Wednesday, September 14, 2011

Syarat Qiyam (Berdiri betul)

Bermula syarat (nak sah) qiyam (bagi yang kuasa) iaitu membetul akan tulang belakangnya dan jikalau dengan bersandar ia  (musolli) kepada sesuatu atau dengan berpegang ia atasnya (sesuatu)  atau dengan dipegang (oleh) orang  akan dia (musolli) sekalipun memadailah ia..

Dan jika tiada kuasa ia (musolli) berdiri betul maka wajib ia (musolli) berdiri qadar sehabis-habis kuasa (seqadar mana yang mampu dibuat)

Dan jika tiada kuasa (mampu) berdiri sekali-kali (langsung) seperti hasil baginya (musolli) dengan dia (berdiri) masyaqqah (kesukaran) yang sangat yang menghilang ia akan khusyu’ dan hudhur hati atau takut ia (musolli) akan jatuh ke dalam laut atau karam (bagi mereka yang berada diatas kapal) atau pusing (pening) kepalanya atau takut keluar kencingnya bagi orang yang silsil baul (sentiasa keluar air kencing)  atau keluar bawasir bagi orang yang basur (orang yang sakit buasir) dan yang umpama keduanya (silsil baul dan buasir) maka hendaklah ia sembahyang (hal keadaannya) duduk.

Dan jika lemah ia (musolli) daripada sembahyang (hal keadaannya) duduk maka hendaklah (wajiblah) ia berguling (mengiring) atas lambungnya (samada kanan atau kiri tetapi yang afdhalnya diatas lambung kanan dan sekiranya tidak mampu mengiring diatas lambung kanan maka barulah mengiring diatas lambungnya yang kiri)  dan dijadikan mukanya (musolli) dan hadapan badannya (musolli) kepada qiblat  dan hendaklah ia (musolli) bangun bagi ruku’nya dan sujudnya qadar dapatnya.

Dan jika lemah ia daripada sembahyang berbaring atas lambungnya maka hendaklah (wajiblah) ia (musolli) sembahyang bertelentang atas belakangnya dan mendiri ia akan mukanya (muka diangkat sedikit ke arah qiblat dengan dilapik sesuatu benda seperti bantal) dan (padahal) dua tapak kakinya berhadap kepada qiblat maka memperbuatlah ia (musolli) dengan ruku’nya dan sujudnya qadar kuasanya (mampunya).

Dan jika tiada (kuasa memperbuat ruku’ dan sujud) maka mengisyarat ia (musolli) bagi keduanya (ruku’ dan sujud) dengan kepalanya.

Dan jika lemah ia (musolli) daripadanya (mengisyarat dengan kepala) maka dengan kelopak matanya.

Dan jika lemah ia (musolli) mengisyarat dengan kelopak matanya maka hendaklah dilakukan sekelian perbuatan sembahyang itu dengan hatinya jua inilah sehingga-hingga (sehabis-habis)  lemahnya.

Maka tiada gugur wajib sembahyang daripadanya sekali-kali selama-lama ada aqalnya itu maujud inilah hal sembahyang fardhu.

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/13/syarat-qiyam-berdiri-betul/

Dalil Allah Bersifat Dengan Segala Sifat Kesempurnaan

Kalau Allah tidak bersifat dengan segala sifat kesempurnaan maka Dia bersifat kekurangan,

Kalau Allah bersifat dengan sifat kekurangan maka Dia lemah,

Kalau Allah lemah maka Dia tidak boleh menjadikan makhluk,

Kalau Allah tidak menjadikan makhluk maka mustahil kerana makhluk sudah ada,

Apabila makhluk sudah ada maka ada yang menjadikan,

Kalau ada yang menjadikan makhluk itu tentulah Dia (Hakikatnya, Allah yang menjadikan segala makhluk) tidak lemah,

Kalau Dia tidak bersifat lemah maka Dia tidak bersifat kekurangan,

Kalau Allah tidak bersifat kekurangan maka Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.


http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/17/dalil-allah-bersifat-dengan-segala-sifat-kesempurnaan/

