut lari atau mengabaikan pelaburan anda. Contohnya anda telah melabur pada harga yang tinggi.

Ketika harga sedang jatuh, consultant tak advise buat switching ke bond/money market atau ketika harga harga paling rendah, consultant tak advise top up pelaburan so that cepat breakeven (dapat untung). Tak kisah la consultant anda seorg full-time atau part-time consultant.

Tapi sila pastikan dia seorg yang bertauliah, berdedikasi, boleh memantau secara konsisten serta memberikan pandangan terhadap pelaburan anda. 




2) Pelabur Yang Tak Nak Tahu Apa-Apa 

Agak bermasalah bila pelabur langsung tak berminat nak tahu pasal unit trust, tapi main redah jer nak invest sebab tgk org lain pun invest.

At least tau basic pun jadi la. Bukan apa, nanti payah consultant nak advise apa perlu buat sepanjang tempoh pelaburan.

Pelabur yang tak tahu apa2 ni la selalu payah nak dinasihatkan and belum apa2 dah claim pelaburan dah rugi.

 Contoh kelakar adalah sorg pelabur XYZ kat internet , belum apa2 dah panik dan canang semua org dah rugi, padahal baru invest.

Mesti la bang ooiii….awal2 dapat statement mesti la duit kurang sebab kena service charge 5%!

Seterusnya kena la faham la market tengah naik atau turun, kemudian mintak atau dengar nasihat consultant.  



3) Pelabur Yang Ingat Unit Trust = Saham Cepat Kaya 

Jika anda nak untung dalam tempoh yang singkat, sila jangan melabur dalam unit trust. Unit trust bukan skim cepat kaya.
 Unit trust boleh memberikan keuntungan sekiranya anda melabur dalam tempoh 3 tahun dan ke atas dengan strategy yang sesuai.

Tidak dinafikan ramai jugak client saya yang boleh untung dalam 5-8 bulan selepas melabur. Ini kerana mereka telah masuk pada harga yang rendah, kemudian harga naik dan naik (keuntungan melalui capital gain).

 Kalu timing kena memang rezeki anda. Jika tidak, BERSABAR. Yang penting adalah unit. Duit itu tidak kemana, masih di dalam dana tersebut. Jika anda keluarkan pada harga yang rendah, anda yang rugi. 



4) Pelabur Yang Suka-Suka Tukar Plan 

Sebelum melabur, adalah penting untuk pelabur menetapkan objektif pelaburan; jangkamasa sederhana atau jangkamasa panjang.

 Contohnya, pelabur A mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 untuk dilaburkan bagi mendapat keuntungan jangkamasa panjang.

 Tetapi tak sampai 6 bulan melabur, tiba-tiba pelabur ingin mengeluarkan duit tersebut untuk beli kereta baru.

 Kebetulan, harga sedang jatuh dan time tu jugak dia nak exit. So confirmlah tak untung. Oleh itu sebelum melabur, fikirlah masak-masak.

Kalau tiada DUIT LEBIH yang boleh disimpan untuk jangkamasa panjang, jangan melabur.




5) Pelabur Yang Suka Dengar Ramalan Orang 

Ingat, tiada siapa-siapa dalam dunia ni yang boleh meramal dengan tepat apa akan berlaku pada masa hadapan.

 Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan. Jangan semata-mata dengar daripada kawan-kawan unit trust ni rugi atau pun ekonomi nak jatuh, terus panik nak keluarkan duit.

 Sekiranya benar ekonomi jatuh pun, kita sentiasa ada strategy lain seperti switching. Unit trust adalah medium risk, bukan macam saham.

Saham kalau saham Company A jatuh, pelabur terus rugi. Tapi Unit Trust kalau Company B jatuh, Company C, D, E dan sebagainya masih boleh stabilkan

Dana A. Itulah yang bagusnya bila ada diversification of portfolios.

 Harga kalau jatuh pun tak mendadak, berapa sen jer sehari. Rilex. 



6) Pelabur Yang Tak Nak Dengar Nasihat 

Ada sesetengah pelabur merasakan mereka lebih bijak merancang pelaburan mereka. Tetapi ada kemungkinan perancangan atau pemahaman mereka adalah salah.

 Bila consultant suruh buat A, dia buat B.

