Wednesday, August 22, 2012

ILMU TAUHID


PENGERTIAN AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH



Aswaja itu sebenarnya adalah singkatan dari Ahlussunnah Wal-Jama’ah.

Dalam istilah Ahlussunnah Wal-Jama’ah itu, ada tiga kata yang membentuknya. Ketiga kata itu adalah:1. Ahl, yang berarti keluarga, golongan atau pengikut.2. Al-Sunnah, yaitu segala sesuatu yang telah diajarkan oleh Rasulullah Maksudnya, semua yang datang dari Nabi, baik itu berupa perbuatan, ucapan dan pengakuan Nabi 3. Al-Jama’ah, yang dimaksud dengan jama’ah disini adalah apa yang telah disepakati oleh para sahabat Nabi pada masa Khulafaur Rasyidin (yaitu Khalifah Abu Bakr, Umar bin al-Khaththab, Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib). Kata al-Jama’ah ini diambil dari sabda Rasulullah,مَنْ أَرَادَ بُحْبُوْحَةَ الْجَنَّةِ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَةَ. Barang siapa yang ingin mendapatkan kehidupan yang damai di surga, maka hendaklah ia mengikuti al-jamaah (kelompok mayoritas). Coba Nanti kamu lihat dalam kitab al-Mustadrak Juz I hal. 77 atau dalam Sunan Tirmiszi hadits no 2091. Hadits itu oleh Imam Hakim dianggap shohih dan disetujui oleh al-Hafizh al-Dzahabi.Ditempat yang lain Syaikh Abdul Qadir al-Jilani (471-561 H/1077-1166 M) juga menjelaskan menjelaskan:

فَالسُّنَّةُ مَا سَنَّهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْجَمَاعَةُ مَا اتَّفَقَ عَلَيْهِ أَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي خِلاَفَةِ الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ رَحْمَةُ اللهِ عَلَيْهِمْ أَجْمَعِيْنَ (الغنية لطالبي طريق الحق، ج 1 ص 80) Al-Sunnah adalah apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah (meliputi ucapan, perilaku serta ketetapan beliau). Sedangkan al-Jamaah adalah segala sesuatu yang telah menjadi kesepakatan para sahabat Nabi pada masa Khulafaur Rasyidin yang empat, yang telah diberi hidayah (mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada mereka semua” (Lihat dalam kitab Al-Ghunyah li Thalibi Thariq al-Haqq, juz I, hal. 80).Lebih jelas lagi, Hadlratusysyaikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (1287-1336 H/1871-1947) menyebut-kan dalam kitabnya Ziyadat Ta’liqat (hal. 23-24) sebagai berikut:أَمَّا أَهْلُ السُّنَةِ فَهُمْ أَهْلُ التَّفْسِيرِ وَالْحَدِيْثِ وَالْفِقْهِ فَإِنَّهُمْ الْمُهْتَدُوْنَ الْمُتَمَسِّكُوْنَ بِسُنَّةِ النَّبِيْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ والْخُلَفَاءِ بَعْدَهُ الرَّاشِدِيْنَ وَهُمْ الطَّائِفَةُ النَّاجِيَةُ قَالُوْا وَقَدْ اجْتَمَعَتْ الْيَوْمَ فِي مَذَاهِبَ أَرْبَعَةٍ الحَنَفِيُّوْنَ وَالشَّافِعِيُّوْنَ وَالْمَالِكِيُّوْنَ وَالْحَنْبَلِيُّوْنَ وَمَنْ كَانَ خَارِجًا عَنْ هَذِهِ الأَرْبَعَةِ فِي هَذَا الزَْمَانِ فَهُوَ مِنَ الْمُبْتَدِعَةِ Adapun Ahlussunnah Wal-Jamaah adalah kelompok ahli tafsir, ahli hadits dan ahli fiqih. Merekalah yang mengikuti dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi B dan sunnah Khulafaur Rasyidin setelahnya. Mereka adalah kelompok yang selamat (al-firqah al-najiyah). Mereka mengatakan, bahwa kelompok tersebut sekarang ini terhimpun dalam madzhab yang empat, yaitu pengikut Madzhab al-Hanafi, al-Syafi’i, al-Maliki dan al-Hanbali. Sedangkan orang-orang yang keluar dari madzhab empat tersebut pada masa sekarang adalah termasuk ahli bid’ah.”Dari definisi ini, dapat dipahami bahwa Ahlussunnah Wal-Jama’ah bukanlah aliran baru yang muncul sebagai reaksi dari beberapa aliran yang menyimpang dari ajaran Islam yang hakiki. Tetapi Ahlussunnah Wal-Jama’ah adalah Islam yang murni sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi dan sesuai dengan apa yang telah digariskan serta diamalkan oleh para sahabatnya. Kaitannya dengan pengamalan tiga sendi utama ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari, golongan Ahlussunnah Wal-Jama’ah mengikuti rumusan yang telah digariskan oleh ulama salaf. 1. Dalam bidang aqidah atau tauhid tercerminkan dalam rumusan yang digagas oleh Imam al-Asy’ari dan Imam al-Maturidi. 2. Dalam masalah amaliyah badaniyah terwujudkan dengan mengikuti madzhab empat, yakni Madzhab al-Hanafi, Madzhab al-Maliki, Madzhab al-Syafi`i, dan Madzhab al-Hanbali.3. Bidang tashawwuf mengikuti Imam al-Junaid al-Baghdadi (w. 297 H/910 M) dan Imam al-Ghazali Jika sekarang banyak kelompok yang mengaku sebagai penganut Ahlussunnah Wal-Jama’ah maka mereka harus membuktikannya dalam praktik keseharian bahwa ia bnar-benar telah mengamalkan Sunnah rasul dan Sahabatnya.Sumber "fiqh Tradisionalis" (KH. Muhyiddin Abdusshomad)


