Showing posts with label feqah. Show all posts
Showing posts with label feqah. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

ISTINJAK MENGGUNAKAN BATU ATAU BARANG SEUMPAMA BATU


Istinjak-ms 49 dan 50-Kitab Kifayatul Muhtadi-Syarahan Baba Idris AlFathoni

Istinjak mestilah menggunakan 3 biji batu ataupun lebih daripada 3 biji batu atau satu biji batu yang mempunyai 3 penjuru ataupun lebih daripada 3 penjuru.
Jika tidak suci dengan 3 kali suci atau 3 biji batu, wajiblah ditambah sehingga hilang ain najis, kalau bilangan sapu atau bilangan biji batu sudah genap, maka disunatkan untuk menambah supaya menjadi khasal(ganjil), tapi kalau dah ganjil, memadailah, tidak ditambah menjadi genap.

Memadai hilang ain najis walaupun kesan(bekas) najis tidak hilang bagi Istinjak menggunakan batu.

3 peringkat isntinjak:

Kurang afdhal – istinjak menggunakan batu sehaja
Afdhal - istinjak menggunakan air sehaja
Terlebih afdhal - istinjak menggunakan batu beserta dengan air


9 syarat sah istinjak:


1)hendaklah batu atau seumpama batu(kayu,tisu) itu suci – tidak boleh menggunakan najis(seperti tahi keras), tidak boleh benda yang mutanajis(seperti batu yang terkena najis)

2)hendaklah batu atau seumpama batu itu keras – tidak boleh menggunakan sesuatu yang cair seperti air mawar, minyak wangi

3)hendaklah batu atau seumpama batu itu kesat – tidak boleh menggunakan benda yang licin seperti plastik

4)hendaklah batu atau seumpama batu itu bukan benda yang dihormati syarak seperti makanan anak Adam seperti roti, atau kerak nasi atau makanan jin seperti tulang atau kitab-kitab atau helaian-helaian kitab syarak seperti kitab-kitab Hadis, kedoktoran, hisab, nahu, dan lain-lain.
-haram kita membakar roti atau kerak nasi, tetapi sah istinjak menggunakan roti atau kerak nasi yang sudah dibakar kerana roti dan kerak nasi bila dibakar akan menjadi arang(tidak dipanggil makanan lagi).
-tidak sah istinjak apabila kita menggunakan tulang-tulang yang dibakar.


5)hendaklah najis itu keluar dari dubur dan qubul(bukan keluar di tempat lain seperti lubang hidung, lubang telinga dan tempat lain).

6)hendaklah najis yang keluar itu dari qubul orang yang wadih(jelas)kelakian atau jelas keperempuanan – khunsa tidak dibolehkan kerana mempunyai 2 alat kemaluan

7)najis yang keluar itu belum kering lagi(kalau sudah kering najis itu, maka tidak sah istinjak menggunakan batu).

8)najis tidak berpindah – samaada kita bangun dari tempat buang najis atau najis yang keluar itu bertaburan terkena bahagian lain seperti najis itu keluar melebihi hashafah zakar(bagi lelaki), atau melibihi sofhah dubur(bagi lelaki dan perempuan).

9)tidak kedatangan najis lain menimpa dubur atau qubul kita seperti kita buang air di dalam takungan air atau di dalam sungai , lalu terpercik air sungai kena tempat keluar najis atau kita buang air kecil atas batu atau atas benda keras lalu terpercik terkena dubur dan qubul kita.

Maka apabila sempurna segala syarat tersebut, itulah haruslah beristinjak dengan batu atau barang seumpama batu, maka jikalau tiada sempurnanya, maka kena beristinjak menggunakan air.

Saturday, December 8, 2012

Bab Wudhuk


Dan membasuh akan kaki lebih afdhal daripada menyapu tetapi adakalanya sunat menyapu moza(bahasa aceh-nama bagi kasut yang panjang yang mana rupanya seperti stoking kulit). Waktu sunat iaitu apabila syak seseorang pada harusnya menyapu moza atau diperasan benci akan memakainya(moza) atau kerana takut luput solat berjemaah, maka ini semuanya disunatkan untuk menyapu moza iaitu lebih afdhal daripada membasuh kaki.

