Tuesday, October 11, 2011

Niat Sembahyang Yang Sebenar (1)

SEPATAH KATA DARI PENYUSUN
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله  وحده والصلاة والسلام على سيدنا محمد لا نبي بعده.
Ku susun risalah ini, semata-mata kerana cinta kepada ugamaku yang bersih lagi mudah untuk mengawal keselamatannya didalam perkara niat sembahyang.
Risalah ini ku namakan ((Jiwa Sembahyang)) yang mana tiap-tiap seorang yang menatapnya akan menjadi sembahyangnya berjiwa (hidup). Sekiranya seseorang Islam tidak mengerti betul didalam perkara niat sembahyang, maka sudah tentu jadilah sembahyangnya tidak berjiwa (mati) seperti satu bangkai yang tidak berharga. Ertinya jadilah sembahyangnya  tidak sah dan diterima oleh Allah S.W.T
Sebagaimana manusia ada mempunyai badan dan ruh, begitulah juga sembahyang diapun ada mempunyai badan dan ruh. Badan sembahyang iaitulah tingkah laku perbuatan waktu sembahyang. Adapun ruhnya ialah ikhlas (niat disisi kebanyakan ulama’) sebagaimana tuhan berfirman ((وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين )) dan Nabi S.A.W  bersabda (( إنما الأعمال بالنية)).
Disini mengertilah kita bahawa perkara yang mustahak dan penting  didalam Islam ialah niat iaitu satu perkara yang sehabis-habis mudah. Kalau tidak dipesong-pesongkan oleh orang yang suka memesong iaitu orang yang berdegil mengatakan niat itu mesti berhuruf (terlintas sahaja aku sembahyang fardhu zohor umpamanya) dan kalau tidak terlintas perkataan begitu, tidak sah sembahyangnya. Pihak inilah selalu mengelirukan orang ramai sehingga orang ramai buta tuli berpegang  ((bahawa perkataan aku sembahyang itulah niatnya)) dengan tidak mahu bertolak ansur lagi.
Didalam risalah ini, saya bawa sebahagian nas-nas ulama’ syafieyyah yang besar-besar yang  menerangkan niat itu satu lahzoh sahaja, supaya dengannya dapat memaham oleh orang ramai dengan jelas dan nyata, tidak lagi terkeliru – adanya

S. Abdul Rahman Solih                                                                                            1 Syawal 1873
Kelantan                                                                                                                   Bersamaan 2 Jun 1954
.
Bahagian Yang Pertama:  Menerangkan Nas-nas Ulama’ Bersabit Dengan Niat

Kata Ibn al-Rif’ah: -
Niat itu ialah menyahja  (kehendak dan sengeling) yang dikatakan menyahja itu iaitulah aradh (lintasan) yang tunggal yang tidak kekal, berlakulah niat itu dengan sekelip mata dan satu masa sahaja -Al-matlabul Ali.

Berkata Syeikh Fauzani, Imam al- Haramain dan Qufal:-
Kerana niat itu ialah sekelip mata (selintasan) sahaja- Nihayatul Matlab.

Berkata Imam al-Haramain: -
Sesungguhnya orang yang bodoh-bodoh menyangka ia bahawa niat itu ada baginya awal, tengah, dan akhir dan berlaku dalam hati beratur-beratur ini sangkaan semata-mata silap dan lupa akan hakikat niat – Nihayaul Matlab.

Berkata Ibn Hajar:-
Niat itu ialah aradh  (lintasan) yang tak menerima belah bahagi dia tidak ada awal dan tidak ada akhir – Syarah al-U’bab

Berkata Imam al-Ghazali:-
Niat itu tidak ada pada pertuturan dan tidak ada susunan huruf sama dengan hati atau lidah – al-Wasith.

Berkata I’mrani:-
Niat itu tidak hajat didatangkan dengan huruf, hanya niat itu ialah I’tiqad (pegangan hati)  yang mana boleh ada didalam sedikit juzu’ (satu huruf takbir) – al-Bayan.


Berkata Ibn Hajar dan Syeikh Qamuli:-
Niat itu tidak disyaratkan cakap hati atau lidah – Syarah al-Ubab Wa Jawahir al- Bahr.

Berkata Syeikhul Islam:-
Niat ialah menyahja sesuatu berserta  buatnya- fathul wahhab.

Berkata Syeikh Husaini:-
Telah muafakat segala fuqaha’ (ulama-ulama fiqh Syafie) bahwasa niat itu ialah menyahja sesuatu beserta buatnya – Nihayatul Ahkam.

Berkata Imam Nawawi:-
Jika seseorang sembahyang fardhu wajiblah ia menyahja buatnya dan menentunya dan qaul asoh wajib niat fardhu- al-Minhaj.

Berkata Ibn al-Rif’ah dan Imam al-Haramain:-
Maka yang dilaku dalam hati oleh orang yang berniat itu ialah makna lafaz.  Maksudnya ialah mengetahui sifat-sifat sembahyang – al-Matlab al-Ali wa Nihayah al- Matlab.

Berkata Ibn Hajar:-
Memadai niat itu dengan aku sembahyang fardhu zohor yakni dengan tujuan aku senbahyang fardhu zohor bukan dengan huruf aku sembahyang fardhu zohor – Syarah al-Ubab Mulakhassan.

