Segala   puji hanya bagi     Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam,               Tiada               Ia    berhajat  kepada selain-Nya, malah          selain-Nya     lah  yang          berhajat          kepada-Nya.     Selawat      dan salam  semoga      dilimpahkan    Allah       SWT ke       atas            junjungan kita    Sayyidina    Nabi  Muhammad SAW     (Ya      Allah           tempatkan   baginda        di  tempat    yang    terpuji     sepertimana        yang Kau        janjikan  Amin)    Beserta             Ahlulbayt dan   Para       Sahabat    R.anhum  yang         mulia  lagi     mengerah   keringat              menyebarkan   Islam     yang   tercinta.     Dan      kepada  mereka   yang       mengikut       mereka     itu   dari     semasa  ke    semasa        hingga  ke   hari      kiamat...Ya    Allah    Ampuni   kami,            Rahmati   Kami,         Kasihani   Kami  ...Amin
Amma  Ba'du,
Sekian  lama faqir melihat status sahabat-sahabat  mahupun yang bukan, menulis  mengenai "UJIAN" Allah SWT , "Allah SWT nak  lihat", dan yang seumpama  dengannya. Bukan ingin bersangka buruk,  tetapi kita tidak dapat  menafikan realiti masa kini di mana Ilmu Tauhid  itu semakin diabaikan.
 Perjumpaan faqir dengan seorang pemimpin  tertinggi persatuan Islam dua  tahun yang lepas bagi membincangkan  masalah Akidah ini juga menguatkan  lagi kebimbangan faqir terhadapat  gejala kejahilan dalam Ilmu Tauhid,  kerana beliau sendiri tidak  menguasai Ilmu Tauhid setalah dijui beberapa  soalan mudah, maka apatah  lagi orang biasa. 
Dan kita sedia maklum,  bahawa status yang ditulis di  laman sosial ini akan dilihat oleh  berbagai-bagai golongan manusia,  sama ada yang alim, jahil mahupun jahil  murakkab. Maka, perlulah  diperjelaskan makna-makna seperti "UJI" dan  "NAK LIHAT" yang  disandarkan kepada Allah SWT ini supaya tidak mengheret  kepada  kefahaman yang boleh membawa kepada Kufur dan Murtad. 
Tersebut  di dalam Kitab 'Aqidatun Najin Fi 'Ilmi Usuliddin bagi  Asy-Syaikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani Rahimahullah,  m/s 47, baris 11 dari atas, lebh kurang ruminya :
"Maka   telah sempurna dua puluh sifat yang Mustahil atas Tuhan kita Jalla Wa   'Azza. Maka inilah bahagi yang kedua yang WAJIB atas tiap-tiap Mukallaf   mengetahui dia, atas jalan Tafshiliy (terperinci) supaya kita nafikan   sekaliannya itu daripada Tuhan kita. 
Kerana sekalian itu tiada layak   bagi Tuhan kita. (Dan) barangsiapa iktikadkan salah suatu darip-ada yang   MUSTAHIL itu, tsabit (menetapkan) bagi Tuhan kita. 
Maka, iaitu jadi   KAFIR, maliankan orang yang diuzurkan dia oleh syarak kerana baharu   masuk Islam."
Tersebut di dalam Kitab Risalah  Tauhid, bagi Asy-Syaikh Haji Abdul Ghani Yahya, m/s  31-32, baris 4 dari bawah :
"Wajib  atas tiap-tiap  Mukallaf mengetahui Sifat-Sifat yang mustahil pada  Tuhan, yang jadi  lawan daripada Sifat 20 yang Wajib baginya, dengan  dinyatakan satu  persatunya.
Manakala telah ditetapkan satu persatu  Sifat yang  Wajib bagi Allah Ta'ala 20 Sifat, maka tetaplah MUSTAHIL  lawannya yang  kekurangan itu, kerana yang dituntut pada ilmu ini  mensabitkan  (menetapkan) segala 'Aqaid (Aqidah) atas Jalan Tafshil  (terperinci)  pada segala Sifat. 
Dari itu, terlalu besar SALAH mereka  yang tiada  mengetahui hal (Aqidah dan Tauhid) ini, lebih daripada tiada  mengetahui  hukum-hukum Fiqh. Kerana, JAHIL akan barang yang wajib bagi  Allah  Ta'ala dan yang MUSTAHIL atas-Nya, dihukumkan KAFIR. Tetapi, JAHIL  akan  hukum-hukum Fiqh, hanya MAKSIAT JUA."
Baik, marilah kita  melihat apakah yang disebutkan oleh Para Alim Ulamak Rahimahulllah  berkenaan permasalahan ini.
