Syarat sah dan harus Taqlid
Bermula syarat sah dan harus taqlid itu enam perkara:1) Mengetahui ia akan masalah yang hendak ia taqlid itu muktabar disisi mazhab yang ia hendak taqlid itu dengan ikut syarat-syarat dan rukun-rukun pada mazhab yang ditaqlid itu. Maka kenalah ketahui syarat-syarat dan rukun-rukun dan apa-apa yang jadi batalnya.
2) Adalah taqlid sebelum jatuh berbuatnya dan jangan jadi sudah batal pada mazhabnya baru niat taqlid mazhab yang lain. Seperti ia ada wudhu’, maka ia sentuh isteri, maka batal wudhu’ pada mazhabnya kemudian baru ia niat taqlid mazhab Hanafi, maka iaitu tiada sahnya.
3) Tiada ikut yang mana-mana mudah. Seperti ia mengambil wudhu’ sapu sedikit daripada kepala ikut mazhab Syafi’e dan sembahyang tiada baca basmalah pada Imam atau munfarid dan ma’mum tiada baca fatihah ikut mazhab Hanafi, maka tiada sah sembahyangnya.
4) Imam yang diikut itu yang diakui sah mujtahidnya seperti Syafie, Hanafi , Maliki, Hanbali. Maka tiada sah taqlid orang yang tiada sah mujtahidnya seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Khaldun, Muhammad Abdul Wahab (WAHABI).
5) Tiada jadi talfiq pada qadhiah yang satu seperti mengambil wudhu’ sapu sedikit daripada kepala ikut Syafi’e dan bersentuh dengan perempuan ajnabiyah ikut Hanafi pada tiada batal wudhu’. Maka batal wudhu’nya pada mazhab Syafi’e dan tiada sah wudhu’nya pada mazhab Hanafi, maka tiada sah sembahyangnya.
6) Tiada barang yang jadi batal hukum qadhi seperti talak tiga sekali berlafaz, maka jika qadhi hukum boleh ruju’ nescaya batal hukum qadhi itu kerana menyalahi ijma’ sahabat Nabi S.A.W dan menyalahi tabi’in dan menyalahi ulama’-ulama’ yang mujtahidin dan menyalahi nas Qur’an. Maka tiada harus dan tiada sah ruju’ atau nikah balik dengan tiada muhallal. Dan qadhi hukum boleh ruju’ atau nikah dengan itu suami dengan tiada muhallal nescaya hokum qadhi itu batal dan berdosa. Dan berdosa orang yang berama dengan dia masuk neraka, kerana Hadith: ((wa man syazza syazza ilan nar)) ertinya: Dan barangsiapa yang kelua ia daripada barang yang sudah ijma’ sahabat nabi atau keluar daripada barang yang sudah ijma’ ulama nescaya keluar ia pergi masuk api neraka.
Dan setengah daripada barang yang jadi hukum qadhi batal seperti nikah mut’ah dan nikah dengan tiada wali dan tiada saksi dan talak tiga tiada syarat kena wati’ oleh muhallal, hanya apabila muhallal talaq maka sah nikah balik dengan suaminya itu. Maka jika qadhi hukum sahnya nescaya batal hukum qadhi itu.
Rujukan: Kitab Sulam Sibyan karangan Haji Chik bin Ahmad Al-Qadahi..
SUMBER: http://www.facebook.com/note.php?created&¬e_id=224500217588430
http://anasmohd.blogspot.com/2011/07/syarat-sah-dan-harus-taqlid.html
sumber: http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/07/22/syarat-sah-dan-harus-taqlid/
No comments:
Post a Comment