Tuesday, September 27, 2011

Ada 4 jenis Perbuatan


1) Perbuatan ikhtiari : kita usaha nak buat

2) Perbuatan idhthirori : terpaksa atau tidak sengaja , cth: tersepak batu

3) Perbuatan yang bersebab : sebab kita makan byk, maka kita kenyang (tetapi harus jika tidak kenyang kerana Allah lah memberi kesan atau memberi bekas)

4) Perbuatan yang selain ikhtiari, idhthirori dan perbuatan yang bersebab, cth : Allah Ta'ala mencipta langit dan bumi bukan dengan sebab usaha kita, bukan tidak sengaja dan juga bukan bersebab.

1) Perbuatan ikhtiari : kita usaha nak buat

2) Perbuatan idhthirori : terpaksa atau tidak sengaja , cth: tersepak batu

3) Perbuatan yang bersebab : sebab kita makan byk, maka kita kenyang (tetapi harus jika tidak kenyang kerana Allah lah memberi kesan atau memberi bekas)

4) Perbuatan yang selain ikhtiari, idhthirori dan perbuatan yang bersebab, cth : Allah Ta'ala mencipta langit dan bumi bukan dengan sebab usaha kita, bukan tidak sengaja dan juga bukan bersebab.

Wednesday, September 21, 2011

sambungan Muqoddimah kitab تبصرة الأداني بألحان باكورة الأماني


Alhamdulillah puji-pujian tertentu bagi Allah tuhan yang menerangkan hati-hati kekasihNYA dengan nur iman (iman yang diserupakan dengan nur yang mana sifat nur boleh menerangkan) dan menetapkandia(nur iman) padanya(hati kekasihNYA) dengan terus pengetahuan(dengan pengetahuan yang terus tidak lagi syak, waham, zhon dan jahil) dan mengertikan pelajaran dan menkejapkan(menguatkan) pengetahuan dengan mengertikan dalil-dalil dan merenu-renu(mengulangkaji) fikiran dan mengulang-ulangi bicaraannya(dalil) hingga latas(terang/jelas) pada pandangan uqolat(orang-orang yang mempunyai akal) dan terangkat kesamaran dan bermula rahmat daripada tuhan dan kesejahteraanNYA diturunkan atas semulia-mulia makhluk dan sebebas-bebas utusan iaitu Nabi Muhammad(nabi yang paling bebas sekali tiada nabi lain yang lebih daripada Nabi Muhammad dari dunia hingga akhirat seperti contoh hari akhirat orang akan jumpa berpulu-puluh nabi lain sebelum berjumpa dengan Nabi  Muhammad untuk minta syafaat dan Allah bagi kebebasan kepada Nabi Muhammad untuk melakukan apa-apa sehaja waktu itu.) yang dibangkitkan oleh Allah dengan seruan(panggilan) mengESAkan tuhan dan menunjukkan(menunjuk Nabi Muhammad akan) jalan-jalan kelepasan daripada azab api neraka dan rahmat tuhan dan kesejahteraan atas keluarganya(Nabi Muhammad) dan sahabat-sahabatnya iaitu sebaik-baik ini umat dan sebersih-bersih kelasan(peringkat/darjat)
Yang bold adalah tambahan penulis untuk memudahkan kefahaman.
Yang dalam kurungan adalah syarah
Yang luar kurungan adalah matan asal kitab تبصرة الأداني بألحان باكورة الأماني

Penerangan yang jelas bagi mereka yang menyebut "Allah SWT nak uji, Allah SWT nak tahu" !!!!!

Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tuhan empunya sekalian Alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya, malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW (Ya Allah tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan Para Sahabat R.anhum yang mulia lagi mengerah keringat menyebarkan Islam yang tercinta. Dan kepada mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat...Ya Allah Ampuni kami, Rahmati Kami, Kasihani Kami ...Amin

Amma Ba'du,

Sekian lama faqir melihat status sahabat-sahabat mahupun yang bukan, menulis mengenai "UJIAN" Allah SWT , "Allah SWT nak lihat", dan yang seumpama dengannya. Bukan ingin bersangka buruk, tetapi kita tidak dapat menafikan realiti masa kini di mana Ilmu Tauhid itu semakin diabaikan.

