Dan membasuh akan kaki lebih
afdhal daripada menyapu tetapi adakalanya sunat
menyapu moza(bahasa aceh-nama bagi kasut yang panjang yang mana rupanya seperti
stoking kulit). Waktu sunat iaitu apabila syak seseorang pada harusnya menyapu
moza atau diperasan benci akan memakainya(moza) atau kerana takut luput solat
berjemaah, maka ini semuanya disunatkan untuk menyapu moza iaitu lebih afdhal
daripada membasuh kaki.
Dan adakalanya wajib menyapu moza
iaitu seumpama apabila ada seseorang memakai akan moza dengan mengikut
syarat-syaratnya, kemudian masuk waktu solat dan ada air sekadar menyapu
sehaja, maka ini wajib menyapu akan moza.
Dan kaifiat menyapu bahawa
diletak segala anak jari kiri di sebelah bawah tumit dan diletak akan segala
anak jari kanan di atas belakang anak jari kaki, kemudian dilalukan anak jari
tangan kanan atas moza itu hingga di akhir betis. Dan anak jari tangan kirinya
kepada hujung jari kepada hujung anak jari kaki sebelah bawah yang mana keadaan
jari-jari tangan kanan dan kiri itu diregang-regangkan.
Rukun wudhu’ ke-6 ialah: TERTIB
Beza antara rukun dan fardhu
ialah rukun wajib berterusan dan fardhu tidak wajib berterusan seperti rukun
solat wajib berterusan tidak boleh berhenti-henti sekejap. Contoh lain, fardhu
wuduk tidak wajib berterusan kerana boleh sehaja tinggal dengan jarak yang lama
seperti basuh muka pada pukul 2 kemudian basuh tangan pada pukul 3.
Tiada gugur tertib dengan sebab
lupa atau lainnya sperti dipaksa.
Gugur tertib pada 2 masalah
iaitu:
1)menyelam bagi seseorang yang
berhadas besar atau kecil, samaada air itu tidak cukup 2 kolah sekalipun dengan
niat yang dikira betul di sisi syara’,kerana air yang tidak cukup 2 kolah itu
tidak dikirakan air musta’mal kerana air itu tidak bercerai daripada anggota
wuduk atau anggota mandi wajib.
2)apabila mandi untuk mengangkat
hadas besar, tiba-tiba batal hadas kecil tapi kaki belum basuh lagi, jadi
caranya, basuh sahaja kaki tadi sehingga sempurna. Atau contoh lain jika
seseorang itu mengangkat hadas besar dengan sempurna walaupun bermula mandi
dengan membasuh kaki dahulu, maka secara tidak langsung wuduk pun telah
terangkat dengan sendirinya walaupun tidak tertib.
sumber: Kitab Kifayatul Muhtadi- Syarahan
Tuan Guru Baba Idris Al fathoni
.
No comments:
Post a Comment