WAJIB BELAJAR ILMU TAUHID

Ketahuilah olehmu hai sekalian saudara-saudara seagama bahawa wajib atas kita tiap-tiap yang bergelar mukallaf mengenal akan Tuhan Yang Maha Mulia dan Rasul KekasihNya. Demikianlah kewajipan bebanan syarak yang timpa di atas kita sepertimana yang telah digariskan oleh para alim ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

Sifat Wajib Bagi Allah yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui iaitu 20.

Sifat Mustahil Atas Allah yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui iaitu 20.

Sifat Harus Bagi Allah yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui iaitu 1.

Sifat Wajib Bagi Rasul yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui iaitu 4.

Sifat Mustahil Atas Rasul yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui iaitu 4.

Sifat Harus Bagi Rasul yang wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui iaitu 1.

Maka hasillah daripada mengetahui segala sifat-sifat yang demikian iaitu 50 ( 20+20+1+4+4+1) serta mengiktikad akannya itu ialah iman.  

Wajib atas tiap-mukallaf itu mengiktikad akan aqidah yang 50 ini berserta dengan dalilnya.
Bagi mereka yang mengiktikad akan aqidah yang 50 ini tanpa dalil dinamakan mereka itu taqlid. Maka taqlid itu di atas khilaf ulama’, setengah ulama’ mengatakan fasiq dan setengah ulama’ mengatakan kafir. Wal’iyazubillah.

Iman inilah yang menjadi asas bagi tiap-tiap mukallaf iaitu tangga bagi mengesahkan ibadat.
Telah berkata Imam Ghazali r.a : “ Tidak sah ibadat seseorang melainkan setelah ia mengenal tuhannya”.

Inilah jalanan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang telah disusun oleh ulama’ iaitu Imam Abu Hasan Al-Asyaari  (Asyairah)  dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi (Maturidiah). Dan jalanan akidah ini telah diikuti oleh majoriti ulama’-ulama’ dunia yang muktabar setelah zamannya.

Mudah-mudahan kita berada diatas jalanan akidah yang benar. Allah memberi taufik dan hidayah kepada siapa yang ia kehendaki.

Adakah telah sah iman kita seperti yang disebutkan diatas? Yakni mengetahui dan mengiktiqad segala yang wajib bagi Allah dan Rasul berserta dalilnya. Jika masih belum, ayuhlah tuntut ilmu fardhu 'ain. Carilah guru-guru yang mursyid dalam akidah.