ULASAN

Telah nyata dan terang daripada nas-nas ulama’ Syafieyyah yang besar-besar diatas, bahwa niat sembahyang itu tidak berhuruf dan tidak berkepanjangan, bahkan niat sembahyang itu iaitulah satu lintasan tunggal yang tidak ada awal, tidak ada tengah, tidak ada akhir dan tidak menerima bahagi.
Yang demikian hendaklah kita faham dan kita ikut sebagaimana tunjukan- tunjukan ulama’ itu, jangan kita terpesong. Fardhunya kalau kita disoal bagaimanakah aturan niat yang disuruh oleh ulama’-ulama’ itu ?? Jawabnya aturan niat yang disuruh oleh ulama itu ialah sebagaimana nas-nas dibawah ini:-

Bahagian  Yang Kedua: Nas-nas Ulama’  Bersabit Muqaranah Niat

Nas-nas Ulama’:

Aturan berniat itu, bahwa dihadirkan pada hati akan zat sembahyang serta sifat-sifatnya kemudian disengaja buat akan sembahyang itu, dan dijadi akan menyahja (sengaja) itu  serta dengan permulaan takbir dan  tidak lupa akan ingatannya sehingga sempurna takbirnya itu dan tidak memadai menghincirkan (membahagi) niat diatas takbir.
Dan memilih oleh Imam Nawawi  akan terpada dengan muqaranah urfiyyah, sekira-kira dibilangkan seseorang itu menghadirkan sembahyang.  Bersalah- salahan ulama’ perkataan  dikehendaki  dengan menghadirkan sembahyang itu. Kata setengah ulama’ iaitu ketiadaan lalaikan niat pada ketika takbir serta bersungguh mengenakan niat didalamnya. Dan kata setengah ulama’ iaitu memadai menghadirkan perbuatan sembahyang dan ta’arudh ta’yin pada satu juzu’ takbir . Kata setengah ulama’ lagi memadai menghadirkan niat itu dahulu sedikit daripada takbir sekalipun lalai akan niat didalam takbir bagaimana (sebagaimana) mazhab Hanafi , Maliki dan Hanbali. Dan makna keadaan seseorang  menghadirkan sembahyang itu ialah menghadirkan  barang yang wajib dihadirkan dia (menyahja perbuatan sembahyang serta ta’arudh, taa’yin) adapun menghadirkan zat sembahyang itu, maka tidak memadai dengan ittifaq ulama’ intaha………
Berkata Imam al-Haramain:-
Apabila ada perbuatan bersifat dengan banyak sifat maka mengetahui akan dia itu,  beratur-beratur  dan berlaku ia  pada beberapa masa menurut adat, kemudian apabila hadir ilmu-ilmu itu dan berhimpun ia dalam ingatan, berharaplah menyahja itu kepada itu ilmu dengan tidak beratur dan tidak berlambatan.

Dan berkata Ibnu al-Rif’ah :
Kadang-kadang hasil sekeliannya itu dalam hati dengan tidak terdahulu menghadirkan di atas takbir tetapi demikian itu sangat-sangat payah.

Dan berkata Imam al-Ghazali:-
Perkara muqaranah ini sangat-sangat mudah. Tetapi sebab-sebab yang menjadi payah itu ialah was-was jahil akan hakikat niat.

Dan berkata Husaini:-
Tiap-tiap perbuatan yang keluar daripada orang yang berakal yang jaga lagi dengan pilihannya tentu tidak sunyi daripada niat.  Bersalahan apabila keluar daripada orang gila, lalai, tersalah atau gagahi,  maka lagho (tidak ada niat).

TEGASAN

1) Niat sembahyang itu peraturannya yang sah ada dua macam sahaja, yang pertama muqaranah haqiqiyyah (kamaliyyah) yang kedua muqaranah u’rfiyyah.
Muqaranah haqiqiyyah itu: bahawa adalah niat satu lahzoh itu ada dalam semua huruf takbir dan
Muqaranah u’rfiyyah itu: bahawa adalah niat satu lahzoh itu ada dalam mana-mana satu huruf takbir.
Selain daripada itu tidak sah muqaronahnya melainkan dengan ditaqlidkan mazhab hanafi , maliki, hanbali atau qaul dhoif.
2)Peraturan berniat satu lahzoh itu iaitu lebih dahulu menghadirkan zat sembahyang dan sifat-sifat, kemudian menyahjakan buatnya dengan satu lahzoh.
3) Seorang berniat ((sahaja aku sembahyang fardhu zohor)) serta ada niat satu lahzoh itu sah sembahyangnya.


KHATIMAH  

Seseorang yang sembahyang, hendaklah ia membesarkan tuhannya dengan lidah dan hatinya serta tidak lupa daripada sembahyangnya sebagaimana firman tuhan
((وربك فكبر)) dan perkataan Imam Syafi’e “وينويها بعينها” intaha – al-Um  Lil as-Syafie.


RUJUKAN:
Risalah Jiwa Sembahyang oleh S. Abdul Rahman
Cetakan Majlis Agama Islam Kelantan

http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/13/niat-sembahyang-yang-sebenar-1/

Thursday, October 6, 2011

Apakah pendapat Imam Malik, Syafii dan Ahmad ibn Hanbal R.A tentang Tasawwuf?

Imam Malik bin Anas R.A

Imam Malik ibn Anas R.A merupakan salah seorang dari kalangan Imam Ahli Sunnah wal Jama’ah. Beliau hidup pada kurun ke-2 dan wafat pada tahun 179 Hijrah.
Beliau berkata:

من تفقه ولم يتصوف فقد تفسق، ومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمع بينهما فقد تحقق.
“Sesiapa yang belajar  ilmu feqah tetapi  tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang nengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli hakikat”.

Orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai adab dan keikhlasan, kadang- kala akan menyebabkan dia  menjadi fasiq. Mempelajari adab dan banyak berzikir  tanpa mempunyai ilmu, kadang-kala akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir zindiq. Manakala orang yang menghimpunkan di antara ilmu dan adab serta zikir-zikir sahajalah, yang mengetahui hakikat agama ini.


