Thursday, July 26, 2012

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.
Keterangan/Hujah: 
 
 
  1. Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
     
  2. Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
     
  3. Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
    ما حرم أخذه حرم إعطأوه "
    Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
     
  4. Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
     
  5. Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
     
  6. Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
     
  7. Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
     
  8. Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
     
  9. Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

Thursday, July 19, 2012

Bab Shiyam (Puasa)



Ini suatu bab pada menyatakan hukum puasa (mengikut mazhab syafie). Ketahui olehmu (akan) bahwasanya wajib puasa ramadhan Ramadhan itu (adalah ia) dengan salah satu daripada sembilan sebab wajib puasa;
1)Dengan sebab melihat (seseorang) sehari bulan (anak bulan) Ramadhan
2)Dengan sebab sempurna bilangan bulan sya’ban 30 puluh hari pada waktu tebal awan (tiada kelihatan anak bulan)
3)Dengan khabar yang mutawatir (tidak terima dusta) dengan melihat akan dia (anak bulan) dan jikalau adalah khabar yang mutawatir daripada kafir sekalipun (wajib juga)
4)Dengan sebab menerima (membenar) oleh qadhi akan perkhabaran orang yang adil dengan melihat akan dia (anak bulan)
5)Dengan menghukum oleh qadhi yang mujtahid dengan sabit ramadhan jika menyata ia akan dalil tempat berpegangnya.
6)Dengan sebab membenar (percaya) ia (seseorang yang mukallaf) akan khabaran orang yang melihat akan dia dan jikalau ada ia kanak-kanak dan orang yang fasiq sekalipun.
7)Dengan zhon timbul (masuk) bulan Ramadhan dengan ijtihad iaitu bagi orang yang kena tawan (penjara) dan umpamanya
8)Dengan sebab percaya ia akan orang yang berpegang ia dengan hisab (mengetahui ilmu falak) dan orang yang munajjim (orang yang tahu dengan cara hanya melihat bintang) dengan timbul bulan Ramadhan maka wajib atas keduanya (hisab dan munajjim) dan atas orang yang membenar (percaya) akan kedua-dua puasa, telah berkata akan dia (hukum demikian) oleh Syeikh Ramli.
9)Dengan sebab melihat kepada beberapa tanda timbul (masuk) bulan Ramadhan seperti ia lihat akan beberapa qandil (lampu-lampu atau pelita-pelita) dan mendengar meriam yang dipasang(ditembak) akan dia dengan tertentu (khusus) bagi Ramadhan.
Maka bermula segala syarat wajib puasa (atas setiap mukallaf) itu empat perkara;
1)Islam (yang melengkapi iman)
2)Baligh
3)Aqil(orang yang berakal)
4)Kuasa (mampu) atas puasa.
Bermula syarat sahnya (puasa seseorang) itu empat perkara pula;
1)Islam (hendaklah berkekalan Islam)
2)A’qil (mumayyiz-kanak-kanak yang tahu yang mana baik dan buruk atau kanak-kanak yang tahu cara istinjak)
3)Suci daripada haid dan nifas
4)Waktu yang menerima bagi sah puasa
Syahdan, bermula rukun puasa itu tiga perkara;
1)(Hal keadaan) niat dengan (di) hati
2)As-shoim ertinya orang yang puasa
3)Al-imsak ertinya menahan diri daripada barang yang membatal akan puasanya.
Dan disyaratkan (wajib) ta’ayyun (menentu) pada niat puasa fardhu iaitu bahawa berniat ia pada tiap-tiap malam bahawa ia (seseorang) puasa esok hari daripada Ramadhan atau daripada nazar atau daripada kaffarah dan tiada wajib niat fardhu.
Dan disyaratkan padanya bahawa menjatuh (dijatuh) akan niat itu pada waktu malam iaitu antara jatuh (terbenam) matahari dan naik fajar sodiq.inilah lafaz niatnya
(نويت صوم غد عن رمضان)
ertinya sahaja aku puasa esok hari daripada Ramadhan.
Tanbih, telah berkata Syeikh Qalyubi dan sunat bahawa berniat ia (seseorang) pada malam yang pertama daripada sebulan Ramadhan itu dengan
( نويت صوم شهر رمضان كله هذه السنة)
ertinya sahaja aku puasa satu bulan Ramadhan sekeliannya yang pada ini tahun
supaya memberi manfaat akan dia taqlid akan Imam Malik pada satu hari yang ia lupa akan niat puasa pada malamnya kerana memada pada Imam Malik dengan satu niat pada malam yang pertama daripada sebulan Ramadhan itu, intaha (akhir kalam Syeikh Qalyubi).