Dan adakalanya wajib menyapu moza iaitu seumpama apabila ada seseorang memakai akan moza dengan mengikut syarat-syaratnya, kemudian masuk waktu solat dan ada air sekadar menyapu sehaja, maka ini wajib menyapu akan moza.

Dan kaifiat menyapu bahawa diletak segala anak jari kiri di sebelah bawah tumit dan diletak akan segala anak jari kanan di atas belakang anak jari kaki, kemudian dilalukan anak jari tangan kanan atas moza itu hingga di akhir betis. Dan anak jari tangan kirinya kepada hujung jari kepada hujung anak jari kaki sebelah bawah yang mana keadaan jari-jari tangan kanan dan kiri itu diregang-regangkan.




Rukun wudhu’ ke-6 ialah: TERTIB

Beza antara rukun dan fardhu ialah rukun wajib berterusan dan fardhu tidak wajib berterusan seperti rukun solat wajib berterusan tidak boleh berhenti-henti sekejap. Contoh lain, fardhu wuduk tidak wajib berterusan kerana boleh sehaja tinggal dengan jarak yang lama seperti basuh muka pada pukul 2 kemudian basuh tangan pada pukul 3.

Tiada gugur tertib dengan sebab lupa atau lainnya sperti dipaksa.

Gugur tertib pada 2 masalah iaitu:

1)menyelam bagi seseorang yang berhadas besar atau kecil, samaada air itu tidak cukup 2 kolah sekalipun dengan niat yang dikira betul di sisi syara’,kerana air yang tidak cukup 2 kolah itu tidak dikirakan air musta’mal kerana air itu tidak bercerai daripada anggota wuduk atau anggota mandi wajib.

2)apabila mandi untuk mengangkat hadas besar, tiba-tiba batal hadas kecil tapi kaki belum basuh lagi, jadi caranya, basuh sahaja kaki tadi sehingga sempurna. Atau contoh lain jika seseorang itu mengangkat hadas besar dengan sempurna walaupun bermula mandi dengan membasuh kaki dahulu, maka secara tidak langsung wuduk pun telah terangkat dengan sendirinya walaupun tidak tertib.

sumber: Kitab Kifayatul Muhtadi- Syarahan Tuan Guru Baba Idris Al fathoni                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        

.

Tuesday, December 4, 2012

BAB PADA MENYATAKAN HUKUM HAID, NIFAS DAN ISTIHADHOH



Darah Haid

Dan bermula pengertian haid ialah nama bagi satu jenis darah yang keluar daripada kemaluan perempuan(bukan keluar daripada anggota lain seperti telinga, mulut, dubur dan lain-lain)yang mana umur seseorang perempuan itu kurang sedikit daripada 9 tahun hijriah(iaitu 15 hari lagi nak sampai umur 15 tahun hijriah)yang mana darah yang keluar itu bukan darah penyakit(seperti darah yang keluar disebabkan terjatuh atau terhumban di mana-mana) dan darah yang keluar bukan sebab wiladah(diri peranankkan)

Darah haid dikatakan darah tabiat atau darah semulajadi yang mana darah itu keluar dari sedalam-dalam rahim iaitu dipangkal rahim. Oleh itu untuk mengetahui adakah seseorang perempuan sudah berhenti darah haid ataupun tidak, maka hendaklah seseorang perempuan itu memasukkan putik kapas ke dalam pangkal rahimnya. Jikalau masih ada kekuningan atau kemerahan yang melekat dekat kapas itu, maka darah haidnya belum kering lagi.

Sekurang-kurang haid ialah 24jam(sehari semalam) dan sebanyak-banyak haid ialah 15 hari 15 malam.



Darah Nifas

Dan makna nifas itu ialah nama bagi satu jenis darah yang keluar daripada kemaluan perempuan(bukan keluar daripada anggota lain seperti telinga, mulut, dubur dan lain-lain)yang mana darah tersebut keluar selepas rahimnya betul-betul kosong selepas melahirkan anak.

Sekurang-kurang nifas ialah setitik darah(1 lahzoh) selepas sempurna melahirkan anak dan sebanyak-banyak nifas ialah 60 hari 60 malam.