ILMU TAUHID

Hukum secara umum ada 3:
1)Hukum Akal
2)Hukum Adat
3)Hukum syara’
Hukum akal ada 3:
1)Wajib Akal – benda tentu sungguh tak terima nak kata tidak
2)Mustahil Akal – benda tentu tidak tak terima nak kata sungguh
3)Harus Akal – benda terima kedua-dua belah sungguh atau tidak.
Hukum Adat ada 3:
1)Wajib Adat -
2)Mustahil Adat
3)Harus adat
Hukum Syara’ atau ‘Aridi ada 2:
1)Wajib Syara’ atau wajib ‘aridi
2)Mustahil Syara’ atau wajib ‘aridi


Wajib setiap mukallaf tahu Ta’rif bagi setiap istilah di bawah:
1)zat, jirim, jisim, jauhar firid, arod, sifat, sifat ma’ani, nafsiah, salbiah, maknawiyah,makhluk,alam,benda baru (majazi, haqiqi), istihalatul mustahil, dll
Ringkasan 20 sifat dan 4 sifat Rasul 1 sifat harus bagi Allah dan 1 sifat harus bg Rasul.



Soalan:
Apakah hukum mengetahui segala hukum akal?
J: wajib wasail yakni buat tangga bagi sampai kepada wajib.
Hukum akal ada 3,
1)wajib 2)mustahil 3)harus
Ta’rif wajib akal ialah perkara tentu sungguh(senghoti, sebenar), tak terima nak kata tidak.Huraian=akal kita tidak terima sebelah tidak, hanya terima sebelah sungguh.
Ta’rif mustahil akal ialah: ialah perkara tentu tidak, tak terima nak kata sungguh(senghoti, sebenar).Huraian=akal kita tidak terima sebelah sungguh, hanya terima sebelah tidak.
Ta’rif harus akal ialah perkara yang terima kedua-dua iaitu samada sungguh atau tidak atas jalan bergilir ganti)bukan serentak berlaku), contoh makhluk ini yang mana makhluk ini terima ada dan juga terima tidak ada, atau terima sungguh dan terima pula tidaknya(pecah atau tidak pecah).

Hukum adat ialah adat kebiasaan(biasa berlaku).
Hukum, adat ada 3:
1)wajib 2)mustahil 3)harus
Makna wajib adat ialah benda yang wajib berlaku atau pasti berlaku, seperti makan banyak wajib kenyang, atau api sifatnya membakar, pisau tajam wajib memutuskan sayur yang dipotong.
Mustahil adat ialah benda yang mustahil berlaku dari segi adat kebiasaan seperti api tidak membakar kertas, pisau yang tajam tidak boleh memotong sayur.
Harus adat ialah perkara yang boleh berlaku dan boleh jadi dan tidak berlaku dan tidak boleh jadi seperti makan nasi sepinggan, boleh jadi kenyang atau tidak boleh kenyang.

Hukum syara’
Hukum syara’ terpecah kepada beberapa 2 bahagian:
1)Hukum Syara' Taklifi
2)Hukum Syara' Wad'i

Hukum syarak taklifi ada 5:
1)wajib 2)sunat 3)haram 4)makruh 5)harus

Hukum syarak’ Wad'i ada 5 :
1)sebab 2)syarat 3)mani'(perkara yang menghalang) 4)sah 5)batal

Setiapa hukum taklifi digandingkan(dibanding@dipadu) dengan hukum wad'i.Contoh wajib ada sebab, ada syarat, ada mani', ada sah dan ada batal. Contoh solat Zohor hukumnya wajib, dengan sebab gelincir matahari, maka baru wajib solat zohor, syarat sebelum msk sembahyang kena ambil wuduk dahulu, mani'-haid dan nifas adalah perkara yang menghalang daripada solat, sad-melakukan syarat2 sah solat, batal-meninggalkan perkara yang membatalkan solat.Jadi  secara keseluruhan, hukum syara' ada 25                                               

