Tuesday, January 8, 2013

Bab Haid



Bermula masa sekurang-kurang haid ialah sehari semalam iaitu 24 jam, tidak kira keluar darah itu beersambung-sambung atau berterusan. Contoh hari pertama keluar 10 jam, hari kedua 10 jam, dan hari ketiga 4 jam, jadi kesemua sekali jadi 24 jam. Jadi 3 hari 3 malam perempuan ini datang, tidak perlu solat.Ini masalah bagi yang perempuan yang beradat(kebiasaan berlaku).

Buat perempuan berumur 9 tahun atau kurang 15 hari lagi untuk sampai umur 9 tahun,yang mana kali pertama datang haid, contohnya, hari pertama datang 10 jam, jadi perempuan ini selepas berhenti darah, maka wajib basuh, ikat atau sumbat, kemudian ambil wuduk dan seterusnya solat.

Sebanyak-banyak haid 15 hari 15 malam, yang gholibnya atau yang kebanyakkan perempuan 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam.

Masa sekurang-kurang suci daripada haid(thuhur), ialah 15 hari 15 malam iaitu perceraian antara haid pertama dengan haid yang kedua, dan sebanyak-banyak suci daripada haid tiada sakatan atau tiada had.

Dan terkadang setengah perempuan tiada haid, kata guru kepada Baba Idris seperti Siti Aishah Binti Abu Bakar, Siti Fatimah Binti Muhammad, Asiah dan Siti Maryam yang tidak pernah datang haid walaupun sekali.

Sumber: Kitab Wishah Afroh- Huraian Baba Idris

1 comment:

  1. The 15 Best Casinos in Las Vegas (2021) - MapYRO
    Casinos 양주 출장샵 Near The Venetian Las Vegas · 이천 출장샵 The Venetian 전주 출장안마 Hotel · The Palazzo Las Vegas · The Venetian · The Palazzo Las Vegas · The Palazzo Las 파주 출장샵 Vegas 대전광역 출장안마

    ReplyDelete