 Perjumpaan faqir dengan seorang pemimpin tertinggi persatuan Islam dua tahun yang lepas bagi membincangkan masalah Akidah ini juga menguatkan lagi kebimbangan faqir terhadapat gejala kejahilan dalam Ilmu Tauhid, kerana beliau sendiri tidak menguasai Ilmu Tauhid setalah dijui beberapa soalan mudah, maka apatah lagi orang biasa. 

Dan kita sedia maklum, bahawa status yang ditulis di laman sosial ini akan dilihat oleh berbagai-bagai golongan manusia, sama ada yang alim, jahil mahupun jahil murakkab. Maka, perlulah diperjelaskan makna-makna seperti "UJI" dan "NAK LIHAT" yang disandarkan kepada Allah SWT ini supaya tidak mengheret kepada kefahaman yang boleh membawa kepada Kufur dan Murtad.

Tersebut di dalam Kitab 'Aqidatun Najin Fi 'Ilmi Usuliddin bagi Asy-Syaikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani Rahimahullah, m/s 47, baris 11 dari atas, lebh kurang ruminya :

"Maka telah sempurna dua puluh sifat yang Mustahil atas Tuhan kita Jalla Wa 'Azza. Maka inilah bahagi yang kedua yang WAJIB atas tiap-tiap Mukallaf mengetahui dia, atas jalan Tafshiliy (terperinci) supaya kita nafikan sekaliannya itu daripada Tuhan kita. 

Kerana sekalian itu tiada layak bagi Tuhan kita. (Dan) barangsiapa iktikadkan salah suatu darip-ada yang MUSTAHIL itu, tsabit (menetapkan) bagi Tuhan kita. 

Maka, iaitu jadi KAFIR, maliankan orang yang diuzurkan dia oleh syarak kerana baharu masuk Islam."



Tersebut di dalam Kitab Risalah Tauhid, bagi Asy-Syaikh Haji Abdul Ghani Yahya, m/s 31-32, baris 4 dari bawah :

"Wajib atas tiap-tiap Mukallaf mengetahui Sifat-Sifat yang mustahil pada Tuhan, yang jadi lawan daripada Sifat 20 yang Wajib baginya, dengan dinyatakan satu persatunya.

Manakala telah ditetapkan satu persatu Sifat yang Wajib bagi Allah Ta'ala 20 Sifat, maka tetaplah MUSTAHIL lawannya yang kekurangan itu, kerana yang dituntut pada ilmu ini mensabitkan (menetapkan) segala 'Aqaid (Aqidah) atas Jalan Tafshil (terperinci) pada segala Sifat. 

Dari itu, terlalu besar SALAH mereka yang tiada mengetahui hal (Aqidah dan Tauhid) ini, lebih daripada tiada mengetahui hukum-hukum Fiqh. Kerana, JAHIL akan barang yang wajib bagi Allah Ta'ala dan yang MUSTAHIL atas-Nya, dihukumkan KAFIR. Tetapi, JAHIL akan hukum-hukum Fiqh, hanya MAKSIAT JUA."

Baik, marilah kita melihat apakah yang disebutkan oleh Para Alim Ulamak Rahimahulllah berkenaan permasalahan ini.

Tersebut di dalam Kitab Tafsir Al-Quran Al-'Azim (Tafsir Ibnu Katsir), bagi Imam Abu Al-Fida' Al-Hafizh Ibni Kathir Rahimahullah, Juzuk 1, m/s 239, baris 8 dari atas, Cetakan Maktabah Mustafa Ahmad, Mekkah Al-Mukarramah :

"Dan Firman Allah SWT : "Dan tidaklah Kami jadikan Qiblat engkau yang dahulu itu, melainkan supaya KAMI DAPAT TAHU orang-orang yang mengikut Rasul."(Surah Al-Baqarah: 143)
Tafsir -Berfirman Allah Ta'ala : "Hanya sesungguhnya !! Kami syarakkan atau perintahkan kepada engkau (Hai Muhammad) akan kerja menghadap Qiblat pada awalnya ke arah Baitul Maqdis. Kemudian kami palingkan(tukarkan) akan engkau daripadanya ke arah Kaabah pula, supaya NAMPAK ZAHIRLAH hal keadaan orang-orang yang mengikut akan engkau dan mentaati akan engkau, dan menghadap Qiblat Kaabah bersama engkau sekira-kira ke mana sahaja engkau menghadap."Tamat petikan.

