Thursday, February 14, 2013

ISTINJAK MENGGUNAKAN BATU ATAU BARANG SEUMPAMA BATU


Istinjak-ms 49 dan 50-Kitab Kifayatul Muhtadi-Syarahan Baba Idris AlFathoni

Istinjak mestilah menggunakan 3 biji batu ataupun lebih daripada 3 biji batu atau satu biji batu yang mempunyai 3 penjuru ataupun lebih daripada 3 penjuru.
Jika tidak suci dengan 3 kali suci atau 3 biji batu, wajiblah ditambah sehingga hilang ain najis, kalau bilangan sapu atau bilangan biji batu sudah genap, maka disunatkan untuk menambah supaya menjadi khasal(ganjil), tapi kalau dah ganjil, memadailah, tidak ditambah menjadi genap.

Memadai hilang ain najis walaupun kesan(bekas) najis tidak hilang bagi Istinjak menggunakan batu.

3 peringkat isntinjak:

Kurang afdhal – istinjak menggunakan batu sehaja
Afdhal - istinjak menggunakan air sehaja
Terlebih afdhal - istinjak menggunakan batu beserta dengan air


9 syarat sah istinjak:


1)hendaklah batu atau seumpama batu(kayu,tisu) itu suci – tidak boleh menggunakan najis(seperti tahi keras), tidak boleh benda yang mutanajis(seperti batu yang terkena najis)

2)hendaklah batu atau seumpama batu itu keras – tidak boleh menggunakan sesuatu yang cair seperti air mawar, minyak wangi

3)hendaklah batu atau seumpama batu itu kesat – tidak boleh menggunakan benda yang licin seperti plastik

4)hendaklah batu atau seumpama batu itu bukan benda yang dihormati syarak seperti makanan anak Adam seperti roti, atau kerak nasi atau makanan jin seperti tulang atau kitab-kitab atau helaian-helaian kitab syarak seperti kitab-kitab Hadis, kedoktoran, hisab, nahu, dan lain-lain.
-haram kita membakar roti atau kerak nasi, tetapi sah istinjak menggunakan roti atau kerak nasi yang sudah dibakar kerana roti dan kerak nasi bila dibakar akan menjadi arang(tidak dipanggil makanan lagi).
-tidak sah istinjak apabila kita menggunakan tulang-tulang yang dibakar.


5)hendaklah najis itu keluar dari dubur dan qubul(bukan keluar di tempat lain seperti lubang hidung, lubang telinga dan tempat lain).

6)hendaklah najis yang keluar itu dari qubul orang yang wadih(jelas)kelakian atau jelas keperempuanan – khunsa tidak dibolehkan kerana mempunyai 2 alat kemaluan

7)najis yang keluar itu belum kering lagi(kalau sudah kering najis itu, maka tidak sah istinjak menggunakan batu).

8)najis tidak berpindah – samaada kita bangun dari tempat buang najis atau najis yang keluar itu bertaburan terkena bahagian lain seperti najis itu keluar melebihi hashafah zakar(bagi lelaki), atau melibihi sofhah dubur(bagi lelaki dan perempuan).

9)tidak kedatangan najis lain menimpa dubur atau qubul kita seperti kita buang air di dalam takungan air atau di dalam sungai , lalu terpercik air sungai kena tempat keluar najis atau kita buang air kecil atas batu atau atas benda keras lalu terpercik terkena dubur dan qubul kita.

Maka apabila sempurna segala syarat tersebut, itulah haruslah beristinjak dengan batu atau barang seumpama batu, maka jikalau tiada sempurnanya, maka kena beristinjak menggunakan air.