Imam Syafi’I R.A

Sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Syafi’I R.A: Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah. Mereka menyatakan:

الوقت سيف، إن تقطعه قطعك
“Waktu itu seperti  pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.”


نفسك إن لم تشغلها بالحق شغلتك  بالباطل
“Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil.”

Oleh yang demikian, Syeikh Ali al-Masyhur  R.A menyatakan: Tidak mengetahui nilai masa melainkan dua golongan; ahli sufi dan ahli fikir Barat.


Imam Ahmad ibn Hanbal R.A

Imam Ahmad ibn Hanbal R.A  mewasiatkan kepada anaknya, Abdullah dengan berkata:

يا ولدي عليك بمجالسة هؤلاء القوم فإنهم زادوا  علينا بكثرة العلم والمراقبة والخشية والزهد وعلو الهمة
“Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khashyah (takut kepada Allah), zuhud dan tinggi himmah.”

Rujukan: Agamamu Dalam Bahaya oleh al-Allamah Abu Abdullah ‘Alawi al-Yamani
Terjemahan oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
Terbitan SOFA Production.

sumber:http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/10/02/apakah-pendapat-imam-malik-syafii-dan-ahmad-ibn-hanbal-r-a-tentang-tasawwuf/

Rukun Sembahyang itu terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. Rukun Qalbi: Iaitu rukun yang berkaitan dengan pekerjaan hati.
  2. Rukun Qauli: Iaitu rukun yang berkaitan dengan bacaan.
  3. Rukun Fi;li: Iaitu rukun yang berkaitan dengan perbuatan.

Rukun Qalbi ada dua perkara:

1)      Niat
2)      Tertib

Rukun Qauli ada lima perkara:

1)      Takbiratul ihram
2)      Membaca Fatihah
3)      Membaca tahiyyat akhir.
4)      Besolawat kepada Nabi s.a.w  dalam tahiyyat akhir.
5)      Mengucap salam yang pertama.

Rukun Fi’li ada enam perkara:

1)      Berdiri betul
2)      Ruku’
3)      I’tidal
4)      Sujud
5)      Duduk antara dua sujud.
6)      Duduk membaca tahiyyat akhir.

Rujukan: Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut  (Muhammad )  al-‘Idrusi
sumber: http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/10/03/pembahagian-rukun-sembahyang/

Kitab Uzlah (Menyendiri) Dan Pergaulan

Ketahuilah, bahawasanya setengah-setengah para salaf, ada yang suka beruzlah atau memencilkan diri dari orang ramai (menyendiri), kerana di dalam uzlah itu terdapat berbagai faedah; seperti senang beribadat tanpa gangguan atau melapangkan diri untuk berfikir-fikir ataupun menumpukan perhatian kepada pendidikan ilmu pengetahuan.
Selain itu dengan uzlah dapat menjauhkan diri dari melakukan larangan-larangan Allah yang biasanya dilakukan oleh orang ramai disebabkan pergaulan seperti riya’, mengumpat meninggalkan perintah membuat kebajikan dan menjauhi dari melakukan kemungkaran, meniru-niru tabiat dan akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan yang jelek dari kawan-kawan yang jahat atau seumpamanya.
Sementara para salaf yang lain menggalakkan pergaulan dengan orang ramai dan mencari seberapa banyak kenalan dan kawan untuk menempa perpaduan dan kasih sayang antara kaum Mu’minin. Kemudian bertolong-tolongan antara satu dengan yang lain dalam urusan-urusan agama, yakni untuk menegakkan kebaktian dan ketaqwaan kepada Zat Allah yang Maha Agung Subhanahu wa Ta’ala.
Hanya dengan jalan bercampur gaul sajalah segala faedah uzlah atau memecilkan diri dapat terhasil; iaitu dengan tekad bersungguh-sungguh serta mengalahkan hawa nafsu. Pendek kata percampur gaulan itu mempunyai banyak faedah yang besar mengatasi faedah-faedah memencilkan diri.
Mungkin anda akan bertanya; Apakah dia faedah-faedah bercampur gaul itu, dan apakah pula pendorong-pendorong yang menyebabkan kita wajib bercampur gaul?
Faedahnya ialah: Memberi pengajaran kepada orang lain atau mengambil pelajaran daripadanya. Melakukan sesuatu pekerjaan yang bermanfaat kepada orang lain, atau mengambil manfaat dari sesuatu pekerjaan yang dilakukan orang. Mendidik atau menerima didikan. Menempa hiburan atau menghiburkan. Mendapat pahala kerana menunaikan sesuatu hak yang wajib.
Selain itu dapat mempraktikkan diri supaya bertawadhu’ dan mendapatkan faedah dari berbagai-bagai pengalaman orang lain, serta mengambil i’tibar dari contoh tauladan.

Faedah-faedah bercampur gaul

Terdapat banyak faedah dari bercampul gaul. Berikut disenaraikan faedah-faedah bercampur gaul:
1.      Memberi pengajaran atau menerima pelajaran
2.      Memberi manfaat dan mengambil manfaat.
3.      Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan
4.      Pendidikan
5.      Penghiburan
6.      Mencari Pahala
7.      Menyebabkan orang lain mendapat pahala
8.      Merendah diri.
9.      Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan
Huraian secara terperinci setiap satunya, agar manfaatnya tinggal berkesan di dalam diri, akan disusuli dalam paparan-paparan seterusnya.