Wajib syara’(aridhi) ialah perkara yang tidak menyalahi janji yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati seseorang, mati itu wajib berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam Al-quran iaitu setiap yang bernyawa akan mati.
Mustahil syara’(aridhi) ialah perkara menyalahi janji yang mana sesuatu perkara yang terdapat di dalam Al-Quran seperti mati seseorang, mati itu wajib berlaku kerana Allah telah menjanjikan di dalam Al-quran iaitu setiap yang bernyawa akan mati. Jika tidak berlaku kematian kepada sesuatu yang bernyawa, maka ini ialah mustahil syara’ kerana menyalahi janji di dalam al-quran.
harus syara’ TENGOK KITAB KHULASOH

I’TIKOD SECARA UMUM – SIFAT KESEMPURNAAN ALLAH TA’ALA
Wajib bagi Allah Ta’ala mempunyai segala sifat kesempurnaan(kamalat), dan mustahil atas Allah tidak bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.
Wajib atas kita(setiap mukallaf) beri’tikod seperti di atas.
Dalil Allah Ta’ala mempunyai segala sifat kesempurnaan(kamalat) ialah :
1)Jikalau Allah tidak mempunyai sifat kesempurnaan nescaya Allah bersifat dengan sifat kekurangan.
2)Jikalau Allah bersifat dengan sifat kekurangan, nescaya Allah lemah.
3)Jikalau Allah Ta’ala lemah, nescaya Allah tidak berkuasa.
4)Jikalau Allah Ta’ala tidak berkuasa, nescaya Allah tidak boleh buat alam ini.
5)Jikalau Allah Ta’ala tidak boleh alam ini, nescaya alam ini tidak ada.
6)Hukum alam ini tidak ada adalah mustahil kerana alam ini sudah ada dengan pandangan mata kita.
7)Nyata daripada ada alam ini, tentulah ada penciptannya iaitu Allah Ta’ala.
8)Nyata daripada Allah Ta’ala mencipta alam ini, tentulah Allah berkuasa dan tidak lemah
9)Bila Allah Ta’ala berkuasa tentulah Dia tidak bersifat dengan sifat kekurangan.
10)Bila Allah Ta’ala tidak bersifat dengan sifat kekurangan, tentulah Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.


SIFAT WUJUD:
Wujud ertinya ada
Ada di sini bermaksud ada Zat Allah Ta’ala.
Ada terbahagi kepada 2 iaitu ada yang zati(hakiki) da nada yang majazi.
Ada Allah Ta’ala ialah ada yang hakiki bukan ada majazi.
Ada Allah Ta’ala dengan tidak ada mula.
Ada Allah Ta’ala tidak binasa.


Mustahil atas Allah Ta’ala bersifat dengan tidak wujud.
Kata Allah Ta’ala itu tidak wujud, tidak sama sekali

Kita ber’tikod bahawa Allah Ta’ala tetap wujud, kata Allah Ta’ala tidak wujud itu adalah tidak sama sekali.

Dalil:
1)Jikalau Allah tidak wujud, nescaya Allah lemah.
2)Jikalau Allah Ta’ala lemah, nescaya Allah tidak berkuasa.
3)Jikalau Allah Ta’ala tidak berkuasa, nescaya Allah tidak boleh buat alam ini.
4)Jikalau Allah Ta’ala tidak boleh alam ini, nescaya alam ini tidak ada.
5)Hukum alam ini tidak ada adalah mustahil kerana alam ini sudah ada dengan pandangan mata kita.
6)Nyata daripada ada alam ini, tentulah ada penciptannya iaitu Allah Ta’ala.
7)Nyata daripada Allah Ta’ala mencipta alam ini, tentulah Allah berkuasa dan tidak lemah
8)Bila Allah Ta’ala berkuasa tentulah Dia wujud.


BAHASAN SIFAT QIDAM


I’tikod sebelah sifat yg wajib bg Allah Ta’ala

Qidam ertinya sedia.
Sedia di sini bermaksud tidak ada mula.
Tidak ada mula di sini bermaksud tidak ada mula Zat Allah Ta’ala.
Wajib bagi Zat Allah Ta’ala ada, ada Zat Allah Ta’ala itu, tidak ada mula iaitu tidak ada orang yg menjadikannya.(ini dipanggil wajib akal)
Wajib atas kita beri’tikod bhw Zat Allah Ta’ala ada, ada Zat Allah Ta’ala itu, tidak ada mula.(ini dipanggil wajib syara’).