7 Anggota Zahir

7 Anggota Zahir

By محمد أنس · Last edited about 3 weeks ago · Edit Doc · Delete
Dan ketahuilah olehmu bahawasanya maksud daripada ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji, supaya ada ia menyampaikan kepada membersih hati daripada sifat kecelaan, dan dikehendaki dengan segala anggota yang zahir itu tujuh anggota:-

1 ) Mata
2 ) Telinga
3 ) Lidah
4 ) Perut
5 ) Faraj
6 ) Dua tangan
7 ) Dua kaki

Rujukan: Penawar Bagi Hati karangan  Syeikh Abdul Qadir bin Abdul
               Mutollib al-Indonesi al-Mandili


http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/23/7-anggota-zahir/

Aqidah 50

20 Sifat Wajib Bagi Allah Ta’ala

1 ) Wujud (Ada)
2 ) Qidam (Sedia)
3 ) Baqo’ (Kekal)
4 ) Mukholafatuhu lil hawadith (Bersalahan Allah Ta’ala dengan segala yang baharu)
5 ) Qiyamuhu Ta’ala binafsih (Berdiri Allah Ta’ala dengan sendiriNya)
6 ) Wahdaniyyah (Esa)
7 ) Qudrat (Pekuasa)
8 ) Iradat (Pekehendak)
9 ) I’lmun (Pengetahuan)
10 ) Hayat (Pehidup)
11 ) Sama’ (Pendengar)
12 ) Basor (Pelihat)
13 ) Kalam (Pekata)
14 ) Kaunuhu Qodiran (Keadaan Allah Ta’ala yang kuasa)
15 ) Kaunuhu Muridan (Keadaan Allah Ta’ala yang menghendaki)
16 ) Kaunuhu ‘Aliman (Keadaan Allah Ta’ala yang mengetahui)
17 ) Kaunuhu Hayyan (Keadaan Allah Ta’ala yang hidup)
18 ) Kaunuhu Sami’an (Keadaan Allah Ta’ala yang mendengar)
19 ) Kaunuhu Basiron (Keadaan Allah Ta’ala yang melihat)
20 ) Kaunuhu Mutakalliman (Keadaan Allah Ta’ala yang berkata-kata)

20 Sifat Mustahil Atas Allah Ta’ala

1 ) ‘Adam ( Tiada)
2 )Huduth (Baru)
3 ) Fana’  (Binasa)
4 ) Mumasilatuhu lil hawadith (Bersamaan dengan baharu)
5 ) Qiyamuhu bi ghairih (Berdiri dengan yang lain)
6 ) Ta’addud  (Berbilang-bilang)
7 ) ‘Ajz (Lemah)
8 ) Karahah (Terpaksa)
9 ) Jahl (Jahil)
10 ) Maut (Mati)
11 ) Samam (Tuli)
12 ) ‘Umy (Buta)
13 ) Bukm (Bisu)
14 ) Kaunuhu  A’jizan (KeadaanNya yang lemah)
15 ) Kaunuhu Karihan (KeadaanNya yang terpaksa)
16 ) Kaunuhu Jahilan (KeadaanNya yang jahil)
17 ) Kaunuhu Mayyitan (KeadaanNya yang mati)
18 ) Kaunuhu A’sam (KeadaanNya yang tuli)
19 ) Kaunuhu A’ma  (KeadaanNya yang buta)
20 ) Kaunuhu Abkam (KeadaanNya yang bisu)

1 Sifat Harus Bagi Allah Ta’ala

Harus bagi Allah memperbuatkan mumkin dan meninggalkan akan mumkin.
Tidak wajib perbuat mumkin dan tidak mustahil meninggal akan mumkin.