Masalah- seorang perempuan sudah kosong rahimnya daripada anak, tetapi kering(atau tidak keluar darah langsung) sampai hari ke-16…jawapan: ini dikira darah haid, bukan darah nifas. Tapi jika darah keluar 15 hari ke bawah, ini dikira darah nifas.(contoh:seorang perempuan sudah kosong rahimnya daripada anak, kemudian hari pertama terus keluar darah, ini dikira darah nifas)

Dan bermula darah yg keluar sebelum dan

sumber: Kitab Wishah Afroh - Syarahan oleh Tuan Guru Baba Idris Al-Fathoni

Thursday, July 19, 2012

Bab Shiyam (Puasa)



Ini suatu bab pada menyatakan hukum puasa (mengikut mazhab syafie). Ketahui olehmu (akan) bahwasanya wajib puasa ramadhan Ramadhan itu (adalah ia) dengan salah satu daripada sembilan sebab wajib puasa;
1)Dengan sebab melihat (seseorang) sehari bulan (anak bulan) Ramadhan
2)Dengan sebab sempurna bilangan bulan sya’ban 30 puluh hari pada waktu tebal awan (tiada kelihatan anak bulan)
3)Dengan khabar yang mutawatir (tidak terima dusta) dengan melihat akan dia (anak bulan) dan jikalau adalah khabar yang mutawatir daripada kafir sekalipun (wajib juga)
4)Dengan sebab menerima (membenar) oleh qadhi akan perkhabaran orang yang adil dengan melihat akan dia (anak bulan)
5)Dengan menghukum oleh qadhi yang mujtahid dengan sabit ramadhan jika menyata ia akan dalil tempat berpegangnya.
6)Dengan sebab membenar (percaya) ia (seseorang yang mukallaf) akan khabaran orang yang melihat akan dia dan jikalau ada ia kanak-kanak dan orang yang fasiq sekalipun.
7)Dengan zhon timbul (masuk) bulan Ramadhan dengan ijtihad iaitu bagi orang yang kena tawan (penjara) dan umpamanya
8)Dengan sebab percaya ia akan orang yang berpegang ia dengan hisab (mengetahui ilmu falak) dan orang yang munajjim (orang yang tahu dengan cara hanya melihat bintang) dengan timbul bulan Ramadhan maka wajib atas keduanya (hisab dan munajjim) dan atas orang yang membenar (percaya) akan kedua-dua puasa, telah berkata akan dia (hukum demikian) oleh Syeikh Ramli.
9)Dengan sebab melihat kepada beberapa tanda timbul (masuk) bulan Ramadhan seperti ia lihat akan beberapa qandil (lampu-lampu atau pelita-pelita) dan mendengar meriam yang dipasang(ditembak) akan dia dengan tertentu (khusus) bagi Ramadhan.
Maka bermula segala syarat wajib puasa (atas setiap mukallaf) itu empat perkara;
1)Islam (yang melengkapi iman)
2)Baligh
3)Aqil(orang yang berakal)
4)Kuasa (mampu) atas puasa.
Bermula syarat sahnya (puasa seseorang) itu empat perkara pula;
1)Islam (hendaklah berkekalan Islam)
2)A’qil (mumayyiz-kanak-kanak yang tahu yang mana baik dan buruk atau kanak-kanak yang tahu cara istinjak)
3)Suci daripada haid dan nifas
4)Waktu yang menerima bagi sah puasa
Syahdan, bermula rukun puasa itu tiga perkara;
1)(Hal keadaan) niat dengan (di) hati
2)As-shoim ertinya orang yang puasa
3)Al-imsak ertinya menahan diri daripada barang yang membatal akan puasanya.
Dan disyaratkan (wajib) ta’ayyun (menentu) pada niat puasa fardhu iaitu bahawa berniat ia pada tiap-tiap malam bahawa ia (seseorang) puasa esok hari daripada Ramadhan atau daripada nazar atau daripada kaffarah dan tiada wajib niat fardhu.
Dan disyaratkan padanya bahawa menjatuh (dijatuh) akan niat itu pada waktu malam iaitu antara jatuh (terbenam) matahari dan naik fajar sodiq.inilah lafaz niatnya
(نويت صوم غد عن رمضان)
ertinya sahaja aku puasa esok hari daripada Ramadhan.
Tanbih, telah berkata Syeikh Qalyubi dan sunat bahawa berniat ia (seseorang) pada malam yang pertama daripada sebulan Ramadhan itu dengan
( نويت صوم شهر رمضان كله هذه السنة)
ertinya sahaja aku puasa satu bulan Ramadhan sekeliannya yang pada ini tahun
supaya memberi manfaat akan dia taqlid akan Imam Malik pada satu hari yang ia lupa akan niat puasa pada malamnya kerana memada pada Imam Malik dengan satu niat pada malam yang pertama daripada sebulan Ramadhan itu, intaha (akhir kalam Syeikh Qalyubi).