Bila rugi, consultant jugak yang kena.

 Ni pun payah nak cerita. Senang-senang melabur la direct dengan company tersebut, tak payah ada consultant.

Takpun jadi la consultant dan melabur untuk diri sendiri, boleh juga. 


Berminat nk melabur dgn Bank Islam, hubungi Amirul(0192845472).

Strategi terbaik -- Dollar cost averaging:


 Tambah pelaburan ketika harga jatuh/Dollar Cost Averaging (DCA) 

Ejen akan menasihatkan anda untuk menambahkan pelaburan pada harga rendah. Dalam erti kata lain, anda melakukan DCA. Mengapa? Supaya anda mendapat keuntungan yang lebih cepat dan lebih! 

Contoh pengiraan(contoh sahaja-bukan nilai sebenar): 

Katakanlah pelabur A melabur sebanyak RM10,000 di dalam Dividend fund  pada 31 March 2008 pada harga RM0.2000/unit. 
Service charge                   = RM5% x RM10,000 = RM500 
Total investment              = RM10,000 – RM500 = RM9,500 
Jadi total unit anda         = RM9,500 / RM0.200 seunit = 47,500 unit 

Kemudian harga jatuh kepada RM0.1600/unit pada December 2008. Pelabur telah menambah pelaburan sebanyak RM5,000. 

Service charge                = RM5% x RM5,000 = RM250 
Total investment           = RM5,000 – RM250 = RM4750
Jadi total unit anda      = RM4,750/RM0.1600 seunit =  29687.500unit tambahan 
Oleh itu unit terkini      = 47,500 + 29,687.5 = 77,187.5 unit 

Kini, pelabur telah dapat BANYAK UNIT tambahan bila beli pada harga rendah. Katakanlah harga dah naik semula pada RM0.2500/unit pada 31 Julai 2009: 

Kalau tak top up   = 47,500 unit x RM0.2500 seunit = RM11,875
Oleh itu untung          = RM11,875 – RM10,000 = RM1,875 (untung 18%) 
Kalau top up            = 77,187.5unit x RM0.2500 seunit = RM19,296.875 
Oleh itu untung          = RM19,296.875 – RM15,000 = RM4,296.875 (untung 28%) 

Strategy ini sesuai untuk semua objektif; untung jangkamasa sederhana atau panjang. Dengan syarat, consultant kena rajin. Strategy ini tak sesuai jika anda takde duit nak top up. Hehehe. 


Berminat nk melabur dgn Bank Islam, hubungi Amirul(0192845472).

Perbezaan Antara ASB dan Unit Trust Islamic Funds



Rata-rata Bumiputera atau org Melayu kita melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Adakah anda tahu terdapat pelaburan lain yang bukan sahaja Islamik, malah lebih berpotensi memberikan keuntungan? Pelaburan yang saya maksudkan adalah unit trust yang ditawarkan oleh pihak swasta seperti Bank Islam Management Berhad Investment-- Unit Trust Company in Malaysia. Mari kita bincangkan secara sihat dan buat perbandingan. Berikut adalah perbezaan di antara ASB dan unit trust Islamic funds yang dapat saya senaraikan.


ASB: 

1) ASB adalah unit amanah diuruskan oleh badan kerajaan, hanya untuk Bumiputera sahaja. 

2) Harga seunit untuk jual dan beli telah ditetapkan pada RM1.00 seunit, setiap masa. Bermaksud, kalau invest RM10,000, PNB tetap menjamin dapat semula RM10,000. Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah tidak sah menurut seluruh ulama empat mazhab. Islam menghalalkan jaminan modal daripada pihak ketiga, bukan pihak pengurus dana. (sumber: Ustaz Zaharuddin

3) Sehingga 30 September 2010, ASB masih dikategorikan sebagai tidak mematuhi syariah (non-islamic compliant) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

4) Menghadapi risiko pelaburan bercampur-aduk ke tempat yang halal dan haram. Sebahagian daripada pelaburan dilaburkan ke dalam bank-bank konvensional dan British American Tobacco yang jelas tidak mematuhi syariah. (Sumber: Laporan kewangan ASB 2009 dan Ustaz Zaharuddin

5) Fatwa telah memutuskan ASB adalah HARUS, tetapi tiada siapa yang berani mengatakan secara terang-terangan ASB adalah HALAL. 