I’tikod sebelah sifat mustahil atas Allah Ta’ala
Hudus lawannya Qidam
Hudus ertinya baharu/baru
Baharu di sini ertinya baharu Zat Allah Ta’ala
Mustahil atas Allah Ta’ala bersifat dgn baharu(ini dipanggil mustahil akal)
Jadi, Zat Allah Ta’ala tidak baharu.(ini dipanggil istihalatul mustahil)
Wajib atas kita beri’tikod bhw Zat Allah Ta’ala tidak baharu.(wajib syara’)


Dalil akal sifat Qidam.

Jikalau Allah tidak bersifat dgn Qidam(sedia ataupun x ada mula) tentulah Allah bersifat dgn baharu.
Jikalau Allah bersifat dgn baharu, tentulah Allah itu lemah.
Jikalau Allah itu lemah, tentulah Allah itu x blh menjadikan alam ini.
Alam ini tidak ada ataupun tidak wujud, hukumnya mustahil kerana alam ini sudah ada dgn pandangan mata kita.
Alam ini ada, mestilah ada yg menjadikanya iaitu Allah Ta’ala.
Nyatalah Allah Ta’ala berkuasa menjadikan alam ini.
Bila Allah Ta’ala berkuasa, maka Allah Ta’ala tidak lemah.
Manakala Allah Ta’ala tidak lemah, tentulah Allah Ta’ala tidak baharu.
Manakala Allah Ta’ala itu tidak baharu, tentulah Allah Ta’ala itu QIDAM(sedia=x ada mula)



Bahasan sifat Baqo’

I’tikod sebelah sifat yg wajib bg Allah Ta’ala

Baqo’ ertinya kekal.
Kekal di sini bermaksud kekal Zat Allah Ta’ala
Zat Allah Ta’ala Kekal Zati iaitu ada Zat Allah Ta’ala tidak ada kaitan langsung dgn sesiapapun yg memberi kekal.
Wajib bagi Allah Ta’ala mempunyai sifat kekal(ini dipanggil wajib akal)
Wajib atas kita beri’tikod mengatakan ada Zat Allah Ta’ala kekal(ini dipanggil wajib syara’)

I’tikod sebelah sifat mustahil atas Allah Ta’ala

Fana’ lawanya Baqo’
Fana’ di sini bermaksud binasa.
Binasa di sini bermaksud binasa Zat Allah Ta’ala.
Mustahil atas Allah Ta’ala bersifat dgn binasa.(ini dipanggil mustahil akal)
Wajib bg Zat Allah Ta’ala tidak binasa.(ini dipanggil istahalatul mustahil)
Wajib atas kita beri’tikod bhw Zat Allah Ta’ala itu tidak binasa.


Dalil akal Dalil sifat Baqo’

Jikalau Allah tidak bersifat dgn Baqo’(kekal) tentulah Allah bersifat dgn (fana’)binasa.
Jikalau Allah bersifat dgn binasa, tentulah Allah itu baharu.
Jikalau Allah itu baharu, tentulah Allah itu lemah.
Jikalau Allah itu lemah, tentulah Allah itu x blh menjadikan alam ini.
Alam ini tidak ada ataupun tidak wujud, hukumnya mustahil kerana alam ini sudah ada dgn pandangan mata kita.
Alam ini ada, mestilah ada yg menjadikanya iaitu Allah Ta’ala
Nyatalah Allah Ta’ala berkuasa menjadikan alam ini.
Bila Allah Ta’ala berkuasa, maka Allah Ta’ala tidak lemah.
Manakala Allah Ta’ala tidak lemah, maka Allah Ta’ala itu tentulah tidak baharu.
Manakala Allah Ta’ala itu tidak baharu, tentulah Allah Ta’ala itu tidak binasa.
Manakala Allah Ta’ala tidak binasa, tentulah Allah ta’ala itu Kekal(BAQO’)

Jadi kita kena i'tikod bahawa Zat Allah tetap kekal, kata Zat Allah binasa tidak sama sekali.