 Dan harus berniat pada puasa sunat pada siang hari dahulu daripada gelincir matahari(sebelum masuk waktu zohor).
Faslun, bermula yang membatal akan puasa itu (salah satu daripada) sembilan perkara;
1)Memasuk akan suatu a’in dunia kedalam rongga badan(rangka yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga, qubul dan dubur) jikalau atas berubat sekalipun dengan sengaja lagi dengan ikhtiarnya serta diketahui akan haramnya daripada lubang yang asli seperti mulut dan dubur atau lubang yang baharu seperti menikam(menebuk perutnya kerana untuk menyampaikan makanan ke dalam perut) oleh seseorang akan perutnya maka sampai kedalam rongganya.
2)Muntah(ta'rif muntah ialah makanan yang datang dari usus besar)  dengan sengaja lagi diketahui akan haramnya dan dengan ikhtiarnya dan jika yakin ia akan tiada kembali suatu kedalam rongganya sekalipun.
3)Jima’ dengan sengaja lagi dengan ikhtiarnya lagi diketahui akan haramnya dan jikalau pada dubur sekalipun.
4)Sengaja mengeluar akan mani
5)Kedatangan haid
6)Nifas
7)Wiladah, maka membatal ia akan puasa atas qaul yang asahnya
8)Kedatangannya gila pada suku harinya atau pitam pada sekelian harinya.
9)Murtad, berlindung kita dengan Allah daripadanya (murtad).
Masalah, tiada harus (haram) membuka puasa bagi umpama orang potong padi dan orang menggala(membajak) tanah dan orang tanam padi dan umpamanya melainkan (harus) dengan (salah satu daripada) 6 syarat;
1)Bahawa tiada dapat dita’khir akan kerjanya itu kepada bulan syawal
2)Bahawa tiada dapat dikerja akan dia pada malam atau dapat dikerja akan dia pada malam tetapi tiada memadai maka membawa kepada binasa ia
3)Bahawa masyaqqah(sukar) atasnya puasa akan sebagai masyaqqah yang tiada tanggung pada adat.
4)Bahawa berniat akan puasa pada malam pada hal berpagi-pagi ia puasa maka jangan (haram) ia buka melainkan apabila hasil masyaqqah (kesukaran pada syara’) dan u’zur (pada syara’).
5)Bahawa berniat ia akan tarakhkhus (syara’ memberi kemudahan seperti orang musafir) dengan membukanya itu.
6)Bahawa jangan qasad ia dengan kerjanya itu bagi kerana hendak membuka puasa jua.
Maka, apabila ia (seseorang) dapat segala syarat yang enam ini maka haruslah ia buka puasa sama ada pekerjaan itu bagi dirinya (kerja sendiri) atau bagi orang lainnya (makan gaji) tetapi wajib ia (seseorang) qodho’ apabila selesai daripada kerjanya. Wallahua’lam..


tamabahan: soh niat puasa pada malam hari di bulan Ramadhan bagi perempuan yang datang haid atau nifas


tamabahan: soh niat puasa pada malam hari di bulan Ramadhan bagi orang yang berjunub(keluar mani atau selepas jimak)
RUJUKAN: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Husain Nasir bin Muhammad Thaib al-Mas’udi al-Banjari

Saturday, July 7, 2012

Adab dan perkara yan berkaitan dengan Qodo' Hajat


Disunatkan menjauhi daripada membuang air besar atau air kecil atau meludah atau membuang hingus ke dalam air yang tenang samada air yang sedikit(tidak cukup 2 kolah) atau yang banyak(lebih daripada 2 kolah).

Tidak makruh membuang air besar atau air kecil di dalam air yang banyak seumpama laut tetapi makruh membuang air besar atau air kecil pada waktu malam di dalam air yang banyak seumpama laut kerana sabit dalam hadis yang menyatakan air laut dan seumpamanya menjadi tempat tinggal jin.

