Ta’rif akal: Satu sifat yang disimpan didalam hati sanubari kita ,ada baginya cahaya(nur) yang berhubung pada otak kepala kita ,dengan dialah kita dapat membezakan yang mana baik dan buruk.
Hukum akal ada 3:
1 Wajib pada akal
2) Mustahil pada akal
3) Harus pada akal
Wajib pada akal
Ta’rif Wajib pada akal: Barang yang difikirkan dengan akal tentu sungguh ia kerana barang itu sungguh dirinya.
Contoh: Ada Zat Allah , apabila kita fikir dengan akal kita, tentu kita memutus dengan akal akan sungguhnya kerana ada Allah Ta’ala itu ada sungguh(sebenar-sebenar ada).
Mustahil pada akal
Ta’rif Mustahil pada akal: Barang yang difikirkan dengan akal tentu tidak ia kerana barang yang kita fikir itu tidak(tidak sebenar sama sekali).
Contoh: Tiada Zat Allah , maka apabila kita fikir dengan akal kita , tentu kita menghukum atau kita memutus dengan tidak, kerana tidak ada tuhan itu hukumnya mustahil.
Harus pada akal
Ta’rif Harus pada akal: Barang yang difikirkan dengan akal terima sungguhnya atau tidak terima sungguh pada masa lain-lain.
Contoh: Makhluk ini harus ada dan harus tiada. Jika Allah Kehendaki ada,maka wujudlah makhluk ini dan jika Allah kehendaki tidak ada,maka tidak adalah makhluk ini.
Kepentingan Mengetahui Hukum Akal Dalam Aqidah:
Mengetahui hukum akal adalah merupakan tangga(perantaraan) untuk memahami aqidah kerana aqidah itu merupakan pengakuan di dalam hati seseorang,maka jika seseorang itu tidak mengerti hukum akal itu, terkadang tidak ada aqidah atau pegangan itu, dinamakan dia orang yang jahil, dan jahil dengan Allah itu tidak sah sah imannya, kerana makna iman ialah membenar(tasdiq) dengan hati, mengaku dengan hati sengan sekalian barang yang didatangkan dengan dia oleh rasul daripada sekalian pekerjaan ugama.
Terkadang jadi seseorang iti kafir kerana tidak mengetahui hukum akal tersebut sepertii’tikod tuhan putih itu ialah orang yang menyerupai tuhan akan sesuatu daripada makhluk ini, maka iaitu mustahil atas Allah Ta’ala yakni tentu tidak atas Allah Ta’ala dan orangyang I’tikod menyerupai Allah Ta’ala dengan segala yang baru itu jadi kafir. Kalau begitu tahulah kita bahawa belajar hukum akal itu wajib syara’.
Jika ada kesilapan, mohon teguran..
sumber: sebahagian di atas dipetik daripada Kitab Misbahul Munir karangan Abdul Aziz bin Ismail Alfathoni(bapa mertua kapada Baba Ismail Sepanjang)
No comments:
Post a Comment