6) ASB hanya menawarkan satu bentuk pulangan sahaja iaitu dividen atau income distribution. Berdasarkan prestasi sebelum ini, dividend adalah sekitar 6-8%. Tiada pulangan dalam bentuk capital gain. Maksudnya seperti kalau beli rumah RM100,000, kita tetap jual semula RM100,000. 

7) Oleh kerana objektif ASB hanyalah untuk melindungi modal yang dilaburkan, pelaburan adalah jenis pasif, tidak dikategorikan sebagai aggresive or moderate. 

8) Tiada yuran pengurusan atau yuran tahunan dikenakan. 

9) Anda boleh mengeluarkan duit bila-bila masa waktu bekerja dan mendapat duit on the spot. 

10) Terdapat seorg pelabur bertanyakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sama ada ASB mematuhi syariah atau tidak, jawapannya adalah seperti di bawah (sumber: Ustaz Zaharuddin
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigQNtiQ_9MXx5izKU-OyDS8jRi3v5LwBOcnFVbZcHA0nxg3XQ2mKkQNfghKkD3WDUmEdUpp4lM6EzwGz4m_L4P2nvR-lTIsybktbBaXIKTKnSvVLT2IdbuSfTstxc2fqZOyS9uyI8FmAnU/s400/asbharam.jpg

11) Sekiranya anda ingin mendapatkan full dividen, anda mesti melabur awal tahun dan genap setahun. Jika tidak jumlah dividen yang akan diberikan akan pro-rate.  
Amanah Saham Bank Islam(ASBI): 

1) Amanah Saham Bank Islam(ASBI) diuruskan oleh badan swasta, terbuka kepada semua. Pelaburan berlandaskan syariah (Islamic funds) semata-mata. 

2) Harga seunit untuk jual beli sentiasa berubah-ubah (volatile) dan tiada jaminan capital pelaburan yakni berlandaskan empat mazhab Islam. Harga yang berubah-ubah juga memberi kelebihan di mana pelabur mendapat lebih keuntungan apabila membeli pada harga rendah, menjual pada harga tinggi (capital gain). Apabila membeli pada harga yang rendah pelabur mendapat lebih banyak bilangan unit. 

3) Telah dinyatakan dengan terang dan jelas  menepati syariah di dalam prospectus dan laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 

4) Mempunyai ahli panel dan lembaga syariah seperti yang dinyatakan di dalam prospectus dan laporan tahunan. 

7) Menawarkan dua bentuk pulangan, dividend/income distribution dan capital gain. Umpamanya membeli rumah RM100,000, boleh menjual pada harga RM200,000.Berdasarkan prestasi tahun2 sebelumnya, purata keuntungan adalah sekitar 12% setahun (atau lebih) utk pelaburan jangkamasa panjang.
  
8) Terdapat pelaburan aggressive, moderate dan conservative. Ini bermaksud lebih aggressive, lebih tinggi risiko pelaburan. Namun, harus diingatkan risiko pelaburan yang dimaksudkan di sini bukan kerugian modal pelaburan, sebaliknya perubahan harga semasa (volatile). Pelabur harus menetapkan objektif pelaburan mereka dan menanti masa yang sesuai untuk exit. 

9) Terdapat yuran dikenakan cthnya untuk dana ekuiti yuran pengurusan untuk melabur adalah 5%

10) Anda boleh mengeluarkan duit bila-bila masa pada hari bekerja. Namun pembayaran akan dibuat kepada anda melalui debit akaun (Bank Islam) atau cek dalam masa 10 hari bekerja.


Okay, setakat itu sahaja contoh-contoh saya. Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan.

Saya tidak memutuskan mana yang lebih baik, mana yang lebih buruk...hak pelaburan tetap di tangan anda.

 Bagi saya, jika saya tidak mampu untuk masuk unit trust (permulaan RM1,000) dan tiada duit lebih sama ada cash atau EPF (sebab UT long term savings plan), saya akan kumpul dahulu duit di dalam pelaburan lain yang Islamik, contohnya Tabung Haji.