Haram bagi orang qodo’ hajat mengqodo’kan hajatnya di tempat qodo' hajat orang lain tanpa izin dan haram qodo’ hajat menggunakan air yang diwakafkan untuk minum.

Haram buang air besar atau air kecil di tempat yang dikhususkan untuk mandi sahaja di masjid atau surau-surau.

sumber:kitab Bajuri'ala Ibnu Qosim-Syarahan Baba Idris Al-fathoni

Tuesday, October 11, 2011

Niat Sembahyang Yang Sebenar (1)

SEPATAH KATA DARI PENYUSUN
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله  وحده والصلاة والسلام على سيدنا محمد لا نبي بعده.
Ku susun risalah ini, semata-mata kerana cinta kepada ugamaku yang bersih lagi mudah untuk mengawal keselamatannya didalam perkara niat sembahyang.
Risalah ini ku namakan ((Jiwa Sembahyang)) yang mana tiap-tiap seorang yang menatapnya akan menjadi sembahyangnya berjiwa (hidup). Sekiranya seseorang Islam tidak mengerti betul didalam perkara niat sembahyang, maka sudah tentu jadilah sembahyangnya tidak berjiwa (mati) seperti satu bangkai yang tidak berharga. Ertinya jadilah sembahyangnya  tidak sah dan diterima oleh Allah S.W.T
Sebagaimana manusia ada mempunyai badan dan ruh, begitulah juga sembahyang diapun ada mempunyai badan dan ruh. Badan sembahyang iaitulah tingkah laku perbuatan waktu sembahyang. Adapun ruhnya ialah ikhlas (niat disisi kebanyakan ulama’) sebagaimana tuhan berfirman ((وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين )) dan Nabi S.A.W  bersabda (( إنما الأعمال بالنية)).
Disini mengertilah kita bahawa perkara yang mustahak dan penting  didalam Islam ialah niat iaitu satu perkara yang sehabis-habis mudah. Kalau tidak dipesong-pesongkan oleh orang yang suka memesong iaitu orang yang berdegil mengatakan niat itu mesti berhuruf (terlintas sahaja aku sembahyang fardhu zohor umpamanya) dan kalau tidak terlintas perkataan begitu, tidak sah sembahyangnya. Pihak inilah selalu mengelirukan orang ramai sehingga orang ramai buta tuli berpegang  ((bahawa perkataan aku sembahyang itulah niatnya)) dengan tidak mahu bertolak ansur lagi.
Didalam risalah ini, saya bawa sebahagian nas-nas ulama’ syafieyyah yang besar-besar yang  menerangkan niat itu satu lahzoh sahaja, supaya dengannya dapat memaham oleh orang ramai dengan jelas dan nyata, tidak lagi terkeliru – adanya

S. Abdul Rahman Solih                                                                                            1 Syawal 1873
Kelantan                                                                                                                   Bersamaan 2 Jun 1954
.
Bahagian Yang Pertama:  Menerangkan Nas-nas Ulama’ Bersabit Dengan Niat

Kata Ibn al-Rif’ah: -
Niat itu ialah menyahja  (kehendak dan sengeling) yang dikatakan menyahja itu iaitulah aradh (lintasan) yang tunggal yang tidak kekal, berlakulah niat itu dengan sekelip mata dan satu masa sahaja -Al-matlabul Ali.

Berkata Syeikh Fauzani, Imam al- Haramain dan Qufal:-
Kerana niat itu ialah sekelip mata (selintasan) sahaja- Nihayatul Matlab.

Berkata Imam al-Haramain: -
Sesungguhnya orang yang bodoh-bodoh menyangka ia bahawa niat itu ada baginya awal, tengah, dan akhir dan berlaku dalam hati beratur-beratur ini sangkaan semata-mata silap dan lupa akan hakikat niat – Nihayaul Matlab.

Berkata Ibn Hajar:-
Niat itu ialah aradh  (lintasan) yang tak menerima belah bahagi dia tidak ada awal dan tidak ada akhir – Syarah al-U’bab

Berkata Imam al-Ghazali:-
Niat itu tidak ada pada pertuturan dan tidak ada susunan huruf sama dengan hati atau lidah – al-Wasith.