Bahasan Sifat Mukholafatuhu Ta'ala Lilhawadis

Terjemahan Mukholafatuhu Lilhawadis ialah bersalahah Allah Ta'ala dengan segala benda yang baharu.

Maknanya segalah benda baru atau makhluk atau alam ini tidak sama dengan Allah Ta'ala sama sekali dari segi zat, sifat dan segala perbuatan(segala af'al)

Makna Zat Allah Ta'ala tidak sama dengan zat makhluk ialah Zat Allah bukan jirim, bukan jisim dan bukan jauhar firid.

Untuk dipanggil jirim mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang boleh dibelah bahagi atau benda yang tidak boleh dibelah bahagi daripada 3 cara iaitu belah, kerat atau kikis(hiris, atau krisik)

Untuk dipanggil jisim mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang boleh dibelah bahagi.

Untuk dipanggil jauhar firid mestilah mempunyai 6 ciri di bawah ini iaitu:

1) Benda ada
2) Benda yang tidak menumpang di yang lain(bawa diri sendiri)
3) Benda yang mengambil ruang(atau mengambil lapang)
4) Benda kena jadi
5) Benda baru
6) Benda yang tidak boleh dibelah bahagi.
Zat Allah bukan besar, bukan kecil, bukan tinggi, bukan rendah, bukan gemuk, bukan kurus dan lain-lain.

Zat Allah tidak mempunyai arah seperti atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang.

Zat Allah juga tidak bertempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluk ciptaan Allah seperti arash, bumi, langit dan lain-lain.

Allah tidak duduk atas arash, kerana arash itu sendiri Allah yang cipta, kalau ada orang yang mengatakan Allah tinggal di atas arasy, tidak betul sama sekali, kerana jikalau Allah tinggal di atas arasyh, kita tahu bahawa arash itu benda baru, jadi sebelum ada arash, Allah tinggal dimana???...

Jadi Allah ada tapi tidak bertempat kerana tempat itu hanya untuk makhluk.

Jadi kalau ada orang tanya, Allah duduk di mana, jawabnya Allah ada tidak bertempat.

Kesimpulan daripada huraian di atas ialah Zat Allah tidak sama dengan zat benda baru maksudnya Zat Allah bukan jirim, bukan jisim dan bukan jauhar firid.



Allah tidak sama dengan benda baru dari segi sifat:


Allah tidak sama dengan benda baru dari segi sifat maksudnya Allah bukan Arod.

Untuk dipanggil Arod mestilah mengandungi 6 ciri di bawah ini:

1)Benda ada(lazim daripada jirim itu ada)
2)Benda yang menumpang di zat yang lain
3)Benda yang mengambil ruang
4)Benda baru
5)Kena jadi
6)Benda yang boleh dibelah bahagi atau tidak boleh dibelah bahagi.

Arod boleh dikesan oleh 5 pancaindera iaitu rasa, bau,sentuh, dengar dan lihat.

Contoh arod ialah pedas, iaitu pedas ada dicili, diri pedas memang ada di cili, diri pedas tidak boleh duduk seorang diri, ia menumpang di zat cili

Contoh lain: masin ada di garam, manis adadi gula dan lain-lain.

Jadi Zat Allah bukan arod, arod hanya layak pada makhluk.


Perbuatan Allah Ta'ala tidak sama dengan perbuatan mahkluk, maksudnya perbuatan Allah Ta'ala tidak perlukan perantaraan, atas alat perkakasan, contohnya Allah Ta'ala membuat langit dan bumi tidak memerlukan alat perkakasan, bebrbeza dengan kita, jika kita nak buat rumah, kita memrlukan simen, batu, pasir dan lain-lain.




SIFAT WAHDANIAH

Wahdaniah ertinya satu atau esa atau tunggal.

Satu di sini bermaksud satu dari segi zat, satu dari segi sifat, satu dari segi perbuatan

Satu dari segi zat bermaksud ternafi 2 kam, iaitu kam muttasil dan kam munfasil.

Maksud ternafi kam muttasil ialah Zat Allah tidak tersusun daripada beberapa juzuk yang boleh dibelah bahagi melalui 3 jalan iaitu belah, kerat dan hiris (kerisik).

