Friday, September 16, 2011

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (1) - ADAB TIDUR

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (1) - ADAB TIDUR


  PERINGATAN !!!

1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.




 DIBAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA

A. TAUBAT YANG PERTAMA 
(ADAB TIDUR)


1. Dahulu aku pernah menerangkan adab Tidur seperti di bawah ini;
 
Contoh 1


"Tuan-tuan, adab Tidur yang datangnya dari Rasululah saw itu ada 2 cara;
  
  • Cara Pertama ialah kita tidur di atas lambung kanan seperti keadaan mayat diletakkan di dalam kubur. Muka dan badan kita menghadap ke arah qiblat. 
  • Cara Kedua ialah tidur menegak, iaitu kita letakkan kepala ke arah qiblat, dan kaki ke arah yang berlawanan Qiblat.


2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini.
  • Saya yakin kedua-dua cara tidur ini adalah cara atau Sunnah Nabi saw. 
  • Kaki tidak boleh menghadap ke arah Qiblat kerana ia merupakan suatu perbuatan yang tidak beradab dan juga merupakan suatu dosa jika dilakukan.


Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang salah lagi menyesatkan ini kepada kamu semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. PENERANGAN TAUBAT PERTAMA

1. Para pembaca sekalian, jika kita tidak mengenal adab tidur yang sebenar. Maka, kita semua akan percaya dan mengikut seperti apa yang di sampaikan oleh orang-orang Tabligh ini.
 
2. Jatuh kita ke dalam keburukan kerana Jahil di dalam Agama, malah perkara yang sesat ini kita sampaikan kepada orang lain dengan sangkaan ini merupakan Sunnah Nabi saw yang sebenarnya.
 
3. Lalu, kita lagangkan perkara salah ini di atas nama Nabi saw tanpa sebarang bukti dan sumber rujukan. Maka! Satu lagi tiket ke Neraka Jahannam telah ditempah kepada si penyampai Adab Tidur yang dikatakan dari Nabi saw ini.
 
4. Kepada orang-orang Tabligh! Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu’ berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya.
 
5. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab,maka ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh itu sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------6. Untuk mengetahui adab Tidur yang sebenar, marilah kita sama-sama membuka Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 41, baris 15 dari bawah. Beginilah nas Ibarah Kitabnya,


 - .....Dan, bermula mengadap Qiblat itu di atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya itu, mengadap Qiblat bagi orang yang hadir kepadanya oleh kematian. Dan, dia itu tidur terlentang di atas tengkuknya.
 
Maka, bentuk mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu, bahawa adalah mukanya, dan kedua tapak kakinya mengadap ke arah Qiblat.
................................
7. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Ihya’u Ulumiddin, bagi Al-’Alim Al-’Ulama Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, Juzu’ 1, m/s 349.


 
- ...Dan adab ke tujuh, bahawa tidur ia mengadap akan Qiblat. Dan, bermula mengadap Qiblat itu atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya, mengadap Qiblat orang yang hadir kepadanya kematian.
 

Dan, yaitu terlentang di atas tengkuknya. Maka, mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu bahawa adalah mukanya, dan dua tapak kakinya mengadap ke Qiblat.
......................................
8. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah, yang diterjemah dari Kitab Lubabu Ihya’i Ulumiddin Al-’Alim Al-’Ulama’ Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Oleh Al-’Allamah Al-‘Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani Rahimahullah Hi Taala, Juzu’ 1, m/s 230, baris 11 dari atas.


 
- (Dan Adab yang ketujuh) Sunnah ia tidur mengadap Qiblat. Bermula mengadap qiblat itu atas dua bahagi.
 
a. Pertama, seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya. Dan, adalah mukanya, dan dua tapak kakinya itu, kepada qiblat itu.

 
b. Kedua, menghadap qiblat seperti mayat di dalam kubur. Yaitu (Iaitu), dijadikannya akan lambungnya yang kanan itu ke bawah. Dan, adalah mukanya, dan dadanya itu, mengadap qiblat.”

..........................
 
9. Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah Qiblat.
 
10. Setelah diterangkan segala panjang lebar Nas Agama seperti di atas, tetapi tiba-tiba muncul seseorang manusia berkata,


“Mana boleh, tidak elok kaki itu mengadap Qiblat.”
 
11. Ketahuilah olehmu, bahawasanya manusia yang muncul ini merupakan manusia yang suka mendahului aqalnya lebih dari Nas Agama. Maka, jauhkanlah diri kamu akan orang yang bersifat seperti ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
12. Ketahuilah wahai para pembaca yang cintakan Allah! Telah dikhabarkan kepada kami, bahawa kedudukan kita ini di Asia Tenggara adalah di bahagian Tenggara Kaabah. Dan, ia juga mengadap bahagian Al-Hajarul Aswad di sebelah tenggara Kaabah.
 
13. Binaan Kaabah atas bumi sememangnya begini. Empat segi mewakili empat arah. Kalau nak tengok peta, ada dalam Kitabnya bernama Sullamul Munajah Syarah ‘ala Syafinatus Solah, m/s 14. Ada gambar peta di situ, sudut Al-Hajarul Aswad tepat jatuh pada Banten Tanara, Pulau Jawa.



14. Adalah salah satu Sunnah Nabi saw, bahawa kita melakukan perbuatan mengucup atau mencium Batu Al-Hajarul Aswad di Makkatul Mukarramah. Adalah satu kemulian juga bagi kita, jika kita dapat mengucup di tempat yang mana bibir Nabi Muhammad saw kucupi. Mudah-mudahan selamatlah kita dari api neraka.
 