Maka, bukanlah maksud dari Firman Allah SWT ini Allah SWT nak mengetahui, kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui, tetapi hendak menzahirkan siapa yang mentaati Rasul dan siapa yang tidak sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibnu Kathir Rahimahullah.

Dan tersebut di dalam Kitab Tuhfatul Murid Hasyiah 'Ala Matni Jauharah At-Tauhid, bagi Al-Allamah Al-Imam Ibrahim bin Muhammad Al-Baijuri Rahimahullah, m/s 42, baris 3 dari atas , Cetakan Dar Ihya' Kutubil 'Arabiyyah, Indonesiyya. :

"Dan barang yang ada kedatangan kenyataan-kenyataan yang seolah-olah membawa pengertian adanya "kerja mencari-cari Ilmu" pada Ilmu Allah Ta'ala, seperti Firman Allah Ta'ala :
"Kemudian, Kami bangunkan mereka (Ashabul Kahfi) supaya kami dapat tahu."
Iaitu ditakwilkan atau ditafsirkan bahawa kehendak ayat itu (Dan bermula Allah Ta'ala jualah yang mengetahui sebenar-benar akan maknanya) : "Kerana hendak menzahirkan kepada manusia".
Iaitu berta'alluq (berhubung kait) dengan ilmu kita, makhluq. Atau ditakwilkan maknanya "nu'lima" iaitu dengan dibaris hadapan Nun dan dibariskan bawah bagi Lam. [ nu'lima - memberi tahu..pent].Tamat.

Dan tersebut di dalam kitab Ash-Shiratul Mustaqim bagi Al-Muhaddith Asy-Syaikh Abdullah Al-Harari Al-Ma'ruf Bil Habasyi, m/s 56 baris 6 dari atas, Cetakan Darul Masyarik :

Dan, adapun Firman Allah Ta'ala , Surah Muhammad, ayat 31:
"Dan pastilah kami menguji akan kamu hingga KAMI DAPAT KETAHUI akan orang-orang yang berjihad di jalan Allah daripada kalangan kamu dan akan orang-orang yang sabar berjuang di jalan Allah."

Maka TIADALAH makna demikian ayat ini :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu hendak mengetahui akan siapakah orang-orang yang berjihad."
yang mana ada asalnya Allah Ta'ala tidak mengetahui tentang mereka melainkan dengan diuji dan dicoba. Bermula ini makna, Mustahil atas Allah Ta'ala.

Bahkan makna ayat ini :
"Hingga Kami bezakan." Iaitu "hingga Kami zahirkan" kepada para hamba akan siapakah orang-orang yang berjuang di jalan Allah daripada kalangan kamu, dan orang-orang yang sabar daripada selain mereka itu."

Dan, kafirlah orang yang berkata :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mengusahakan ilmu yang baharu dan terkini."
Tamat.

Rasanya, cukuplah sekadar 3 kitab yang diberikan kerana orang yang Inad (degil) itu, walau 1001 kitab diberikan, tetap tidak mahu ia berubah. Faqir yakin bukan semua yang menulis status mengenai masalah ini mengetahui tafsiran dan penjelasan yang betul mengenainya, maka berhati-hatilah saudaraku, kerana sikap wara' (berhati-hati) itu adalah jalan yang paling selamat dalam menempuh kehidupan dunia ini.

Tamat.

Wallahu Yahdi ila sawaissabil...

