- Tidak sah jual beli akan barang
yang si pembeli tidak pernah tengok dan si penjual tidak pernah tengok kerana
syara’ tidak mahu berlaku penganiayaan.
- Contoh situasi, barang yang
hendak dibeli oleh pembeli ada di sisi penjual, tapi barang itu tidak boleh
dilihat oleh si pembeli, ini TIDAK SAH.
Jadi tidak sah jual beli samaada penjual dan pembeli tidak tengok barang atau
salah seorang daripada mereka berdua tidak tengok barang jualan tersebut, yang mana si penjual terus bagi barang itu kepada pembeli dan tidak mengizinkan si pembeli melihat dahulu barang tersebut.
- Tidak sah orang buta menjual
barang, kerana tidak nampak barang untuk dijualkan.
- Tidak sah orang buta berurusan sewa menyewa.
- Orang buta hendaklah mewakilkan
kepada orang lain untuk berurusan jual beli dan sewa-menyewa.
- Jika seorang itu mata tidak buta
dan mahu membeli sesuatu barang, tapi barang itu akan diambil esok hari,
tiba-tiba sebelum hendak pergi ambil barang, tiba-tiba mata dia buta (mungkin
disebabkan kemalangan), maka urusan jual beli ini SAH(TIDAK TERFASAKH), orang yang baru buta ini boleh mewakilkan orang
lain untuk mengambil barang tersebut.
- Si pembeli hendak membeli sesuatu barang yang
pernah ditengoknya pada tahu lepas, tiba-tiba baru sekarang hendak dibelinya,
maka hukumnya SAH(HARUS) DENGAN SYARAT
BARANG ITU TIDAK BERUBAH seperti jual beli tanah.
No comments:
Post a Comment