Faedah pergaulan – memberi pengajaran atau menerima pelajaran

Kedua-duanya, memberi pengajaran atau menerima pelajaran, terkira antara sebesar-besar ibadat yang boleh dilakukan oleh seseorang di dalam dunia ini. Yang demikian itu tidak akan tercapai, melainkan menerusi bercampur gaul.
Orang yang sangat berhajat kepada pengetahuan dan menuntut pelajaran ilmu agama yang wajib adalah dosa kepada Allah, kiranya ia memencilkan diri dan beruzlah.
Orang yang mempunyai bakat dan mampu ke depan untuk mempelajari ilmu pengetahuan syariat dan ilmu pemikiran, baginya memencilkan diri sebelum mempelajari ilmu-ilmu tersebut adalah suatu kerugian yang besar. Sebab itulah Nakha’i dan orang-orang yang seumpamanya berkata: Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu pengetahuan terlebih dahulu, kemudian baru pencilkan diri atau duduk beruzlah.
Seseorang yang memencilkan diri sebelum menerima ilmu pengetahuan terlebih dulu, adalah orang yang mensia-siakan masanya dengan banyak tidur atau memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah.
Paling banyak ia menghabiskan masanya dengan membaca berbagai-bagai wirid dan mengulangi-ulanginya, padahal amalan-amalan yang dilakukan menerusi badan dan hati itu, tiada terjamin akan terlepas dari kemegahan dan kebanggaan diri.
Cara serupa ini selalunya menjadi tertawaan syaitan belaka, sedangkan ia mengganggap dirinya orang yang banyak beribadat. Ketahuilah bahawa ilmu pengetahuan itulah yang menjadi puncanya agama, dan tidak ada gunanya beruzlah atau memencilkan diri bagi orang umum yang jahil dan bodoh.
Adapun tentang pengajaran dan menaburkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai, maka pekerjaan ini memang besar pahalanya, apabila niat si pengajar dan si pelajar itu bersih dan jujur.

Faedah pergaulan – Memberi manfaat dan mengambil manfaat


Mengambil manfaat dapat dihasilkan menerusi usaha dan bermu’amalah, dan yang demikian itu tidak boleh berlaku melainkan dengan bercampur gaul dengan orang ramai.
Oleh kerana itu orang yang suka berusaha sendirian, lalu suka pula bersedekah dari amal usahanya, maka ia adalah lebih utama daripada orang yang suka memencilkan diri dengan banyak melakukan amal ibadat saja.
Adapun memberikan manfaat pula, ialah dengan membuat sesuatu perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain, sama ada dengan membelanjakan wang ringgit mahupun dengan memeras tenaga sendiri; umpamanya menolong orang lain dalam segala keperluannya, semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala.
Menyediakan diri untuk menunaikan hajat-hajat kaum Muslimin ada pahalanya dan yang demikian itu tidak akan terlaksana melainkan dengan bercampur gaul dengan orang ramai.
Orang yang mampu menjalankan kerja-kerja serupa ini dengan menjaga batasan-batasan, adalah lebih diutamakan daripada orang yang hanya memencilkan dirinya kerana sesuatu pekerjaan yang tak berfaedah.

Faedah pergaulan – Pendidikan


Adapun mendidik orang lain dengan berbagai-bagai nasihat ataupun mengambil pelajaran-pelajaran pendidikan bagi dirinya sendiri; iaitu dengan melatih diri untuk menanggung segala perlakuan yang kasar dari orang ramai dan sabar menahan penganiayaannya.
Tujuan utama dari perilaku ii, ialaha untuk mematahkan kebesaran diri dan menghindarkan kemahuan hawa nafsu. Faedah-faedah serupa ini boleh diperoleh, hanya dengan bercampur gaul dengan orang ramai.

Faedah pergaulan – Penghiburan


Menghibur diri atau menghiburkan orang memang amat digalakkan dalam urusan agama, iaitu bagi orang yang benar-benara merasa terhibur, bila melihat hal-ehwalnya atau ucapannya dalam urusan agama, dan ada kalanya berkaitan juga dengan kepentingan diri.
Penghiburan juga kadang-kadang menjadi sunnat, kalau tujuannya ialah untuk melapangkan hati, agar sesudah itu akan timbullah sebab-sebab yang bakal mencergaskan diri semula dalam melakukan ibadat, sebab hati itu apabila terlalu sedih atau risau, nescaya ia akan menjadi buta.
Jiwa manusia itu tidak selamanya dapat dipaksa membuat yang hak semata-mata, selagi tidak diberi kelapanganuntuk dihiburkan dan dalam memaksanya menunaikan kewajiban-kewajibannya terus-menerus akan menimbulkan rasa bosan dan perasaan meleset.
Ibnu Abbas telah berkata: Andaikata tidak kerana takutkan perasaan was-was timbul dalam diri saya, nescaya saya tidak akan mengajak orang ramai duduk bersenang-lenang.
Nyatalah seorang yang memencilkan dirinya itu, tidak boleh tidak mestilah berkehendakkan seorang teman yang dapat diajak bertemu dan berbual dalam sehari semalam, walaupun sebentar saja.
Oleh itu hendaklah ia berusaha mencari seorang teman yang sesuai dan mengerti kehendaknya. Jangan sampai masa sebentar bersenang-lenang dengan teman itu, kelak akan merosakkan pula segala masanya yang lain, yang dihabiskan dalam memencilkan diri atau beruzlah itu.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Seseorang itu menurut perjalanan temannya, maka hendaklah seseorang mahu memerhatikan siapa yang patut diajak berkawan.”
Dalam pertemuan dengan kawan itu nanti, biarlah semua perbicaraannya berkisar di sekitar urusan-urusan agama, dan perkara-perkara yang dapat menetapkan hati atas yang hak dan kebenaran.
Dalan perbicaraannya serupa itu, jiwanya akan merasa lega dan senang. Itulah satu-satunya cara yang paling baik untuk melapangkan hati, bagi seorang yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan peribadi

