Wednesday, September 14, 2011

MUQODDIMAH kitab تبصرة الأداني بألحان باكورة الأماني


Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Siapa Allah?

Allah ialah satu zat yang wajibul wujud(wajib ada).

Ada 2 syarat nak panggil Allah ialah satu zat yang wajibul wuujud(wajib ada) iaitu:
1)      Ada Zat Allah sejak azali lagi iaitu ada Zat Allah Ta’ala bukan bermula dengan tidak ada.
2)      Ada Zat Allah kekal abadi iaitu ada Zat Allah Ta’ala tidak berjumpa dengan tidak ada atau hilang atau mati.

Perkataan Allah itu khas pada lafaz dan khas pada makna.
Khas pada lafaz ialah tidak harus (haram) kita letak perkataan Allah pada benda-benda lain melainkan ada sandaran(idhofat) seperti “Abdullah” dan lain-lain.
Khas pada makna bermaksud ma’budun bilhaqqin, ertinya kena pada satu zat yang disembah dengan sebenar-benar.

Perkataan Ar-Rahman ertinya Yang Amat Pemurah
Perkataan Ar-Rahman itu pula khas pada lafaz dan am pada makna dan juga khas pada dunia sahaja.
Khas pada lafaz ialah tidak harus (haram) kita letak perkataan Allah pada benda-benda lain melainkan ada sandaran(idhofat) seperti “Abdul Rahman” dan lain-lain.
Am pada makna ialah Allah bagi sesuatu kepada semua manusia tidak kira orang itu beriman atau kafir.

Sifat yang berlawanan dengan Ar-Rahman ialah kedekut.

No comments:

Post a Comment