20 Sifat Wajib Bagi Allah + 20 Sifat Mustahil Atas Allah + 1 Sifat Harus Bagi Allah= 41 Aqidah yang terdapat dalam kalimah لا إله إلا الله

4 Sifat Wajib Bagi Rasul

1 ) Sidiq (Benar)
2 ) Amanah (Kepercayaan)
3 ) Tabligh (Menyampaikan)
4 ) Fathonah (Bijaksana)

4 Sifat Mustahil Atas Rasul

1 ) Kidzib (Bohong)
2 ) Khiyanah (Khianat atau tidak dipercayai)
3 ) Kitman (Menyembunyikan)
4 ) Baladah (Bodoh)

1 Sifat Harus Bagi Rasul


Harus bagi rasul itu bersifat dan berperangai  seperti sifat dan perangai manusia yang tidak membawa kepada kekurangan martabat rasul dan tidak meluputkan hikmah jadi rasul

4 Sifat Wajib Bagi Rasul + 4 Sifat Mustahil Atas Rasul + 1 Sifat Harus Bagi Rasul  = 9 Aqidah yang terkandung di dalam kalimah محمد رسول الله

 Kesimpulan

41 Aqidah + 9 Aqidah = 50 Aqidah yang terdapat di dalam kalimah syahadah

لا إله إلا الله محمد رسول الله
Yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dan mengaku                                                      dengan tentu sungguh didalam hati mereka akan 50 Aqidah yang                                              tersebut itu.
Wallahu’alam..

http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/23/aqidah-50/

21 Syarat Takbiratul Ihram

Faslun, bermula takbiratul ihram iaitu ada 21 syarat iaitu:

1 ) Ditakbir (dilafaz) dengan bahasa Arab (hal keadaan) bagi orang
yang kuasa (mampu) (bertutur) dengan dia (bahasa Arab), dan
jika tiada (kuasa) (nescaya) diterjemah akan dia  (takbiratul
ihram) dengan barang apa bahasa ada ia (walau apa pun bahasa
selain bahasa Arab).

2 ) Dan dengan lafaz الله

3 ) Dan dengan lafaz أكبر

4 ) Dan dengan tertib antara keduanya (dahulukan lafaz الله sebelum
lafaz أكبر )

5 ) Dan pada ketika berdiri (betul) (bagi yang mampu berdiri)
pada sembahyang fardhu.

6 ) Dan ketiadaan mad (panjang 2 harkat atau lebih, mesti dibaca
pendek iaitu satu harkat sahaja)  akan hamzah (wasol) lafaz  الله
*satu alif = 2 harkat
satu harkat = 2 gerak anak jari buka dan tutup dari genggaman.

7 ) Dan tiada menggugurkan lafaz hamzah (qoto’)  أكبر
* contoh: الله كبر

8 ) Dan ketiadaan mad akan ba’ أكبر
*contoh :  أكبار

9 ) Dan ketiadaan tasydid akan dia (ba’ أكبر)
*contoh: أكبّر

10) Dan ketiadaan menambah wau sakin atau yang berbaris antara
2 kalimahnya ( الله  dan أكبر ).
*contoh: اللهو أكبر
الله وَأكبر

11) Dan ketiadaan wau dahulu daripada lafaz الله
*contoh: والله

12) Dan ketiadaan menukar hamzah (أكبر) dengan wau.
*contoh: الله وكبر

13) Dan ketiadaan menukar kaf أكبر itu dengan hamzah (أكبر)
*contoh: كأبر

14) Dan ketiadaan memanjang akan alif yang antara lam dan ha’
(الله) itu lebih daripada 14 harkat.

15) Dan ketiadaan diam yang panjang antara dua kalimahnya
(takbiratul ihram) iaitu diam yang lebih daripada kadar
bernafas dan penat atau diam yang pendek yang diqosad
dengan dia memutus akan takbirnya.

16) Dan memperdengar akan dirinya akan sekelian hurufnya

17) Dan masuk waktu

18) Dan padahal menghadap qiblat

19) Dan dita’khir akan dia (takbiratul ma’mum) kemudian
daripada takbiratul ihram imamnya pada hak makmum

20) Dan ketiadaan mempaling akan dia daripada takbiratul ihram
kepada takbir yang lain daripadanya

21) Wajib dimuqoronah ertinya diserta akan niat sembahyang itu
dengan dia (takbiratul ihram).

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/12/21-syarat-takbiratul-ihram/

MUQODDIMAH kitab تبصرة الأداني بألحان باكورة الأماني


Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Siapa Allah?