Faedah pergaulan – Mencari Pahala

Adapun untuk mencari pahala dari sesuatu amalan, maka ini dapat dilakukan dengan sentiasa menghadiri jenazah-jenazah, melawat pesakit-peasakit ataupun hadir bersembahyang jemaah pada semua shalat, sebab tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan jamaah, kecuali kerana khuatir sesuatu bahaya yang nyata akan menimpannya yang bila diimbangkan dengan bahaya terluputnya keutamaan sembahyang berjemaah sama beratnya, ataupun lebih sedikit dan perkara serupa itu tentulah jarang sekali terjadinya.
Begitu pula, untuk mendapatkan pahala, ialah dengan menghadiri pertemuan-pertemuan yang baik, undangan-undangan, kerana yang demikian itu boleh menimbulkan kegembiraan dalam hal seseorang Muslim.

Faedah pergaulan – Menyebabkan orang lain mendapat pahala

Untuk melakukan sesuatu agar orang lain boleh memperoleh pahala, ialah dengan membenarkan orang melawatnya ketika ia sakit, atau menyampaikan kepadanya ta’ziah bila berlaku kematian dalam keluarganya, atau mengucap tahniah atas kenikmatan-keniknatan yang baru dicapainya. Cara macam ini akan mendatangkan pahala kepada orang-orang yang melakukannya.
Bagi dirinya, hendaklah ia mempertimbangkan segala pahala-pahala yang akan diperolehi disebabkan percampur gaulan ini dengan bahaya-bahaya yang kami sebutkan satu persatu di atas. Ketika itu akan jelaslah persoalannya.
Mungkin sekali baginya uzlah atau memencilkan diri itulah yang lebih diutamakan atau diberatkan. Mungkin pula bercampur gaul dengan orang ramai yang patut diikuti.

Faedah pergaulan – Merendah diri

Tawadhu’ atau merendah diri itu adalah darjat paling utama sekali bagi manusia. Ini tidak akan berlaku, selagi dia menyendiri atau duduk berjauhan dari orang ramai.
Mungkin seseorang itu lebih suka beruzlah atau memencilkan diri dikeranakan beberapa sebab misalnya:
  1. Kerana sudah terlalu tua umurnya.
  2. Kerana khuatir dirinya tidak diberikan penghormatan dalam satu-satu keramaian atau tidak dikedepankan.
  3. Kerana dia merasakan dirinya akan lebih dihormati, bila dia menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang ramai.
  4. Kerana dia menganggap bahawa memencilkan diri itu akan lebih meyakinkan orang ramai dalam kerja-kerja ibadatnya atau kezuhudannya atau sebagainya.
Tanda orang-orang ini ialah mereka lebih suka diziarahi oleh orang ramai, tetapi mereka sendiri tidak suka menziarahi orang lain. Mereka merasa senang sekali, bila orang-orang umum datang untuk mendekatkan diri kepada mereka, apatah lagi kalau yang datang pula orang-orang yang berpangkat, maka hatinya akan terus berlonjak-lonjak kegembiraan.
Kalaulah kerana terlalu sibuk menguruskan diri sendiri itu yang menyebabkan mereka tidak suka bercampur gaul dan terus memencilkan diri dari orang ramai, tentulah mereka tidak ingin pula orang ramai datang menziarahi mereka. Yang sebenarnya sebab pemencilan diri dan uzlah mereka itu, adalah kerana hendak menguruskan kedatangan orang ramai kerana hati mereka terpikat oleh pandangan orang ramai terhadapnya dengan penuh penghormatan dan sanjungan.

Faedah pergaulan – Mendapatkan pengalaman dan contoh tauladan


Pengalaman-pengalaman hidup amat berfaedah bagi manusia, dan ia dapat dicapai oleh seseorang menerusi percampur gaulan dengan manusia ramai, dan mengambil tahu tentang hal-ehwal penghidupan mereka.
Menerusi akal yang dilengkapi oleh Allah Ta’ala bagi manusia saja, tidak memadai untuk memahami maslahat-maslahat agama dan dunia. Tetapi faedahnya dapat dicapai menerusi pengalaman-pengalaman dan percubaan-percubaan itu.
Misalnya seorang anak kecil jika dipencilkan dari orang ramai, tentulah ia akan dikelubungi oleh sifat bodoh dan tolol. Yang semestinya bagi anak kecil itu berusaha, untuk menuntut ilmu pengetahuan, dan dalam masa menuntut ilmu itu, ia akan memperoleh segala yang diperlukan dari berbagai pengalaman.
Kemudian pengalaman-pengalaman selainnya akan diperolehinya pula, dengan mendengar berbagai-bagai hal yang berlaku di sekitarnya. Kebodohan dan ketololan itu akan melenyapkan banyak amalan-amalan yang berfaedah, tetapi sebaliknya ilmu pengetahuan akan mengharumi amalan-amalan, meskipun sedikit saja bilangannya. Kalaulah tidak kerana demikian, manakah boleh diutamakan ilmu pengetahuan ke atas amalan-amalan.
Syariat Islam sendiri telah menentukan kelebihan seorang alim ke atas orang ‘abid yang banyak ibadatnya sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri telah bersabda:
“Kelebihan orang alim ke atas orang’abid, laksana kelebihanku ke atas orang yang paling rendah dari para sahabatku.”
Pendek  kata, bila anda faham penuh teliti segala huraian yang lalu mengenai faedah-faedah dan bahaya-bahayanya, akan menjadi senanglah bagi anda untuk menentukan mana satu yang lebih utama antara bercampur gaul dengan memencilkan diri atau uzlah. Sebenarnya yang demikian itu berbeza-beza menurut perbedaan hal dan keadaan.
SUMBER:
http://bimbinganmukmin.wordpress.com/2011/06/14/kitab-uzlah-menyendiri-dan-pergaulan-kandungan/
http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/10/03/kitab-uzlah-menyendiri-dan-pergaulan/