Selawat dan salam sebanyaknya semoga dilimpahkan Allah SWT ke atas junjungan besar kita Sayyidina Nabi Muhammad SAW. (Ya Allah Tempatkanlah Junjungan kami di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan..Amin) Beserta para sahabat dan Ahlulbayt r.anhum yang sangat kasih mereka itu kepada umat ini.Segala puji hanya bagi Allah SWT, Tiada Daya Upaya melainkan Allah SWT.,

Dan Allah jua yang memberi petunjuk dan Allah SWT Maha Mengetahui..

Jazakallah Khairan Kathira...(^_^)

Al-Faqir wal Haqir indallah,
Salim Azham (MSA)

Buku “Hakikat Insan” Oleh Haji Ahmad Laksamana

Negara Asal Malaysia
Tarikh Isu 1997-10-12
Pengarang Dato’ Haji Muhammad bin Haji Hassan
Rujukan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
Nota
Dato’ Haji Sulaiman Taib b. Haji Ahmad Mufti Negeri Pahang [S.S.M. Phg. 04/010/97; M.U.I. Phg. 2/116/2.]
Soalan:
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36 (2) Enakmen itu:
Jawapan:
A. Bahawa buku yang bertajuk “Hakikat lnsan” karangan Haji Ahmad Laksamana, Kota Bharu, Kelantan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.
B. Bahawa orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan” adalah sesat dan bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah.
C. Oleh yang demikian:
(1) Mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan” adalah menyeleweng dan menjadi murtad.
(2) Mana-mana orang Islam adalah dilarang:
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan”.
(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku “Hakikat lnsan” atau mana-mana bahagiannya, termasuk: .
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa jua bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada buku “Hakikat lnsan”.Pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media;
(c) mengembangkan ajaran-ajaran buku “Hakikat lnsan”;
(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Hakikat lnsan”.
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1835&Itemid=48
sumber:http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/20/buku-%E2%80%9Chakikat-insan%E2%80%9D-oleh-haji-ahmad-laksamana/

4 Syarat Ruku’

1 ) Bahawa ada ia (ruku’) kemudian daripada tamam  (sempurna bacaan) fatihahnya (musolli) (selepas cukup 10 syarat baca fatihah), pada orang yang lain daripada (makmum) yang masbuq.
2 ) Tunduk kehadapan sekira-kira sampai (tidak mengapa jika tidak pegang lutut)  dua tapak tangan tangannya  memegang kepada dua lututnya pada (hak) orang yang sederhana kejadiannya (dan iaitu pada orang yang sembahyang berdiri).
3 ) Jangan qasad (tuju hati) dengan tunduknya itu akan yang lain daripada ruku’nya.
4 ) Thuma’ninah (وزن تُفَعْعِلَةْ) (tuma’ninah: diam sekejap sekelian anggota seqadar  سبحان الله).
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

sumber:http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/20/4-syarat-ruku%E2%80%99/

Friday, September 16, 2011

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (1) - ADAB TIDUR

TAUBAT SI JEMAAH TABLIGH (1) - ADAB TIDUR


  PERINGATAN !!!

1.      Kami tidak menghalang orang-Orang Tabligh yang ingin berdakwah dan menghidupkan Sunnah Nabi saw, Mengajak mengerjakan Solah dan sebagainya.

2.      Tetapi, kami menghalang berkata-kata Agama di dalam Keadaan Jahil, dan berkata-kata Agama itu bersumberkan dari mulut-mulut orang lama Tabligh (Eldest) yang tiada bersumberkan dari mana-mana Kitab Muktabar.




 DIBAWAH INI ADALAH FAHAMAN TAUHID SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEMASA BERGERAK SEBAGAI KARKUN DALAM DIDIKAN  GERAKAN TABLIGH DI MALAYSIA

A. TAUBAT YANG PERTAMA 
(ADAB TIDUR)


1. Dahulu aku pernah menerangkan adab Tidur seperti di bawah ini;
 
Contoh 1


"Tuan-tuan, adab Tidur yang datangnya dari Rasululah saw itu ada 2 cara;
  
  • Cara Pertama ialah kita tidur di atas lambung kanan seperti keadaan mayat diletakkan di dalam kubur. Muka dan badan kita menghadap ke arah qiblat. 
  • Cara Kedua ialah tidur menegak, iaitu kita letakkan kepala ke arah qiblat, dan kaki ke arah yang berlawanan Qiblat.