Allah ialah satu zat yang wajibul wujud(wajib ada).

Ada 2 syarat nak panggil Allah ialah satu zat yang wajibul wuujud(wajib ada) iaitu:
1)      Ada Zat Allah sejak azali lagi iaitu ada Zat Allah Ta’ala bukan bermula dengan tidak ada.
2)      Ada Zat Allah kekal abadi iaitu ada Zat Allah Ta’ala tidak berjumpa dengan tidak ada atau hilang atau mati.

Perkataan Allah itu khas pada lafaz dan khas pada makna.
Khas pada lafaz ialah tidak harus (haram) kita letak perkataan Allah pada benda-benda lain melainkan ada sandaran(idhofat) seperti “Abdullah” dan lain-lain.
Khas pada makna bermaksud ma’budun bilhaqqin, ertinya kena pada satu zat yang disembah dengan sebenar-benar.

Perkataan Ar-Rahman ertinya Yang Amat Pemurah
Perkataan Ar-Rahman itu pula khas pada lafaz dan am pada makna dan juga khas pada dunia sahaja.
Khas pada lafaz ialah tidak harus (haram) kita letak perkataan Allah pada benda-benda lain melainkan ada sandaran(idhofat) seperti “Abdul Rahman” dan lain-lain.
Am pada makna ialah Allah bagi sesuatu kepada semua manusia tidak kira orang itu beriman atau kafir.

Sifat yang berlawanan dengan Ar-Rahman ialah kedekut.

Thursday, August 18, 2011

Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin ((golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”

Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin ((golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;


TERJEMAHAN BERITA

Kaherah - Al-Hayah
Selasa, 5 April 2011

Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib menyifatkan golongan Salafi (Salafiyyin) sebagai “Khawarij Masa Kini”. Dalam masa yang sama, beliau memberi amaran bahaya tentang wujudnya “rancangan untuk mengubah pemikiran dan manhaj Al-Azhar yang pertengahan dan sederhana yang telah dipelihara oleh Al-Azhar lebih daripada seribu tahun.

Beliau juga menyatakan bahawa:
 “Aqidah Al-Azhar al-Sharif adalah Aqidah Al-Ash’ari (Al-Ashairah) dan al-Maturidi (Al-Maturidiyyah) dan (berpegang dengan) fiqh Imam Yang Empat serta Tasawwuf Imam al-Junayd.”

Dr. Ahmad al-Tayyib juga mengkritik pencerobohan golongan Salafi ke atas kawasan perkuburan dan maqam para Awliya’ dan dengan tegas menyatakan bahawa amalan tersebut sebagai bertentengan dengan ajaran Islam yang sebenar, ini dinyatakan di hadapan ratusan pelajar-pelajar asing yang mengikuti pengajian di Al-Azhar semalam. Dan Al-Azhar:
akan terus berkekalan di atas mazhab Al-Ash’ari dan memelihara pemikiran tasawwuf yang benar dan yang telah didokong oleh puluhan (ramai) para shuyukh (ulama’) Al-Azhar di dalam sejarahnya.

Penegasan beliau ini datang pada waktu golongan-golongan ekstrim menceroboh dan memusnahkan masjid-masjid ahli sufi di mana sebahagian golongan Salafi telah menyalakan api di maqam Sayyid Izz al-Din di daerah Manufiyyah (Delta Nil) sehingga maqam tersebut terbakar sepenuhnya sebelum pihak pertahanan awam dan bomba sempat memadamkan api tersebut daripada merebak ke masjid yang bersebelahan dengannya.

Dalam waktu yang sama, Universiti Al-Azhar telah memutuskan untuk membuat penyiasatan ke atas seorang profesornya di Fakulti Kejuruteraan, Dr. Muhammad Ridha Muharram yang didakwa telah menggambarkan (Nabi) Muhammad SAW sebagai “tokoh terbesar sekular di dalam sejarah manusia” di dalam banyak syarahan akademiknya kepada para pelajar yang telah menyebabkan kemarahan terhadapnya bertukar menjadi demonstrasi.