4 Tempat Disunatkan Mengangkat Dua Tangan di Dalam Sembahyang

1 ) Pada tatkala (ketika) takbiratul ihram

2 ) Pada tatkala (ketika) turun kepada ruku’nya (musolli)

3 ) Pada tatkala (ketika) bangun daripadanya (ruku’) kepada i’tidal

4 ) Pada tatkala (ketika) betul berdiri daripada tahiyat awalnya (ketika bangun daripada tahiyat awal pada raka’at kedua kepada berdiri betul pada rakaa’t ketiga).

*Perhatian!! Makruh hukumnya bagi sesiapa yang mengangkat kedua tangannya pada selain daripada 4 tempat yang tersebut itu. Seperti mengangkat tangan pada berdiri betul (qiyam) raka’at kedua dan raka’at yang keempat.

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

sumber:http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/21/4-tempat-disunatkan-mengangkat-dua-tangan-di-dalam-sembahyang/

Tuesday, October 4, 2011

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad RA

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad RA
Dikirim: Tim Redaksi [16/06/2009]

Al Habib Al Imam Abdullah bin Alawi Al Haddad dilahirkan pada malam Kamis
5 Shafar 1044 H di pinggiran kota Tarim, sebuah kota terkenal di
Hadhramaut, Yaman. Beliau bermadzhab Syafi‘i. Nasabnya bersambung
sampai kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib RA, suami Sayyidatuna Fatimah binti
Rasulillah SAW.

Ayahnya, Al Habib Alawi bin Muhammad
adalah seorang yang saleh dari keturunan orang-orang saleh. Di masa
mudanya, beliau berkunjung ke kediaman Habib Ahmad bin Muhammad
Al-Habsyi Shôhibusy Syi‘ib untuk memohon doa, Habib Ahmad berkata,
“Anak-anakmu adalah anak-anak kami juga, mereka diberkahi Allah.”

Saat
itu Habib Alwi tidak mengerti maksud ucapan Habib Ahmad. Namun, setelah
menikahi Salma, cucu dari Habib Ahmad bin Muhammad, Habib Alwi baru
sadar bahwa rupanya perkawinan ini yang diisyaratkan oleh Habib Ahmad
bin Muhammad dalam ucapannya.

Sebagaimana
suaminya, Salma adalah seorang wanita yang sholihah. Dari istrinya ini,
Habib Alwi mendapat putra-putri yang baik dan saleh, di antaranya
adalah Abdullah.

Ketika Habib Abdullah berusia 4
tahun, ia terserang penyakit cacar. Demikian hebat penyakit itu hingga
butalah kedua matanya. Namun, musibah ini sama sekali tidak mengurangi
kegigihannya dalam menuntut ilmu. Ia berhasil menghapal Quran dan
menguasai berbagai ilmu agama ketika terhitung masih kanak-kanak.
Rupanya Allah berkenan menggantikan penglihatan lahirnya dengan
penglihatan batin, sehingga kemampuan menghapal dan daya pemahamannya
sangat mengagumkan.

Beliau sejak kecil gemar
beribadah dan riyâdhoh. Nenek dan kedua orang tuanya seringkali tidak
tega menyaksikan anaknya yang buta ini melakukan berbagai ibadah dan
riyâdhoh. Mereka menasihati agar ia berhenti menyiksa diri. Demi
menjaga perasaan keluarganya, si kecil Abdullah pun mengurangi ibadah
dan riyâdhoh yang sesungguhnya amat ia gemari. Ia pun kini memiliki
lebih banyak waktu untuk bermain-main dengan teman-teman sebayanya.
“Subhânallôh, sungguh indah masa kanak-kanak...,” kenang beliau suatu
hari.

Di kota Tarim, beliau tumbuh dewasa.
Bekas-bekas cacar tidak tampak lagi di wajahnya. Beliau berperawakan
tinggi, berdada bidang, berkulit putih, dan berwibawa. Tutur bahasanya
menarik, sarat dengan mutiara ilmu dan nasihat berharga.

Beliau
sangat gemar menuntut ilmu. Kegemarannya ini membuatnya sering
melakukan perjalanan untuk menemui kaum ulama. Beliau ra berkata, “Apa
kalian kira aku mencapai ini dengan santai? Tidak tahukah kalian bahwa
aku berkeliling ke seluruh kota-kota (di Hadramaut) untuk menjumpai
kaum sholihin, menuntut ilmu dan mengambil berkah dari mereka?”

Beliau
juga sangat giat dalam mengajarkan ilmu dan mendidik murid-muridnya.
Banyak penuntut ilmu datang untuk belajar kepadanya. Suatu hari beliau
berkata, “Dahulu aku menuntut ilmu dari semua orang, kini semua orang
menuntut ilmu dariku.”

“Andaikan penghuni zaman
ini mau belajar dariku, tentu akan kutulis banyak buku mengenai makna
ayat-ayat Quran. Namun, di hatiku ada beberapa ilmu yang tak kutemukan
orang yang mau menimbanya.”