Tersebut di dalam Kitab Tafsir  Al-Quran Al-'Azim (Tafsir Ibnu Katsir), bagi Imam Abu  Al-Fida' Al-Hafizh Ibni Kathir Rahimahullah, Juzuk 1, m/s 239,  baris 8 dari atas, Cetakan Maktabah Mustafa Ahmad, Mekkah Al-Mukarramah :
"Dan  Firman Allah SWT : "Dan tidaklah Kami jadikan Qiblat  engkau yang dahulu  itu, melainkan supaya KAMI DAPAT TAHU orang-orang  yang mengikut  Rasul."(Surah Al-Baqarah: 143)
Tafsir -Berfirman  Allah Ta'ala :  "Hanya sesungguhnya !! Kami syarakkan atau perintahkan  kepada engkau  (Hai Muhammad) akan kerja menghadap Qiblat pada awalnya  ke arah Baitul  Maqdis. Kemudian kami palingkan(tukarkan) akan engkau  daripadanya ke  arah Kaabah pula, supaya NAMPAK ZAHIRLAH hal keadaan  orang-orang yang  mengikut akan engkau dan mentaati akan engkau, dan  menghadap Qiblat  Kaabah bersama engkau sekira-kira ke mana sahaja  engkau menghadap."Tamat  petikan.
Maka, bukanlah maksud  dari Firman Allah SWT ini  Allah SWT nak mengetahui, kerana Allah SWT  itu Maha Mengetahui, tetapi  hendak menzahirkan siapa yang mentaati  Rasul dan siapa yang tidak  sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Kathir  Rahimahullah.
Dan tersebut di dalam Kitab  Tuhfatul Murid Hasyiah 'Ala Matni Jauharah At-Tauhid, bagi Al-Allamah  Al-Imam Ibrahim bin Muhammad Al-Baijuri Rahimahullah, m/s 42,  baris 3 dari atas , Cetakan Dar Ihya' Kutubil 'Arabiyyah, Indonesiyya. :
"Dan  barang yang ada kedatangan kenyataan-kenyataan yang  seolah-olah membawa  pengertian adanya "kerja mencari-cari Ilmu" pada  Ilmu Allah Ta'ala,  seperti Firman Allah Ta'ala :
"Kemudian, Kami  bangunkan mereka (Ashabul Kahfi) supaya kami dapat tahu."
Iaitu   ditakwilkan atau ditafsirkan bahawa kehendak ayat itu (Dan bermula   Allah Ta'ala jualah yang mengetahui sebenar-benar akan maknanya) :   "Kerana hendak menzahirkan kepada manusia".
Iaitu berta'alluq    (berhubung kait) dengan ilmu kita, makhluq. Atau ditakwilkan maknanya   "nu'lima" iaitu dengan dibaris hadapan Nun dan dibariskan bawah bagi   Lam. [ nu'lima - memberi tahu..pent].Tamat.
Dan tersebut  di dalam kitab Ash-Shiratul Mustaqim  bagi  Al-Muhaddith Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma'ruf Bil Habasyi,  m/s 56 baris 6 dari atas, Cetakan Darul Masyarik :
Dan,  adapun Firman Allah Ta'ala , Surah Muhammad, ayat 31:
"Dan   pastilah kami menguji akan kamu hingga KAMI DAPAT KETAHUI akan   orang-orang yang berjihad di jalan Allah daripada kalangan kamu dan akan   orang-orang yang sabar berjuang di jalan Allah."
Maka  TIADALAH makna demikian ayat ini :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu  hendak mengetahui akan siapakah orang-orang yang berjihad."
yang   mana ada asalnya Allah Ta'ala tidak mengetahui tentang mereka melainkan   dengan diuji dan dicoba. Bermula ini makna, Mustahil atas Allah Ta'ala.
Bahkan makna ayat ini :
"Hingga  Kami bezakan." Iaitu  "hingga Kami zahirkan" kepada para hamba akan  siapakah orang-orang yang  berjuang di jalan Allah daripada kalangan  kamu, dan orang-orang yang  sabar daripada selain mereka itu."
Dan, kafirlah orang  yang berkata :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mengusahakan ilmu yang  baharu dan terkini."
Tamat.
Rasanya,  cukuplah  sekadar 3 kitab yang diberikan kerana orang yang Inad (degil)  itu,  walau 1001 kitab diberikan, tetap tidak mahu ia berubah. Faqir  yakin  bukan semua yang menulis status mengenai masalah ini mengetahui   tafsiran dan penjelasan yang betul mengenainya, maka berhati-hatilah   saudaraku, kerana sikap wara' (berhati-hati) itu adalah jalan yang   paling selamat dalam menempuh kehidupan dunia ini.
Tamat.
Wallahu Yahdi ila sawaissabil...
Selawat             dan     salam           sebanyaknya semoga dilimpahkan  Allah    SWT      ke      atas       junjungan      besar  kita     Sayyidina     Nabi    Muhammad  SAW.    (Ya        Allah     Tempatkanlah      Junjungan    kami     di     tempat  yang   terpuji          sepertimana  yang   Kau            janjikan..Amin)   Beserta  para       sahabat      dan       Ahlulbayt    r.anhum   yang      sangat  kasih  mereka    itu   kepada        umat          ini.Segala  puji  hanya   bagi    Allah  SWT,      Tiada    Daya   Upaya        melainkan      Allah   SWT.,
Dan  Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..
Jazakallah  Khairan Kathira...(^_^)
Al-Faqir wal Haqir indallah,
Salim  Azham (MSA)
No comments:
Post a Comment