 Dan harus berniat pada puasa sunat pada siang hari dahulu daripada gelincir matahari(sebelum masuk waktu zohor).
Faslun, bermula yang membatal akan puasa itu (salah satu daripada) sembilan perkara;
1)Memasuk akan suatu a’in dunia kedalam rongga badan(rangka yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga, qubul dan dubur) jikalau atas berubat sekalipun dengan sengaja lagi dengan ikhtiarnya serta diketahui akan haramnya daripada lubang yang asli seperti mulut dan dubur atau lubang yang baharu seperti menikam(menebuk perutnya kerana untuk menyampaikan makanan ke dalam perut) oleh seseorang akan perutnya maka sampai kedalam rongganya.
2)Muntah(ta'rif muntah ialah makanan yang datang dari usus besar)  dengan sengaja lagi diketahui akan haramnya dan dengan ikhtiarnya dan jika yakin ia akan tiada kembali suatu kedalam rongganya sekalipun.
3)Jima’ dengan sengaja lagi dengan ikhtiarnya lagi diketahui akan haramnya dan jikalau pada dubur sekalipun.
4)Sengaja mengeluar akan mani
5)Kedatangan haid
6)Nifas
7)Wiladah, maka membatal ia akan puasa atas qaul yang asahnya
8)Kedatangannya gila pada suku harinya atau pitam pada sekelian harinya.
9)Murtad, berlindung kita dengan Allah daripadanya (murtad).
Masalah, tiada harus (haram) membuka puasa bagi umpama orang potong padi dan orang menggala(membajak) tanah dan orang tanam padi dan umpamanya melainkan (harus) dengan (salah satu daripada) 6 syarat;
1)Bahawa tiada dapat dita’khir akan kerjanya itu kepada bulan syawal
2)Bahawa tiada dapat dikerja akan dia pada malam atau dapat dikerja akan dia pada malam tetapi tiada memadai maka membawa kepada binasa ia
3)Bahawa masyaqqah(sukar) atasnya puasa akan sebagai masyaqqah yang tiada tanggung pada adat.
4)Bahawa berniat akan puasa pada malam pada hal berpagi-pagi ia puasa maka jangan (haram) ia buka melainkan apabila hasil masyaqqah (kesukaran pada syara’) dan u’zur (pada syara’).
5)Bahawa berniat ia akan tarakhkhus (syara’ memberi kemudahan seperti orang musafir) dengan membukanya itu.
6)Bahawa jangan qasad ia dengan kerjanya itu bagi kerana hendak membuka puasa jua.
Maka, apabila ia (seseorang) dapat segala syarat yang enam ini maka haruslah ia buka puasa sama ada pekerjaan itu bagi dirinya (kerja sendiri) atau bagi orang lainnya (makan gaji) tetapi wajib ia (seseorang) qodho’ apabila selesai daripada kerjanya. Wallahua’lam..


tamabahan: soh niat puasa pada malam hari di bulan Ramadhan bagi perempuan yang datang haid atau nifas


tamabahan: soh niat puasa pada malam hari di bulan Ramadhan bagi orang yang berjunub(keluar mani atau selepas jimak)
RUJUKAN: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Husain Nasir bin Muhammad Thaib al-Mas’udi al-Banjari

Saturday, July 7, 2012

Simpanan Haji : MAA Takaful vs Tabung Haji vs KWSP


Salam,

Ibadah Haji rukun Islam ke 5. Diwajibkan ke atas setiap insan yang berkemampuan bagi mengerjakan ibadah Haji. Sudahkah anda merancang untuk mengerjakan Haji dari sekarang ?

Langkah pertama yang anda boleh buat adalah dengan mendaftar nama anda di Tabung haji! Dan, anda akan lihat giliran anda akan tiba dalam tempoh 15 – 20 tahun akan datang.
Anda nak duduk sahaja menanti 20 tahun itu berlalu ? Jangan bazirkan masa yang diberikan. Kerana kelak setelah tiba giliran Haji anda 20 tahun akan datang, anda akan menyesal kerana kos menunaikan Haji pada masa itu bukan RM 12 000 – RM 14 000 seperti sekarang, tetapi ia akan naik sehingga RM 20 000 – RM 30 000 pada masa tersebut.

Apa sumber kewangan anda pada masa itu untuk mengerjakan Haji ? Simpanan sendiri ? KWSP ? Simpanan Emas ? Jual tanah? Jual rumah ? Perlu diingatkan, setiap insan yang belum mampu mengerjakan Haji, maka ia tidak DIWAJIBKAN ke atas mereka, tetapi jika tidak merancang dana Haji dari sekarang, maka memanglah TIDAK MAMPU kelak.

Satu – satunya sumber kewangan yang paling mudah adalah KWSP. Sekarang KWSP membenarkan ahlinya untuk membuka / mendaftar nama bagi Plan Haji mereka dan ini bermakna, selepas tiba giliran anda 20 tahun akan datang, anda boleh menggunakan duit KWSP bagi mengerjakan haji.

Cukup – cukuplah KWSP digunakan! Kerana KWSP adalah simpanan hari tua. Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata dana KWSP yang ada kelak bakal dihabiskan dalam tempoh 3 – 5 tahun selepas bersara. Mana tak begitu, hutang tak habis lagi, duit makan minum , melancong, anak nak kahwin dan bermacam2 lagi perkara yang akan mengikis dana KWSP anda!

Mulakanlah Simpanan haji anda hari ini!
Saya mengajak anda mula menyimpan bagi dana Haji dari sekarang. Masalahnya, apakah instrumen kewangan yang paling efektif untuk memulakan simpanan Haji ?

