Tuesday, January 8, 2013

Bab Haid



Bermula masa sekurang-kurang haid ialah sehari semalam iaitu 24 jam, tidak kira keluar darah itu beersambung-sambung atau berterusan. Contoh hari pertama keluar 10 jam, hari kedua 10 jam, dan hari ketiga 4 jam, jadi kesemua sekali jadi 24 jam. Jadi 3 hari 3 malam perempuan ini datang, tidak perlu solat.Ini masalah bagi yang perempuan yang beradat(kebiasaan berlaku).

Buat perempuan berumur 9 tahun atau kurang 15 hari lagi untuk sampai umur 9 tahun,yang mana kali pertama datang haid, contohnya, hari pertama datang 10 jam, jadi perempuan ini selepas berhenti darah, maka wajib basuh, ikat atau sumbat, kemudian ambil wuduk dan seterusnya solat.

Sebanyak-banyak haid 15 hari 15 malam, yang gholibnya atau yang kebanyakkan perempuan 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam.

Masa sekurang-kurang suci daripada haid(thuhur), ialah 15 hari 15 malam iaitu perceraian antara haid pertama dengan haid yang kedua, dan sebanyak-banyak suci daripada haid tiada sakatan atau tiada had.

Dan terkadang setengah perempuan tiada haid, kata guru kepada Baba Idris seperti Siti Aishah Binti Abu Bakar, Siti Fatimah Binti Muhammad, Asiah dan Siti Maryam yang tidak pernah datang haid walaupun sekali.

Sumber: Kitab Wishah Afroh- Huraian Baba Idris

Kitab Aqidatu Najin

Syar’an: Ertinya wajib mengenal Allah dan Rasul(ada 3 syarat mengenal Allah dan Rasuliaitu: 

1)Jazam 2)muafakat dengan nafsu amri 3)dalil

Mengikut pendapat Abu Hasan Asha’ari dan pengikut-pengikutnya, mengenal Allah dan mengenal rasul dengan sebab kedatangan syarak atau dengan sebab diutuskan rasul dengan syarat seseorang itu mesti berakal.

Mengikut pendapat Abu Mansur Al-Maturidhi dan pengikut-pengikutnya, mengenal Allah dan mengenal rasul dengan berakal semata-mata, tetapi kalau hukum feqah mesti melalui kedatangan syarak.

Mengikut pendapat Muktazilah , mengenal Allah dan mengenal rasul dan juga untuk hukum feqah hanya dengan akal semata-mata, kalau baik mengikut akal, maka baiklah semuanya, kalau jahat mengikut akal, jahatlah kesemuannya.

Dan kata musonnif (ainya’rifa) qoul yang tahqiq(qoul yang sebenar-qoul bawa masalah dan bawa alasan sekali) bahawa ma’rifat dan ilmu itu adalah sama dari segi pengertian iaitu jazam yang muafakat bagi yang sebenar daripada dalil, maka makna jazam itu ialah pegangan yang yakin, putus, kuat, kejap atau tetap, dan keluar daripada jazam itu ialah 3 perkara: 1)syak(ragu-ragu)- sama berat(50-50). 2)zhon(berat sebelah)-(75%) 3)waham(ringan sebelah)(25%) 



Ittifaq atau ijmak ulamak mengatakan kafir ata tidak beriman seseorang jika dia masih zhon atau waham dalam bab tauhid ini.

Dan bagi qoul yang beri’tikod tidak muafakat dengan diri perkara(seperti wahabi), maka ini dipanggil jahil murrokab seperti jazam nasoro(kristian) menigakan tuhan , iaitu mengatakan Allah itu tuhan bapa, Nabi Isa itu anak tuhan dan Maryam itu.

Contoh lain: Pihak kafir Majusi menyembah api, iaitu api kecerahan(kebaikkan) dan api zhulumat(keburukan).

Sumber: Kitab Aqidatu Najin- Huraian Baba Idris Al-Fatoni



Monday, January 7, 2013

Herbalife dan Halal


Sepanjang mengambil dan menyebarkan misi nutrisi Herbalife, ramai yang bertanya tentang status halal Herbalife ni. So kami nak jelaskan di sini yang Herbalife products adalah halal, malah tersangatlah bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.

Tak percaya dan mahukan bukti? Herbalife mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA), dan IFANCA diiktiraf oleh JAKIM. Boleh rujuk di laman web JAKIM di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf oleh JAKIM.


Minggu lepas juga, kami menyertai Halal Fiesta Malaysia yang diadakan di PWTC dari 10 - 14 Oktober 2012. Kalau tak halal mestilah tak boleh join ye tak? Booth Herbalife masa Halfest ni sangat penuh sampai tak cukup kerusi orang nak duduk untuk wellness evaluation! Seronok sharing dengan orang ramai tentang kebaikan nutrisi selular Herbalife dan juga tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Distributor herbalife sedang menerangkan tentang bagaimana Herbalife sudah membantu diri sendiri
dan ramai orang menjadi lebih sihat.

Booth Herbalife yang penuh, kerana semakin ramai yang sedar
tentang kepentingan menjaga pemakanan dan kesihatan.

Sahabat2 seperjuangan dalam Herbalife. Tengokla betapa ramainya kat booth ni!


Herbalife adalah makanan bernutrisi seimbang, halal lagi baik untuk kesihatan. Dalam Islam pun kita dituntut untuk menjaga pemakanan kita agar dari sumber yang halal dan baik, halalan toyyiban. Hadith Rasulullah saw dan Al-Quran juga menekankan tentang makanan yang halalan toyyiban.




Tiap tubuh yang tumbuh dari (makanan) yang haram maka api neraka lebih utama membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)
Sesungguhnya Allah baik dan tidak menerima kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surah Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang soleh.” Allah juga berfirman dalam surah Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)
Jagalah apa yang kita makan kerana ia akan memberi kesan kepada diri kita luar dan dalam, fizikal dan rohani. Kalau nak tau lebih detail tentang produk2 Herbalife, jom join kami ke SPECTACULAR(Hubungi saya: amirul: 019 2845 472)