{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Jom kita menabung sambil dapat perlindungan....
Pengenalan
Setiap muslim bercita cita untuk menunaikan ibadah haji kerana ianya merupakan rukun islam kelima yang wajib ditunaikan. Kewajipan ibadah haji ini bergantung kepada kemampuan. Namun persoalannya adakah kemampuan itu dibiar datang melayang atau kita perlu mencarinya? Jawapannya sudah tentu ia perlu dicari dan diusahakan. Antara cara yang terbaik menghasilkan kemampuan ialah dengan cara menyimpan wang. Terdapat beberapa tempat yang kita fikir sesuai untuk membuat simpanan haji. Yang manakah tempat yang paling baik?
Perkara lain yang perlu dilihat juga ialah tempoh pelaksanaan haji yang lama. Jika menyimpan hari ini, hampir 30 tahun akan datang baru sampai giliran menunaikan haji. Pada masa itu bagaimana dengan kudrat diri, mampukah untuk ke Tanah Suci Makkah?
Begitu juga dengan masalah kos tunai haji yang semakin meningkat. Difahamkan sekarang sudah mencecah ribuan adan belasan ribu. Itu sekarang, bagaimana pula tahun- tahun akan datang?
Oleh itu demi menyelasaikan masalah tersebut, MAA Takaful Berhad telah mencipta satu plan yang sangat sesuai untuk bakal-bakal haji. Plan yang saya maksudkan ialah plan MTHAJJ @ Takaful Haji.
Manfaat Plan
Simpanan Takafulink Haji adalah tetap. Ianya dapat mendisiplinkan pencarum agar terus menyimpan setiap bulan atau setiap tahun. Jika menyimpan di institusi kewangan lain, sudah tentu sukar kerana banyak godaan luar yang membuatkan anda tidak mampu kekalkan simpanan lebih-lebih lagi dengan adanya kad ATM, bila bila masa sahaja simpanan boleh dikeluarkan. Jika begitu bagaimana anda dapat menunaikan haji mengikut masa yang dicadangkan? Silap-silap tak tertunai sampai ke akhir hayat. Dengan plan Takaful Haji anda akan dapat tunaikan haji mengikut tempoh yang diinginkan. Dengan plan ini, 15 tahun akan datang insyaAllah anda akan dapat menunaikan haji.
Disamping itu plan ini juga memberi jaminan kewangan kepada peserta yang mencarum apabila peserta ditimpa musibah lumpuh dan kematian biasa mengikut jumlah yang diinginkan. Wang ini disumbangkan dari tabung kebajikan peserta. Sumbangan akan berlipatganda jika pencarum ditimpa musibah lumpuh atau meninggal disebabkan kemalangan di mana sahaja. Jika kemalangan berlaku di Arab Saudi, sumbangan musibah akan diberi 200%.
Perbezaan
Terdapat beberapa perbezaan antara Plan Takaful Haji dan simpanan biasa. Antaranya ialah tempoh menyimpan hanya 15 tahun sahaja berbanding akaun lain.
Simpanan yang dilakukan dalam tabung ini mengikut perinsip tolong menolong dan jamin menjamin. Jika peserta ditimpa musibah besar, pihak tabung kebajikan akan membantu dengan menyumbangkan wang bantuan kewangan yang besar. Jaminan kewangan ini tidak ditawarkan di institusi simpanan biasa.
Jika peserta meninggal dunia, Amanah Raya Berhad akan menguruskan badal haji peserta. Ahli keluarga tidak perlu bersusah payah menguruskannya. Begitu juga jika peserta memilih untuk waqaf, qurban, kebajikan dan hibah, pihak Amanah Raya akan melaksanakannya mengikut nisbah sumbangan yang diinginkan. Amanah Raya Berhad telah bekerjasama dengan MAA Takaful Berhad demi memudahkan keperluan peserta.
Contoh plan
Untuk contoh plan Takafulink Haji, anda boleh lihat jadual berikut :
Diharap dengan plan ini dapat membantu cita-cita anda menunaikan haji pada usia muda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini sebelum terlambat. Mula menyimpan hari ini juga.
Hubungi saya segera amirul(0133440584)untuk temujanji atau e-mel saja ke amirulsyafiqbinali@gmail.com.
No comments:
Post a Comment