15. Seperti apa yang dipelajari di atas, tatkala kita bangun dari tidur dan mengangkat badan kita. Maka, muka dan dada kita akan terus menghadap qiblat.
16. Bukanlah seperti apa yang diajarkan oleh orang-orang Tabligh, bila mana seseorang itu bangun dari tidurnya, punggung mereka telah awal-awal lagi sudah dihadapkan ke arah qiblat. Jadi, mereka telah membelakangi dan membuntuti Al-Hajarul Aswad.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

D. KESIMPULAN

1. Sedarlah wahai-wahai Sahabat-sahabatku yang takutkan Allah! Istimewanya, orang-orang Tabligh yang benar-benar ingin mencari Keampunan Allah!
 
2. Janganlah ada di antara kita di sini yang gemar berkata-kata Agama (Berdakwah) di dalam keadaan Jahil. Larangan berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil adalah merupakan larangan dari Nabi Muhammad saw sendiri.
 
3. Ketahuilah olehmu! Apabila seseorang berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil, maka telah jatuh (berlaku) ke atas diri mereka, melakukan perbuatan-perbuatan yang Bidaah pada Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan.
 
4. Marilah kita sama-sama mendengar dengan sepenuh perhatian dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Guru kita yang sangat ‘Alim lagi ‘Allamah iaitu Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabnya iaituKitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, m/s 17, baris 11 dari bawah.


 
Ertinya,

(Hubaya-hubaya! Hai Tholib / Hati-hati! Wahai Penuntut.)

Pelihara akan dirimu daripada Iktiqad (Aqidah dan Tauhid), dan Perkataan, dan Perbuatan yang Bidaah.
 
( Seperti apa yang kami terangkan mengenai Adab Tidur di atas, orang-orang Tabligh ini telah mereka suatu Bidaah pada Perbuatan.
 
Orang-orang Tabligh ini juga banyak melakukan Bidaah dari Segi Perkataan pada Majlis Bayan (Penerangan) mereka.
 
Dan, lantaran kerana banyak berkata-kata inilah, mereka jatuh kepada Bidaah yang lebih dahsyat, iaitu melakukan Bidaah pada Iktiqad (Iaitu, merekacipta Iktiqad (Keyakinan) yang menyalahi apa-apa yang dinyatakan di dalam Kitab Tauhid Al-Asya’irah.). – Pent.)
 
(Dan) Janganlah bersahabat dengan Qaum yang mempunyai Bidaah lagi Dholalah (Sesat). Dan, janganlah muliakan mereka itu.
(Kerana), Sabda Nabi saw,


 
Ertinya, “Barangsiapa memuliakan akan ahli Bidaah. (Dari Segi Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan. – Pent.)
 
(Maka, sa nya) Menolongi ia pada meruntuhkan Agama Islam.
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Imam Baihaqiyy.
 
(Dan) Lagi Sabda Nabi saw,
 
Ertinya, “Ahli Bidaah itu, sejahat-jahat Makhluq dan Tabiat (Perangai).”
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Abu Nu’aim.
 
(Dan lagi) Sabda Nabi saw,
Ertinya, “Barangsiapa menghinakan Ahli Bidaah, nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari Qiamat, daripada haru hara terkejut yang amat besar.Dan, dipeliharakan Allah Taala akan dia, daripada bahaya.”
 
(Ketahui) Olehmu Hai Tholib, bahawasanya semata daripada Kurnia Allah Taala, kepada segala Hambanya. Tiada jua Zahir (Muncul) Ahli Bidaah itu pada suatu tempat, melainkan dizahirkan (dimunculkan) Allah Subhanahu Ta’ala seorang Hambanya yang mendirikan Hujjah dan Dalil yang menolakkan Bidaah.
 
(Yakni, seseorang yang akan bangun mendirikan Kebenaran dan menolak dari perkara Bidaah itu, adalah dari kalangan mereka sendiri. – Pent.)
 
Seperti, Sabda Nabi saw,
 
Ertinya, “Tiada Zahir ahli Bidaah, melainkan adalah dizahirkan Allah Taala atas mereka itu seorang daripada Hambanya yang membangkitkan Hujjah, dan Dalil yang menolakkan Bidaah itu.” Telah meriwayatkan Hadis ini Ibnu Hakim.
 
(Soal) Apa Murad (Maksud) daripada Bidaah itu. (Jawab) Bahawa, Murad daripada Bidaah itu, mengadakan dan membaharui suatu pekerjaan yang tiada daripada Agama Nabi kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam sama ada pekerjaan itu Iktiqad atau Perbuatan.
 
( Orang yang tidak pernah mengaji Agama, mereka hanya kenal perkara Bidaah Perbuatan sahaja. Sedangkan, ada juga Bidaah dari segi Iktiqad.
 
Tidakkah kamu sedar wahai orang-orang Tabligh?
 
Perbuatan kamu penuh dengan Perbuatan Sunnah Nabi saw. Tetapi, Iktiqad(Aqidah dan Kepercayaan) kamu adalah penuh dan sarat dengan Aqidah yang sesat, lagi bertentangan dengan Aqidah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. – Pent.).
....................................................
5. Sayugianya, peliharalah dan sampaikan peringatan ini kepada dirimu, keluargamu, dan saudara-saudaramu dari melakukan perkara-perkara Bidaah pada IktiqadPerbuatan dan Perkataan.
6. Dan, jika ada di antara mereka yang engkar dengan apa yang kamu sampaikan, maka janganlah kamu bersahabat dengan mereka.
 
7. InsyaAllah, di dalam risalah-risalah yang akan datang! Kami akan bangkitkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang lebih banyak lagi, bagi menolak perkara-perkara Bidaah Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan yang berlaku di dalam Jamaah Tabligh, yang membawa kepada jatuhnya Hukum Riddah (Murtad).


sumber:http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-1-adab-tidur.html

No comments:

Post a Comment