Maksud ternafi kam munfasil ialah tiada daripada zat makhluk ini yang menyerupai Zat Allah Ta'ala.


Satu dari segi sifat bermaksud ternafi 2 kam juga, iaitu kam muttasil dan kam munfasil.

Maksud ternafi kam muttasil dari segi sifat ialah sifat Allah hanya mengandungi satu-satu perkara sahaja dari segi sifat  atau sejenis-jenis sifat sahaja contohnya Allah hanya ada satu qudrat sahaja, tidak mempunyai 2 qudrat seperti 1 qudrat hendak menjadikan makhluk, 1 qudrat lagi tidak ahu menjadikan mahkluk di dalam satu masa yang sama.

Maksud ternafi kam munfasil dari segi sifat ialah tidak ada sifat makhluk ini menyerupai sifat Allah Ta'ala dari segi nama dan dari segi makna. Contohnya, manusia mempunyai qudrat, Allah pun mempunyai Qudrat, kalau sama dari segi nama tidak mengapa. Tapi kalau dari segi makna, iaitu makna yang sama, ini adalah salah, contoh; Qudrat Allah sama dengan qudrat manusia.





Satu dari segi perbuatan ada 2 pendapat iaitu: ada sebahagian ulamak mengatakan ternafi 1 kam sahaja iaitu kam munfasil, ada sebahagian ulamak lain mengatakan ternafi 2 kam juga, iaitu kam muttasil dan kam munfasil.



Maksud ternafi kam munfasil dari segi perbuatan ialah tidak ada perbuatan daripada makhluk ini menyerupai perbuatan Allah Ta'ala dari segi memberi bekas/kesan.

Bagi ulamak yang menafikan 2 kam, di bawah ini huraian untuk menafikan kam muttasil, bagi kam munfasil sama sahaja dengan huraian di atas.


Maksud ternafi kam muttasil dari segi perbuatan ialah di sini huraian panjang sedikit: iaitu kita wajib isbat(wajib menetapkan) bahawa perbuatan Allah amat banyak seperi memberi rezeki, menjadikan makhluk dan lain-lain. Satu lagi kita wajib menafikan ada perbuatan makhluk ini berrsekutu dengan Allah Ta'ala dari segi perbuatan iaitu membuat jauhar firid(sekecil-kecil makhluk).
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Saturday, August 4, 2012

TIDAK SAH JUAL BELI AKAN BARANG YANG TIDAK PERNAH TENGOK


- Tidak sah jual beli akan barang yang si pembeli tidak pernah tengok dan si penjual tidak pernah tengok kerana syara’ tidak mahu berlaku penganiayaan.

- Contoh situasi, barang yang hendak dibeli oleh pembeli ada di sisi penjual, tapi barang itu tidak boleh dilihat oleh si pembeli, ini TIDAK SAH. Jadi tidak sah jual beli samaada penjual dan pembeli tidak tengok barang atau salah seorang daripada mereka berdua tidak tengok barang jualan tersebut, yang mana si penjual terus bagi barang itu kepada pembeli dan tidak mengizinkan si pembeli melihat dahulu barang tersebut.

- Tidak sah orang buta menjual barang, kerana tidak nampak barang untuk dijualkan.

- Tidak sah orang buta berurusan sewa menyewa.

- Orang buta hendaklah mewakilkan kepada orang lain untuk berurusan jual beli dan sewa-menyewa.

- Jika seorang itu mata tidak buta dan mahu membeli sesuatu barang, tapi barang itu akan diambil esok hari, tiba-tiba sebelum hendak pergi ambil barang, tiba-tiba mata dia buta (mungkin disebabkan kemalangan), maka urusan jual beli ini SAH(TIDAK TERFASAKH), orang yang baru buta ini boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil barang tersebut.

- Si pembeli hendak membeli sesuatu barang yang pernah ditengoknya pada tahu lepas, tiba-tiba baru sekarang hendak dibelinya, maka hukumnya SAH(HARUS) DENGAN SYARAT BARANG ITU TIDAK BERUBAH seperti jual beli tanah.

 sumber: Kitab Hashiah AlBajuri 'ala Ibnu Qosim (Jilid satu) karangan Syeikh Ibrahim AlBajur- mendengar syarahan daripada Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni.