Ini kerana duit tersebut akan digunakan untuk makan dan minum, seterusnya menjadi darah daging kita. Semestinya kita mahukan pendapatan daripada sumber yang halal dan suci. Semoga kita sentiasa diberkati Allah dan mendapat keredhaanNya…..Amiinnn. 



Berminat nk melabur dgnm Bank Islam, hubungi Amirul(0192845472).

Menyimpan Emas Sambil Melabur Part 2


ertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit.
Tapi SKIM pelaburan emas ada risikonya. Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk menyertai program-program skim pelaburan emas. Anda boleh rugi besar.

Menyimpan Emas Sambil Melabur Part 1


Menyimpan Emas Sambil Melabur Part 1
Posted on 05/01/2011 


OK, sebelum saya explain tentang beli emas sebagai PELABURAN. Saya nak explain dulu bahawa sebenarnya Nilai emas tidak pernah naik. Nilai emas tetap sama. sebab tu 1400 tahun dahulu herga se ekor kambing adalah 1 dinar, harga seekor kambing hari ini juga 1 dinar. yang Nampak Emas makin Mahal dari tahun ke tahun tu sebenarnya ia disebabkan INFLASI dan NILAI wang kertas yang makin jatuh sebab boleh dicetak sesuka hati. Apa itu inflasi, Sila baca Artikel mengenai “Emas Sebagai Pelindung Simpanan“.

Dalam Islam tiada istilah pelaburan EMAS, sebab cuma sekadar sebagai simpanan sahaja dan digunakan bila keadaan makin terdesak dan kesempitan wang. Cuba baca rencana ini:



Akan tetapi di zaman KERTAS digunakan sebagai matawang, sambil kita menyimpan EMAS, kita juga boleh jadikan pelaburan disebabkan kenaikan harga emas (harga je naik, nilai tetap sama) antara 20-30% setahun (tahun 2008 naik 66%), dipendekkan cerita cuba tengok perbandingan di bawah :-
Akaun Simpanan (low risk) – 1% setahun

Simpanan Tetap (low risk) – 3-4% setahun

ASB/ASN (low risk) – 8-10% setahun

Unit Amanah (medium risk) – 8-10% setahun

Hartanah (medium risk) – 10% setahun

Saham – (high risk) – xxx% setahun


EMAS – (low risk) – 20-30% setahun


Kalau beli emas sebagai simpanan, beli jer bila2 masa. Akan tetapi bila beli emas sebagai pelaburan bermakna Buy low, sell high iaitu beli harga terendah dan jual balik pada harga tertinggi. Yang nie Kena monitor harga tetiap hari. Maksud saya bukan kena monitor harga sepanjang tahun, cukup la monotor harga masa nak beli dan jual balik.
http://gajahemas.files.wordpress.com/2011/01/au0030lnb.gif?w=640
Pergerakan Harga Emas dalam Sebulan
http://gajahemas.files.wordpress.com/2011/01/au0365nyb.gif?w=640
Harga emas tahun 2010
Camnie, walaupun dalam setahun harga emas sentiasa naik, tapi dalam sebulan tu ada turun naiknya. so, masa kita nk beli, kita monitor harga emas tuh untuk cari harga terendah pada bulan tersebut. then selepas beli, emas tuh kita simpan. tak perlu lagi monitor harga emas tiap-tiap hari. Simpan jer dan tunggu selama antara 6 bulan hingga 1 tahun. lagi lama lagi bagus. kemudian bila dah setahun, kita nak jual balik masa tu la kita kena monitor balik harga untuk mencari harga tertinggi dalam bulan tersebut. Ini la yang dinamakan buy low, sell high.

 Sambil Melabur, Sambil Menyimpan.
Bagaimana nak kira keuntungan? macamnie, andai emas dah naik 25% dari harga semasa kita beli. Spread harga jual/beli Emas Public Gold Ialah 6%. jadi 25%-6%= 19%, so keuntungan pelaburan emas ialah 19% setahun. ini bermakna, jika beli emas 50g berharga 8k, untung bila jual balik (19%) ialah sebanyak rm1,520
untuk monitor harga emas boleh tengok di sini
 http://www.kitco.com/charts/livegold.html
untuk tengok sejarah harga emas tahun2 sebelum tengok di sini
http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html