Berkata I’mrani:-
Niat itu tidak hajat didatangkan dengan huruf, hanya niat itu ialah I’tiqad (pegangan hati)  yang mana boleh ada didalam sedikit juzu’ (satu huruf takbir) – al-Bayan.


Berkata Ibn Hajar dan Syeikh Qamuli:-
Niat itu tidak disyaratkan cakap hati atau lidah – Syarah al-Ubab Wa Jawahir al- Bahr.

Berkata Syeikhul Islam:-
Niat ialah menyahja sesuatu berserta  buatnya- fathul wahhab.

Berkata Syeikh Husaini:-
Telah muafakat segala fuqaha’ (ulama-ulama fiqh Syafie) bahwasa niat itu ialah menyahja sesuatu beserta buatnya – Nihayatul Ahkam.

Berkata Imam Nawawi:-
Jika seseorang sembahyang fardhu wajiblah ia menyahja buatnya dan menentunya dan qaul asoh wajib niat fardhu- al-Minhaj.

Berkata Ibn al-Rif’ah dan Imam al-Haramain:-
Maka yang dilaku dalam hati oleh orang yang berniat itu ialah makna lafaz.  Maksudnya ialah mengetahui sifat-sifat sembahyang – al-Matlab al-Ali wa Nihayah al- Matlab.

Berkata Ibn Hajar:-
Memadai niat itu dengan aku sembahyang fardhu zohor yakni dengan tujuan aku senbahyang fardhu zohor bukan dengan huruf aku sembahyang fardhu zohor – Syarah al-Ubab Mulakhassan.

ULASAN

Telah nyata dan terang daripada nas-nas ulama’ Syafieyyah yang besar-besar diatas, bahwa niat sembahyang itu tidak berhuruf dan tidak berkepanjangan, bahkan niat sembahyang itu iaitulah satu lintasan tunggal yang tidak ada awal, tidak ada tengah, tidak ada akhir dan tidak menerima bahagi.
Yang demikian hendaklah kita faham dan kita ikut sebagaimana tunjukan- tunjukan ulama’ itu, jangan kita terpesong. Fardhunya kalau kita disoal bagaimanakah aturan niat yang disuruh oleh ulama’-ulama’ itu ?? Jawabnya aturan niat yang disuruh oleh ulama itu ialah sebagaimana nas-nas dibawah ini:-

Bahagian  Yang Kedua: Nas-nas Ulama’  Bersabit Muqaranah Niat

Nas-nas Ulama’:

Aturan berniat itu, bahwa dihadirkan pada hati akan zat sembahyang serta sifat-sifatnya kemudian disengaja buat akan sembahyang itu, dan dijadi akan menyahja (sengaja) itu  serta dengan permulaan takbir dan  tidak lupa akan ingatannya sehingga sempurna takbirnya itu dan tidak memadai menghincirkan (membahagi) niat diatas takbir.
Dan memilih oleh Imam Nawawi  akan terpada dengan muqaranah urfiyyah, sekira-kira dibilangkan seseorang itu menghadirkan sembahyang.  Bersalah- salahan ulama’ perkataan  dikehendaki  dengan menghadirkan sembahyang itu. Kata setengah ulama’ iaitu ketiadaan lalaikan niat pada ketika takbir serta bersungguh mengenakan niat didalamnya. Dan kata setengah ulama’ iaitu memadai menghadirkan perbuatan sembahyang dan ta’arudh ta’yin pada satu juzu’ takbir . Kata setengah ulama’ lagi memadai menghadirkan niat itu dahulu sedikit daripada takbir sekalipun lalai akan niat didalam takbir bagaimana (sebagaimana) mazhab Hanafi , Maliki dan Hanbali. Dan makna keadaan seseorang  menghadirkan sembahyang itu ialah menghadirkan  barang yang wajib dihadirkan dia (menyahja perbuatan sembahyang serta ta’arudh, taa’yin) adapun menghadirkan zat sembahyang itu, maka tidak memadai dengan ittifaq ulama’ intaha………
Berkata Imam al-Haramain:-
Apabila ada perbuatan bersifat dengan banyak sifat maka mengetahui akan dia itu,  beratur-beratur  dan berlaku ia  pada beberapa masa menurut adat, kemudian apabila hadir ilmu-ilmu itu dan berhimpun ia dalam ingatan, berharaplah menyahja itu kepada itu ilmu dengan tidak beratur dan tidak berlambatan.