Habib Abdullah
mengamati bahwa kemajuan zaman justru membuat orang-orang saleh
menyembunyikan diri; membuat mereka lebih senang menyibukkan diri
dengan Allah. “Zaman dahulu keadaannya baik. “Dagangan” kaum sholihin
dibutuhkan masyarakat, oleh karena itu mereka menampakkan diri. Zaman
ini telah rusak, masyarakat tidak membutuhkan “dagangan” mereka, karena
itu mereka pun enggan menampakkan diri,” papar beliau.

Beliau
sangat menyayangi kaum fakir miskin. “Andaikan aku kuasa dan mampu,
tentu akan kupenuhi kebutuhan semua kaum fakir miskin. Sebab pada
awalnya, agama ini ditegakkan oleh orang-orang mukmin yang lemah.”

Beliau juga berkata, “Dengan sesuap (makanan) tertolaklah berbagai bencana.”

Beliau
gemar berdakwah, baik dengan lisan maupun tulisan, kemudian
mencontohkannya dalam amal perbuatan. Kegemarannya berdakwah
menyebabkan ia banyak bergaul dan melakukan perjalanan. “Sesungguhnya
aku tidak ingin bercakap-cakap dengan masyarakat, aku juga tidak
menyukai pembicaraan mereka, dan tidak peduli kepada siapa pun dari
mereka. Sudah menjadi tabiat dan watakku bahwa aku tidak menyukai
kemegahan dan kemasyhuran. Aku lebih suka berkelana di gurun Sahara.
Itulah keinginanku; itulah yang kudambakan. Namun, aku menahan diri
tidak melaksanakan keinginanku agar masyarakat dapat mengambil manfaat
dariku.”

Keaktifannya dalam mendidik dan
berdakwah membuatnya digelari Quthbud Da’wah wal Irsyâd. Beliau
berkata, “Ajaklah orang awam kepada syariat dengan bahasa syariat;
ajaklah ahli syariat kepada tarekat (thorîqoh) dengan bahasa tarekat;
ajaklah ahli tarekat kepada hakikat (haqîqoh) dengan bahasa hakikat;
ajaklah ahli hakikat kepada Al-Haq dengan bahasa Al-Haq, dan ajaklah
ahlul haq kepada Al-Haq dengan bahasa Al-Haq.”

Dalam
kehidupannya, beliau juga sering mendapat gangguan dari masyarakat
lingkungannya. “Kebanyakan orang jika tertimpa musibah penyakit atau
lainnya, mereka tabah dan sabar; sadar bahwa itu adalah qodho dan qodar
Allah. Tetapi jika diganggu orang, mereka sangat marah. Mereka lupa,
bahwa gangguan-ganguan itu sebenarnya juga merupakan qodho dan qodar
Allah, mereka lupa bahwa sesungguhnya Allah hendak menguji dan
menyucikan jiwa mereka. Nabi saw bersabda, “Besarnya pahala tergantung
pada beratnya ujian. Jika Allah mencintai suatu kaum, Ia akan menguji
mereka. Barang siapa ridho, ia akan memperoleh keridhoan-Nya; barang
siapa tidak ridho, Allah akan murka kepadanya.”

Habib
Abdullah mengetahui bahwa ada beberapa orang yang memakan hidangannya,
tetapi juga memakinya. “Perbuatan mereka tidak mempengaruhi sikapku.
Aku tidak marah kepada mereka, bahkan mereka kudoakan.”

Habib
Abdullah tidak pernah menyakiti hati orang lain, apabila beliau
terpaksa harus bersikap tegas, beliau kemudian segera menghibur dan
memberikan hadiah kepada orang yang ditegurnya. “Aku tak pernah
melewatkan pagi dan sore dalam keadaan benci atau iri pada seseorang,”
kata Habib Abdullah.

Beliau lebih suka
berpegang pada hadis Nabi saw: “Orang beriman yang bergaul dengan
masyarakat dan sabar menanggung gangguannya, lebih baik daripada orang
yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak pula sabar menghadapi
gangguannya.”

Beliau menulis dalam syairnya:

Bila Allah mengujimu, bersabarlah

karena itu hak-Nya atas dirimu.

Dan bila Ia memberimu nikmat, bersyukurlah.

Siapa pun mengenal dunia, pasti akan yakin

bahwa dunia tak syak lagi

adalah tempat kesengsaraan dan kesulitan.

Habib
Abdullah tidak menyukai kemasyhuran atau kemegahan, beliau juga tidak
suka dipuji. “Banyak orang membuat syair-syair untuk memujiku.
Sesungguhnya aku hendak mencegah mereka, tetapi aku khawatir tidak
ikhlas dalam berbuat demikian. Jadi, kubiarkan mereka berbuat
sekehendaknya. Dalam hal ini aku lebih suka meneladani Nabi saw, karena
beliau pun tidak melarang ketika sahabatnya membacakan syair-syair
pujian kepadanya.”

Suatu hari beliau berkata
kepada orang yang melantunkan qoshidah pujian untuk beliau, “Aku tidak
keberatan dengan semua pujian ini. Yang ada padaku telah kucurahkan ke
dalam samudra Muhammad saw. Sebab, beliau adalah sumber semua
keutamaan, dan beliaulah yang berhak menerima semua pujian. Jadi, jika
sepeninggal beliau ada manusia yang layak dipuji, maka sesungguhnya
pujian itu kembali kepadanya. Adapun setan, ia adalah sumber segala
keburukan dan kehinaan. Karena itu setiap kecaman dan celaan terhadap
keburukan akan terpulang kepadanya, sebab setanlah penyebab pertama
terjadinya keburukan dan kehinaan.”