2. Ayat-ayat yang saya katakan di atas seolah-olah seperti begini.
  • Saya yakin kedua-dua cara tidur ini adalah cara atau Sunnah Nabi saw. 
  • Kaki tidak boleh menghadap ke arah Qiblat kerana ia merupakan suatu perbuatan yang tidak beradab dan juga merupakan suatu dosa jika dilakukan.


Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku kerana menyampaikan sesuatu yang salah lagi menyesatkan ini kepada kamu semua.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. PENERANGAN TAUBAT PERTAMA

1. Para pembaca sekalian, jika kita tidak mengenal adab tidur yang sebenar. Maka, kita semua akan percaya dan mengikut seperti apa yang di sampaikan oleh orang-orang Tabligh ini.
 
2. Jatuh kita ke dalam keburukan kerana Jahil di dalam Agama, malah perkara yang sesat ini kita sampaikan kepada orang lain dengan sangkaan ini merupakan Sunnah Nabi saw yang sebenarnya.
 
3. Lalu, kita lagangkan perkara salah ini di atas nama Nabi saw tanpa sebarang bukti dan sumber rujukan. Maka! Satu lagi tiket ke Neraka Jahannam telah ditempah kepada si penyampai Adab Tidur yang dikatakan dari Nabi saw ini.
 
4. Kepada orang-orang Tabligh! Sila nyatakan Ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang menjelaskan perkara-perkara ini secara tepat, dari Kitab apa, karangan siapa, halaman dan juzu’ berapa, syarikat percetakan dan tahun percetakannya.
 
5. Jika kata-kata di atas tidak berdasarkan mana-mana sumber atau Kitab,maka ia merupakan pendustaan oleh orang-orang Tabligh itu sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------6. Untuk mengetahui adab Tidur yang sebenar, marilah kita sama-sama membuka Kitab Maraqil ‘Ubudiyyah, bagi Asy-Syaikh Muhammad Nawawi Ibnu Umar, Al-Banteni At-Tanari, m/s 41, baris 15 dari bawah. Beginilah nas Ibarah Kitabnya,


 - .....Dan, bermula mengadap Qiblat itu di atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya itu, mengadap Qiblat bagi orang yang hadir kepadanya oleh kematian. Dan, dia itu tidur terlentang di atas tengkuknya.
 
Maka, bentuk mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu, bahawa adalah mukanya, dan kedua tapak kakinya mengadap ke arah Qiblat.
................................
7. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Ihya’u Ulumiddin, bagi Al-’Alim Al-’Ulama Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, Juzu’ 1, m/s 349.


 
- ...Dan adab ke tujuh, bahawa tidur ia mengadap akan Qiblat. Dan, bermula mengadap Qiblat itu atas dua bahagi. Salah satu dari keduanya, mengadap Qiblat orang yang hadir kepadanya kematian.
 

Dan, yaitu terlentang di atas tengkuknya. Maka, mengadap Qiblat orang yang tidur terlentang itu bahawa adalah mukanya, dan dua tapak kakinya mengadap ke Qiblat.
......................................
8. Dan, tersebut lagi di dalam Kitab Siarus Salikin Fi Thariqatis Sadaatis Suffiyah, yang diterjemah dari Kitab Lubabu Ihya’i Ulumiddin Al-’Alim Al-’Ulama’ Hujjatul Islam Ila Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali. Oleh Al-’Allamah Al-‘Arifu Billah Asy-Syaikh Abdussamad Al-Falimbani Rahimahullah Hi Taala, Juzu’ 1, m/s 230, baris 11 dari atas.


 
- (Dan Adab yang ketujuh) Sunnah ia tidur mengadap Qiblat. Bermula mengadap qiblat itu atas dua bahagi.
 
a. Pertama, seperti orang yang hampir mati iaitu terlentang di atas belakangnya. Dan, adalah mukanya, dan dua tapak kakinya itu, kepada qiblat itu.

 
b. Kedua, menghadap qiblat seperti mayat di dalam kubur. Yaitu (Iaitu), dijadikannya akan lambungnya yang kanan itu ke bawah. Dan, adalah mukanya, dan dadanya itu, mengadap qiblat.”