Rektor Universiti Al-Azhar Dr, Usamah Al-Abd telah menegaskan kepada “[wartawan] al-Hayah” bahawa satu komiti/lujnah undang-undang akan dibentuk untuk penyiasatan isu tersebut dengan Profesor (tersebut) dan beliau menerangkan bahawa “pembentukan lujnah tersebut dibuat sebagai satu reaksi kepada demonstrasi yang telah dilakukan oleh mahasiswa fakulti kejuruteraan dan daripada fakulti-fakulti yang lain.” Beliau juga menyatakan bahawa “pihak universiti telah memutuskan untuk menggantung Dr. Ridha Muharram daripada tugasnya sehingga selesainya penyiasatan dan keputusan yang sesuai telah dibuat berkenaan dakwaan yang dikenakan terhadapnya.”

[Selesai terjemahan]


Komentar penulis:
  1. Dr. Mahmud Subayh juga telah menulis mengenai kejahatan golongan Salafi di Mesir pada waktu ini yang telah menyerang banyak maqam-maqam para Awliya’ di bandar Qaliyub pada waktu tengah malam dan mereka telah menghancurkan empat maqam para awliya’ yang bersejarah iaitu : Sheikh Raddad, Sheikh Abdul al-Al, Sheikh al-Gharib dan Sheikh Jamaluddin dan hampir-hampir memusnahkan maqam yang kelima sebelum disedari oleh orang tempatan[Rujuk: http://www.msobieh.com/akhtaa/viewtopic.php?p=40460&sid=bfd24c86a8e09187a8550438a5460f76]
  2.  Pencerobohan dan pemusnahan maqam para awliya’ dengan biadap juga telah dilakukan baru-baru ini oleh golongan Salafi Wahhabi di Somalia i.e. golongan al-Shabab dan Hizb al-Islami.
  3. Ini merupakan lanjutan daripada apa yang telah dilakukan oleh oleh golongan Wahhabi di era kebangkitan mereka. Bahkan, usaha-usaha mereka untuk mengeluarkan maqam Nabi Muhammad SAW daripada masjid nabawi masih kedengaran sehingga hari ini.
  4. Atas nama Tauhid Uluhiyyah, mereka mengkafirkan sedara Islam mereka dengan dakwaan menyembah kubur, memusnahkan kubur para awliya’ sedangkan para Sahabat r.a. tidak pernah meruntuhkan binaan rumah Saidatina Aishah r.a. dan Rasulullah SAW yang akhirnya menjadi binaan bagi maqam Baginda SAW, Saidina Abu Bakr r.a. dan Saidina Umar r.a.. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa Nabi Isa a.s. juga akan dimaqamkan di kawasan tersebut nanti. Allah! Allah! 
  5.  Bahkan lebih dari itu, Rasulullah SAW telah dibawa menziarahi maqam Nabi Musa a.s. dan Bayt al-Lahm tempat lahir Nabi Isa a.s. sebelum beliau pergi ke Bayt al-Maqdis dalam peristiwa al-Isra’ dan al-Mi’raj yang menunjukkan kemuliaan tempat wafat dan lahirnya para anbiya’.
  6.  Lihatlah wahai saudara permusuhan mereka terhadap saudara islam mereka dan para awliya, bahkan anbiya’! di atas nama Tauhid Uluhiyyah ciptaan dan tafsiran mereka! Sedangkan perkara ini telah dibincangakan dengan panjang lebar oleh ulama’ Ahli Sunnah kita …….
  7. Sememangnya dan tidak diragui lagi sepertimana kata Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib dan ratusan ulama’ yang lain bahawa “SALAFI WAHHABI adalah KHAWARIJ ZAMAN/MASA KINI”.
  8. Ya Allah! Rahmatilah umat ini, berkatilah umat ini, peliharalah umat ini, dan tampunglah kekurangan umat ini dengan berkat kekasih Mu Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga dan para sahabat baginda serta para ulama’ Ahli Sunnah dan Jama’ah sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Allahumma Amin! 

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
sumber:http://www.al-ashairah.blogspot.com/