Dan berkata Ibnu al-Rif’ah :
Kadang-kadang hasil sekeliannya itu dalam hati dengan tidak terdahulu menghadirkan di atas takbir tetapi demikian itu sangat-sangat payah.

Dan berkata Imam al-Ghazali:-
Perkara muqaranah ini sangat-sangat mudah. Tetapi sebab-sebab yang menjadi payah itu ialah was-was jahil akan hakikat niat.

Dan berkata Husaini:-
Tiap-tiap perbuatan yang keluar daripada orang yang berakal yang jaga lagi dengan pilihannya tentu tidak sunyi daripada niat.  Bersalahan apabila keluar daripada orang gila, lalai, tersalah atau gagahi,  maka lagho (tidak ada niat).

TEGASAN

1) Niat sembahyang itu peraturannya yang sah ada dua macam sahaja, yang pertama muqaranah haqiqiyyah (kamaliyyah) yang kedua muqaranah u’rfiyyah.
Muqaranah haqiqiyyah itu: bahawa adalah niat satu lahzoh itu ada dalam semua huruf takbir dan
Muqaranah u’rfiyyah itu: bahawa adalah niat satu lahzoh itu ada dalam mana-mana satu huruf takbir.
Selain daripada itu tidak sah muqaronahnya melainkan dengan ditaqlidkan mazhab hanafi , maliki, hanbali atau qaul dhoif.
2)Peraturan berniat satu lahzoh itu iaitu lebih dahulu menghadirkan zat sembahyang dan sifat-sifat, kemudian menyahjakan buatnya dengan satu lahzoh.
3) Seorang berniat ((sahaja aku sembahyang fardhu zohor)) serta ada niat satu lahzoh itu sah sembahyangnya.


KHATIMAH  

Seseorang yang sembahyang, hendaklah ia membesarkan tuhannya dengan lidah dan hatinya serta tidak lupa daripada sembahyangnya sebagaimana firman tuhan
((وربك فكبر)) dan perkataan Imam Syafi’e “وينويها بعينها” intaha – al-Um  Lil as-Syafie.


RUJUKAN:
Risalah Jiwa Sembahyang oleh S. Abdul Rahman
Cetakan Majlis Agama Islam Kelantan

http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/08/13/niat-sembahyang-yang-sebenar-1/

Thursday, October 6, 2011

Rukun Sembahyang itu terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. Rukun Qalbi: Iaitu rukun yang berkaitan dengan pekerjaan hati.
  2. Rukun Qauli: Iaitu rukun yang berkaitan dengan bacaan.
  3. Rukun Fi;li: Iaitu rukun yang berkaitan dengan perbuatan.

Rukun Qalbi ada dua perkara:

1)      Niat
2)      Tertib

Rukun Qauli ada lima perkara:

1)      Takbiratul ihram
2)      Membaca Fatihah
3)      Membaca tahiyyat akhir.
4)      Besolawat kepada Nabi s.a.w  dalam tahiyyat akhir.
5)      Mengucap salam yang pertama.

Rukun Fi’li ada enam perkara:

1)      Berdiri betul
2)      Ruku’
3)      I’tidal
4)      Sujud
5)      Duduk antara dua sujud.
6)      Duduk membaca tahiyyat akhir.

Rujukan: Fiqh Solat oleh Haji Engku Ali bin Engku Endut  (Muhammad )  al-‘Idrusi
sumber: http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/10/03/pembahagian-rukun-sembahyang/

4 Tempat Disunatkan Mengangkat Dua Tangan di Dalam Sembahyang

1 ) Pada tatkala (ketika) takbiratul ihram

2 ) Pada tatkala (ketika) turun kepada ruku’nya (musolli)

3 ) Pada tatkala (ketika) bangun daripadanya (ruku’) kepada i’tidal

4 ) Pada tatkala (ketika) betul berdiri daripada tahiyat awalnya (ketika bangun daripada tahiyat awal pada raka’at kedua kepada berdiri betul pada rakaa’t ketiga).

*Perhatian!! Makruh hukumnya bagi sesiapa yang mengangkat kedua tangannya pada selain daripada 4 tempat yang tersebut itu. Seperti mengangkat tangan pada berdiri betul (qiyam) raka’at kedua dan raka’at yang keempat.