..........................
 
9. Di sini, dapatlah difahami bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki kita mestilah menghadap ke arah Qiblat.
 
10. Setelah diterangkan segala panjang lebar Nas Agama seperti di atas, tetapi tiba-tiba muncul seseorang manusia berkata,


“Mana boleh, tidak elok kaki itu mengadap Qiblat.”
 
11. Ketahuilah olehmu, bahawasanya manusia yang muncul ini merupakan manusia yang suka mendahului aqalnya lebih dari Nas Agama. Maka, jauhkanlah diri kamu akan orang yang bersifat seperti ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
12. Ketahuilah wahai para pembaca yang cintakan Allah! Telah dikhabarkan kepada kami, bahawa kedudukan kita ini di Asia Tenggara adalah di bahagian Tenggara Kaabah. Dan, ia juga mengadap bahagian Al-Hajarul Aswad di sebelah tenggara Kaabah.
 
13. Binaan Kaabah atas bumi sememangnya begini. Empat segi mewakili empat arah. Kalau nak tengok peta, ada dalam Kitabnya bernama Sullamul Munajah Syarah ‘ala Syafinatus Solah, m/s 14. Ada gambar peta di situ, sudut Al-Hajarul Aswad tepat jatuh pada Banten Tanara, Pulau Jawa.



14. Adalah salah satu Sunnah Nabi saw, bahawa kita melakukan perbuatan mengucup atau mencium Batu Al-Hajarul Aswad di Makkatul Mukarramah. Adalah satu kemulian juga bagi kita, jika kita dapat mengucup di tempat yang mana bibir Nabi Muhammad saw kucupi. Mudah-mudahan selamatlah kita dari api neraka.
 
15. Seperti apa yang dipelajari di atas, tatkala kita bangun dari tidur dan mengangkat badan kita. Maka, muka dan dada kita akan terus menghadap qiblat.
16. Bukanlah seperti apa yang diajarkan oleh orang-orang Tabligh, bila mana seseorang itu bangun dari tidurnya, punggung mereka telah awal-awal lagi sudah dihadapkan ke arah qiblat. Jadi, mereka telah membelakangi dan membuntuti Al-Hajarul Aswad.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

D. KESIMPULAN

1. Sedarlah wahai-wahai Sahabat-sahabatku yang takutkan Allah! Istimewanya, orang-orang Tabligh yang benar-benar ingin mencari Keampunan Allah!
 
2. Janganlah ada di antara kita di sini yang gemar berkata-kata Agama (Berdakwah) di dalam keadaan Jahil. Larangan berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil adalah merupakan larangan dari Nabi Muhammad saw sendiri.
 
3. Ketahuilah olehmu! Apabila seseorang berkata-kata Agama di dalam keadaan Jahil, maka telah jatuh (berlaku) ke atas diri mereka, melakukan perbuatan-perbuatan yang Bidaah pada Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan.
 
4. Marilah kita sama-sama mendengar dengan sepenuh perhatian dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Guru kita yang sangat ‘Alim lagi ‘Allamah iaitu Asy-Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari, di dalam Kitabnya iaituKitab Tuhfatur Raghibin Fi Bayani Haqiqati Imanilmu’minin Wama Yufsiduhu Min Riddatil Murtaddin, m/s 17, baris 11 dari bawah.


 
Ertinya,

(Hubaya-hubaya! Hai Tholib / Hati-hati! Wahai Penuntut.)

Pelihara akan dirimu daripada Iktiqad (Aqidah dan Tauhid), dan Perkataan, dan Perbuatan yang Bidaah.
 
( Seperti apa yang kami terangkan mengenai Adab Tidur di atas, orang-orang Tabligh ini telah mereka suatu Bidaah pada Perbuatan.
 
Orang-orang Tabligh ini juga banyak melakukan Bidaah dari Segi Perkataan pada Majlis Bayan (Penerangan) mereka.
 