Beliau tak
pernah bergantung pada makhluk dan selalu mencukupkan diri hanya dengan
Allah. “Dalam segala hal aku selalu mencukupkan diri dengan kemurahan
dan karunia Allah. Aku selalu menerima nafkah dari khazanah
kedermawanan-Nya.” Beliau juga berkata, “Aku tidak melihat ada yang
benar-benar memberi, selain Allah. Jika ada seseorang memberiku
sesuatu, kebaikannya itu tidak meninggikan kedudukannya di sisiku,
karena aku menganggap orang itu hanyalah perantara saja.”



Karya dan Kata Mutiara

Meski buta dan sangat sibuk berdakwah, beliau masih sempat menulis buku-buku berikut:

01. An-Nashôihud Dîniyyah

02. Ad-Da’watut Tâmmah

03. Risâlatul Mu’âwanah

04. Al-Fushûlul ‘Ilmiyyah

05. Sabîlul Iddikâr

06. Risâlatul Mudzâkarah

07. Risâlatul Murîd

08. Kitâbul Hikam

09. An-Nafâisul Uluwiyyah

10. Ithâfus Sâil



Karya-karya
beliau sarat dengan inti sari ilmu syariat, adab Islami dan tarekat,
penjabaran ilmu hakikat, menggunakan ibarat yang jelas dan tata bahasa
yang memikat. Semuanya ditulis dengan bahasa yang mudah dipahami.
Berisi ajaran tasawuf murni. “Aku mencoba menyusunnya dengan ungkapan
yang mudah, supaya dekat dengan pemahaman masyarakat, lalu kugunakan
kata-kata yang ringan, supaya segera dapat dipahami dan mudah
dimengerti oleh kaum khusus maupun awam.”

Beliau
selalu bersungguh-sungguh dalam beribadah. Senantiasa menyertakan amal
di samping ilmunya. Pada masa bidâyah-nya (permulaannya ) setiap malam
beliau mengunjungi seluruh mesjid di kota Tarim untuk beribadah. Salah
seorang yang tinggal berdampingan dengan mesjid tempat beliau ra biasa
salat mengatakan, “Setiap malam, ketika penduduk kota ini telah lelap
dalam tidurnya, aku selalu mendapati beliau berjalan ke mesjid.”

Sahabat
beliau menceritakan, “Suatu hari aku berziarah bersama beliau ke makam
Nabiyullôh Hud as. Malam itu seekor kalajengking menyengatku sehingga
aku terjaga semalaman. Aku amati malam itu beliau tidak tidur, asyik
beribadah sepanjang malam. Waktu kutanyakan hal itu, beliau menjawab
bahwa telah tiga puluh tahun lamanya beliau berbuat demikian.

Meskipun
Habib Abdullah amat gemar beribadah, beliau tidak suka menceritakan
atau memperlihatkan amalnya, kecuali bila keadaan sangat memaksa dan ia
ingin agar amal salehnya itu diteladani. Beliau berkata, “Aku sengaja
tidak memperlihatkan amal ibadahku, meskipun — alhamdulillâh — aku
tidak khawatir terkena riya`. Akan tetapi, sebagaimana dikatakan oleh
Ash-Shiddîq (Nabi Yusuf as): “Aku tidak membebaskan diriku (dari
kesalahan), karena nafsu itu selalu mengajak berbuat kejahatan...”

Seseorang
pernah menggambarkan kedudukan beliau dalam dunia tasawuf dengan
ungkapan yang indah, yaitu: Dalam dunia tasawuf Imam Al-Ghazali ibarat
pemintal kain, Imam Sya’rani ibarat tukang potong dan Sayid Abdullah
bin Alwi Al-Haddad adalah penjahitnya.”

Penganut
Madzhab Syafi‘i, khususnya di Yaman, berkeyakinan bahwa Habib Abdullah
Al-Haddad adalah mujaddid (pembaharu) abad 11 H, pendapat ini
difatwakan oleh Ibnu Ziyad, seorang ahli fiqih terkemuka di Yaman yang
fatwa-fatwanya disejajarkan dengan tokoh-tokoh fiqih seperti Imam Ibnu
Hajar dan Imam Ramli.

Beliau ra merumuskan
bacaan dzikir yang dinamainya wirid Al-Lathîf. Wirid ini telah tersebar
hampir ke seluruh penjuru Dunia: Mekah, Madinah, Hijaz, Afrika,
Indonesia, Malaysia, Eropa, Amerika dll. Di Indonesia, wirid ini nyaris
menjadi bacaan yang diwajibkan oleh guru-guru pesantren. Tidak sedikit
dari mereka yang enggan beranjak dari tempat duduknya setelah salat
Subuh, sebelum menyelesaikan wirid ini. Wirid ini hampir menjadi bacaan
resmi umat Islam di pagi hari. Wiridnya yang lain, yang juga tak kalah
masyhurnya, adalah Ratib Haddad.

Demikianlah
Habib Abdullah Al-Haddad menghabiskan umurnya. Beliau menuntut ilmu dan
mengajarkan; berdakwah dan mencontohkan. Sampai akhirnya pada Selasa
sore, 7 Dzulqaidah 1132 H di kota Tarim ini juga, beliau ra kembali
menghadap Yang Kuasa, meninggalkan banyak murid, karya dan nama harum
di dunia. Di kota itu pula, di pemakaman Zanbal, beliau ra dimakamkan.
Semoga Allah memberinya kedudukan yang mulia di sisi-Nya dan memberi
kita manfaat yang banyak dari ilmu-ilmunya.