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

sumber:http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/21/4-tempat-disunatkan-mengangkat-dua-tangan-di-dalam-sembahyang/

Wednesday, September 21, 2011

4 Syarat Ruku’

1 ) Bahawa ada ia (ruku’) kemudian daripada tamam  (sempurna bacaan) fatihahnya (musolli) (selepas cukup 10 syarat baca fatihah), pada orang yang lain daripada (makmum) yang masbuq.
2 ) Tunduk kehadapan sekira-kira sampai (tidak mengapa jika tidak pegang lutut)  dua tapak tangan tangannya  memegang kepada dua lututnya pada (hak) orang yang sederhana kejadiannya (dan iaitu pada orang yang sembahyang berdiri).
3 ) Jangan qasad (tuju hati) dengan tunduknya itu akan yang lain daripada ruku’nya.
4 ) Thuma’ninah (وزن تُفَعْعِلَةْ) (tuma’ninah: diam sekejap sekelian anggota seqadar  سبحان الله).
Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

sumber:http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/20/4-syarat-ruku%E2%80%99/

Wednesday, September 14, 2011

Syarat Qiyam (Berdiri betul)

Bermula syarat (nak sah) qiyam (bagi yang kuasa) iaitu membetul akan tulang belakangnya dan jikalau dengan bersandar ia  (musolli) kepada sesuatu atau dengan berpegang ia atasnya (sesuatu)  atau dengan dipegang (oleh) orang  akan dia (musolli) sekalipun memadailah ia..

Dan jika tiada kuasa ia (musolli) berdiri betul maka wajib ia (musolli) berdiri qadar sehabis-habis kuasa (seqadar mana yang mampu dibuat)

Dan jika tiada kuasa (mampu) berdiri sekali-kali (langsung) seperti hasil baginya (musolli) dengan dia (berdiri) masyaqqah (kesukaran) yang sangat yang menghilang ia akan khusyu’ dan hudhur hati atau takut ia (musolli) akan jatuh ke dalam laut atau karam (bagi mereka yang berada diatas kapal) atau pusing (pening) kepalanya atau takut keluar kencingnya bagi orang yang silsil baul (sentiasa keluar air kencing)  atau keluar bawasir bagi orang yang basur (orang yang sakit buasir) dan yang umpama keduanya (silsil baul dan buasir) maka hendaklah ia sembahyang (hal keadaannya) duduk.

Dan jika lemah ia (musolli) daripada sembahyang (hal keadaannya) duduk maka hendaklah (wajiblah) ia berguling (mengiring) atas lambungnya (samada kanan atau kiri tetapi yang afdhalnya diatas lambung kanan dan sekiranya tidak mampu mengiring diatas lambung kanan maka barulah mengiring diatas lambungnya yang kiri)  dan dijadikan mukanya (musolli) dan hadapan badannya (musolli) kepada qiblat  dan hendaklah ia (musolli) bangun bagi ruku’nya dan sujudnya qadar dapatnya.

Dan jika lemah ia daripada sembahyang berbaring atas lambungnya maka hendaklah (wajiblah) ia (musolli) sembahyang bertelentang atas belakangnya dan mendiri ia akan mukanya (muka diangkat sedikit ke arah qiblat dengan dilapik sesuatu benda seperti bantal) dan (padahal) dua tapak kakinya berhadap kepada qiblat maka memperbuatlah ia (musolli) dengan ruku’nya dan sujudnya qadar kuasanya (mampunya).

Dan jika tiada (kuasa memperbuat ruku’ dan sujud) maka mengisyarat ia (musolli) bagi keduanya (ruku’ dan sujud) dengan kepalanya.

Dan jika lemah ia (musolli) daripadanya (mengisyarat dengan kepala) maka dengan kelopak matanya.

Dan jika lemah ia (musolli) mengisyarat dengan kelopak matanya maka hendaklah dilakukan sekelian perbuatan sembahyang itu dengan hatinya jua inilah sehingga-hingga (sehabis-habis)  lemahnya.

Maka tiada gugur wajib sembahyang daripadanya sekali-kali selama-lama ada aqalnya itu maujud inilah hal sembahyang fardhu.

Rujukan: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Hussain Nasir bin
Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari

http://ibadurrahman99.wordpress.com/2011/09/13/syarat-qiyam-berdiri-betul/