Istinjak-ms 49 dan 50-Kitab Kifayatul Muhtadi-Syarahan Baba
Idris AlFathoni
Istinjak mestilah menggunakan 3 biji batu ataupun lebih daripada 3 biji batu atau satu biji batu yang
mempunyai 3 penjuru ataupun lebih daripada 3 penjuru.
Jika tidak suci dengan 3 kali suci atau 3 biji batu,
wajiblah ditambah sehingga hilang ain najis, kalau bilangan sapu atau bilangan
biji batu sudah genap, maka disunatkan untuk menambah supaya menjadi
khasal(ganjil), tapi kalau dah ganjil, memadailah, tidak ditambah menjadi
genap.
Memadai hilang ain najis walaupun kesan(bekas) najis tidak
hilang bagi Istinjak menggunakan batu.
3 peringkat isntinjak:
Kurang afdhal – istinjak menggunakan batu sehaja
Afdhal - istinjak menggunakan air sehaja
Terlebih afdhal - istinjak menggunakan batu beserta dengan
air
9 syarat sah istinjak:
1)hendaklah batu atau seumpama batu(kayu,tisu) itu suci –
tidak boleh menggunakan najis(seperti tahi keras), tidak boleh benda yang
mutanajis(seperti batu yang terkena najis)
2)hendaklah batu atau seumpama batu itu keras – tidak boleh
menggunakan sesuatu yang cair seperti air mawar, minyak wangi
3)hendaklah batu atau seumpama batu itu kesat – tidak boleh
menggunakan benda yang licin seperti plastik
4)hendaklah batu atau seumpama batu itu bukan benda yang
dihormati syarak seperti makanan anak Adam seperti roti, atau kerak nasi atau
makanan jin seperti tulang atau kitab-kitab atau helaian-helaian kitab syarak
seperti kitab-kitab Hadis, kedoktoran, hisab, nahu, dan lain-lain.
-haram kita membakar roti atau kerak nasi, tetapi sah
istinjak menggunakan roti atau kerak nasi yang sudah dibakar kerana roti dan
kerak nasi bila dibakar akan menjadi arang(tidak dipanggil makanan lagi).
-tidak sah istinjak apabila kita menggunakan
tulang-tulang yang dibakar.
5)hendaklah najis itu keluar dari dubur dan qubul(bukan
keluar di tempat lain seperti lubang hidung, lubang telinga dan tempat lain).
6)hendaklah najis yang keluar itu dari qubul orang yang
wadih(jelas)kelakian atau jelas keperempuanan – khunsa tidak dibolehkan kerana
mempunyai 2 alat kemaluan
7)najis yang keluar itu belum kering lagi(kalau sudah kering
najis itu, maka tidak sah istinjak menggunakan batu).
8)najis tidak berpindah – samaada kita bangun dari tempat
buang najis atau najis yang keluar itu bertaburan terkena bahagian lain seperti
najis itu keluar melebihi hashafah zakar(bagi lelaki), atau melibihi sofhah
dubur(bagi lelaki dan perempuan).
9)tidak kedatangan najis lain menimpa dubur atau qubul kita seperti
kita buang air di dalam takungan air atau di dalam sungai , lalu terpercik air
sungai kena tempat keluar najis atau kita buang air kecil atas batu atau atas
benda keras lalu terpercik terkena dubur dan qubul kita.
Maka apabila sempurna segala syarat tersebut, itulah
haruslah beristinjak dengan batu atau barang seumpama batu, maka jikalau tiada
sempurnanya, maka kena beristinjak menggunakan air.