 Di bawah dibandingkan 3 instrumen kewangan yang berada di pasaran iaitu MAA Takaful Hajj vs Tabung Haji vs ASB.


7 perkara yang anda ‘miss’ atau ‘terlepas’ jika anda simpan di Tabung Haji / ASB berbanding MAA Takaful Hajj!

1 – Khairat Kematian RM 2 000 dengan MAA Takafulhajj ( 
di bayar dalam 24 jam  )

- Setakat info terkini, ASB masih menyediakan khairat kematian untuk ahli manakala pencarum Tabung Haji / KWSP tidak menyediakan khairat untuk ahli.

2 – Dana Talian Hayat Keluarga RM 80 000 – RM 1 juta bersama MAA Takafulhajj ( bergantung kpd plan yg diambil )
- Tabung haji / KWSP / ASB tidak menyediakan sebarang bentuk pampasan jika berlaku kematian keatas peserta. Yang ada hanyalah simpanan terkini di dalam akaun masing – masing. Dari segi warisan, MAA menyediakan HIBAH iaitu hadiah 100% nilai pampasan kepada waris  yang dinamakan ketika peserta mendaftar MAA Takafulhajj.

- ASB baru menyediakan perkhidmatan PENAMA ini, dulu tidak ada. Jika berlaku kematian, waris terpaksa pergi ke pejabat ASB negeri bagi menuntut wang terbabit dan wang tersebut hendaklah difaraidkan, bukan 100% milik isteri / anak2.

3 – Dana Sokongan Hilang upaya RM 80 000 – RM 1 juta bersama MAA Takafulhajj ( bergantung kpd plan yg diambil )
- Dalam tempoh menyimpan dari semasa ke semasa, jika ditakdirkan peserta hilang upaya bekerja selamanya disebabkan apa jua punca, MAA Takafulhajj akan memberikan sekurang2nya RM 80 000 ( Plan simpanan RM 100 ) kepada peserta sebagai dana sokongan hidup. ASB / KWSP / Tabung haji tidak memberikan apa2.

4- Dana Sokongan 46 penyakit kritikal – Dalam tempoh menyimpan, jika peserta disahkan mengidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, MAA Takafulhajj menyediakan sejumlah dana dari RM 20 000 kepada peserta sebagai tabung bagi pelbagai tujuan seperti rawatan dan ubat – ubatan. ASB / Tabung Haji tidak menyediakan dana ini. KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian dana dari akaun 2 bagi tujuan merawat penyakit kritikal tetapi dana tersebut di ambil dari akaun simpanan, bukan pampasan khas dari KWSP.

5 – Simpanan PERCUMA ahli ditanggung oleh MAA Takafulhajj jika mengidap salah satu dari 46 penyakit kritikal. Perkhidmatan ini tidak disediakan oleh Tabung Haji / ASB / KWSP.

6 – RM 5000 badal Haji dengan MAA Takafulhajj jika ditakdirkan peserta meninggal dunia. Dengan dana ini, waris boleh gunakan sebagai upah haji, buat qurban dan tahlil. Di ASB / KWSP / Tabung Haji, tiada dana badal haji diberikan.

7 – Apabila sampai waktu matang dalam tempoh 20 tahun, MAA Takafulhajj memberikan pulangan pelaburan terkumpul berjumlah RM 30 000++ berbanding Tabung Haji RM 25 000 ++. ASB memberikan lebihan pelaburan sebanyak RM 35 000 tetapi ia tidak menyediakan segala bentuk perlindungan seperti dibincangkan di atas. Potensi pulangan MAA Takafulhajj adalah lebih besar di mana pulangan boleh mencapai sehingga 25% setahun manakala ASB memberikan pulangan maksimum sekitar 9% setahun walaupun dalam keadaan ekonomi baik.

Tujuan perbandingan ini hanyalah bagi menjelaskan beberapa manfaat penting agar pelabur memilih instrumen pelaburan dana Haji yang betul dan memberikan pulangan maksimum disamping perlindungan ke atas pelaburan tadi.

Jika berminat dengan MAA TakafulHajj, boleh hubungi Amirul 0192845472

Adab dan perkara yan berkaitan dengan Qodo' Hajat


Disunatkan menjauhi daripada membuang air besar atau air kecil atau meludah atau membuang hingus ke dalam air yang tenang samada air yang sedikit(tidak cukup 2 kolah) atau yang banyak(lebih daripada 2 kolah).

Tidak makruh membuang air besar atau air kecil di dalam air yang banyak seumpama laut tetapi makruh membuang air besar atau air kecil pada waktu malam di dalam air yang banyak seumpama laut kerana sabit dalam hadis yang menyatakan air laut dan seumpamanya menjadi tempat tinggal jin.

Haram bagi orang qodo’ hajat mengqodo’kan hajatnya di tempat qodo' hajat orang lain tanpa izin dan haram qodo’ hajat menggunakan air yang diwakafkan untuk minum.

Haram buang air besar atau air kecil di tempat yang dikhususkan untuk mandi sahaja di masjid atau surau-surau.

sumber:kitab Bajuri'ala Ibnu Qosim-Syarahan Baba Idris Al-fathoni