Dan, lantaran kerana banyak berkata-kata inilah, mereka jatuh kepada Bidaah yang lebih dahsyat, iaitu melakukan Bidaah pada Iktiqad (Iaitu, merekacipta Iktiqad (Keyakinan) yang menyalahi apa-apa yang dinyatakan di dalam Kitab Tauhid Al-Asya’irah.). – Pent.)
 
(Dan) Janganlah bersahabat dengan Qaum yang mempunyai Bidaah lagi Dholalah (Sesat). Dan, janganlah muliakan mereka itu.
(Kerana), Sabda Nabi saw,


 
Ertinya, “Barangsiapa memuliakan akan ahli Bidaah. (Dari Segi Iktiqad, Perbuatan dan Perkataan. – Pent.)
 
(Maka, sa nya) Menolongi ia pada meruntuhkan Agama Islam.
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Imam Baihaqiyy.
 
(Dan) Lagi Sabda Nabi saw,
 
Ertinya, “Ahli Bidaah itu, sejahat-jahat Makhluq dan Tabiat (Perangai).”
Telah meriwayatkan akan Hadis ini Abu Nu’aim.
 
(Dan lagi) Sabda Nabi saw,
Ertinya, “Barangsiapa menghinakan Ahli Bidaah, nescaya disentosakan Allah Taala akan dia pada hari Qiamat, daripada haru hara terkejut yang amat besar.Dan, dipeliharakan Allah Taala akan dia, daripada bahaya.”
 
(Ketahui) Olehmu Hai Tholib, bahawasanya semata daripada Kurnia Allah Taala, kepada segala Hambanya. Tiada jua Zahir (Muncul) Ahli Bidaah itu pada suatu tempat, melainkan dizahirkan (dimunculkan) Allah Subhanahu Ta’ala seorang Hambanya yang mendirikan Hujjah dan Dalil yang menolakkan Bidaah.
 
(Yakni, seseorang yang akan bangun mendirikan Kebenaran dan menolak dari perkara Bidaah itu, adalah dari kalangan mereka sendiri. – Pent.)
 
Seperti, Sabda Nabi saw,
 
Ertinya, “Tiada Zahir ahli Bidaah, melainkan adalah dizahirkan Allah Taala atas mereka itu seorang daripada Hambanya yang membangkitkan Hujjah, dan Dalil yang menolakkan Bidaah itu.” Telah meriwayatkan Hadis ini Ibnu Hakim.
 
(Soal) Apa Murad (Maksud) daripada Bidaah itu. (Jawab) Bahawa, Murad daripada Bidaah itu, mengadakan dan membaharui suatu pekerjaan yang tiada daripada Agama Nabi kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wassalam sama ada pekerjaan itu Iktiqad atau Perbuatan.
 
( Orang yang tidak pernah mengaji Agama, mereka hanya kenal perkara Bidaah Perbuatan sahaja. Sedangkan, ada juga Bidaah dari segi Iktiqad.
 
Tidakkah kamu sedar wahai orang-orang Tabligh?
 
Perbuatan kamu penuh dengan Perbuatan Sunnah Nabi saw. Tetapi, Iktiqad(Aqidah dan Kepercayaan) kamu adalah penuh dan sarat dengan Aqidah yang sesat, lagi bertentangan dengan Aqidah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. – Pent.).
....................................................
5. Sayugianya, peliharalah dan sampaikan peringatan ini kepada dirimu, keluargamu, dan saudara-saudaramu dari melakukan perkara-perkara Bidaah pada IktiqadPerbuatan dan Perkataan.
6. Dan, jika ada di antara mereka yang engkar dengan apa yang kamu sampaikan, maka janganlah kamu bersahabat dengan mereka.
 
7. InsyaAllah, di dalam risalah-risalah yang akan datang! Kami akan bangkitkan hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang lebih banyak lagi, bagi menolak perkara-perkara Bidaah Iktiqad (Tauhid) dan Perkataan yang berlaku di dalam Jamaah Tabligh, yang membawa kepada jatuhnya Hukum Riddah (Murtad).


sumber:http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-1-adab-tidur.html