Jual Beli Salam



Menjual barang yang  tidak ada lagi, tetapi melalui pesanan(order dahulu), ini adalah HUKUMNYA HARUS. Jenis jual beli ini dipanggil jual beli SALAM.


Ada 2 pendapat tentang jual beli SALAM:

1)      Qoul mu’tamad mengatakan jika seseorang itu membuat pesanan(jual beli salam), tetapi tidak mengatakan lafaz jual beli salam atau salaf di dalam akad jual beli seperti seseorang itu mengatakan, ‘aku jual barang ini dengan jual beli salam’ dan hanya mengatakan ‘aku jual barang’ (tidak ada lafaz salam atau salaf), maka ini TIDAK JATUH di dalam bab jual beli salam, hanya JATUH jual beli biasa.

2)      Qoul dhoif mengatakan jika seseorang itu membuat pesanan(jual beli salam), tetapi tidak mengatakan lafaz jual beli salam atau salaf di dalam akad jual beli seperti seseorang itu mengatakan, ‘aku jual barang ini dengan jual beli salam’ dan hanya mengatakan ‘aku jual barang’ (tidak ada lafaz salam atau salaf), maka ini JATUH di dalam bab jual beli salam.

Syarat jua beli salam ialah :

1)      Kena bayar dahulu. Kalau tidak bayar dahulu, maka tidak jatuh pada hokum jual beli salam, hanya jatuh jual beli biasa.




Thursday, July 26, 2012

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.
Keterangan/Hujah: 
 
 
  1. Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
     
  2. Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
     
  3. Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
    ما حرم أخذه حرم إعطأوه "
    Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
     
  4. Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
     
  5. Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
     
  6. Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
     
  7. Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
     
  8. Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
     
  9. Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

Thursday, July 19, 2012

Bab Shiyam (Puasa)



Ini suatu bab pada menyatakan hukum puasa (mengikut mazhab syafie). Ketahui olehmu (akan) bahwasanya wajib puasa ramadhan Ramadhan itu (adalah ia) dengan salah satu daripada sembilan sebab wajib puasa;
1)Dengan sebab melihat (seseorang) sehari bulan (anak bulan) Ramadhan
2)Dengan sebab sempurna bilangan bulan sya’ban 30 puluh hari pada waktu tebal awan (tiada kelihatan anak bulan)
3)Dengan khabar yang mutawatir (tidak terima dusta) dengan melihat akan dia (anak bulan) dan jikalau adalah khabar yang mutawatir daripada kafir sekalipun (wajib juga)
4)Dengan sebab menerima (membenar) oleh qadhi akan perkhabaran orang yang adil dengan melihat akan dia (anak bulan)
5)Dengan menghukum oleh qadhi yang mujtahid dengan sabit ramadhan jika menyata ia akan dalil tempat berpegangnya.
6)Dengan sebab membenar (percaya) ia (seseorang yang mukallaf) akan khabaran orang yang melihat akan dia dan jikalau ada ia kanak-kanak dan orang yang fasiq sekalipun.
7)Dengan zhon timbul (masuk) bulan Ramadhan dengan ijtihad iaitu bagi orang yang kena tawan (penjara) dan umpamanya
8)Dengan sebab percaya ia akan orang yang berpegang ia dengan hisab (mengetahui ilmu falak) dan orang yang munajjim (orang yang tahu dengan cara hanya melihat bintang) dengan timbul bulan Ramadhan maka wajib atas keduanya (hisab dan munajjim) dan atas orang yang membenar (percaya) akan kedua-dua puasa, telah berkata akan dia (hukum demikian) oleh Syeikh Ramli.
9)Dengan sebab melihat kepada beberapa tanda timbul (masuk) bulan Ramadhan seperti ia lihat akan beberapa qandil (lampu-lampu atau pelita-pelita) dan mendengar meriam yang dipasang(ditembak) akan dia dengan tertentu (khusus) bagi Ramadhan.
Maka bermula segala syarat wajib puasa (atas setiap mukallaf) itu empat perkara;
1)Islam (yang melengkapi iman)
2)Baligh
3)Aqil(orang yang berakal)
4)Kuasa (mampu) atas puasa.
Bermula syarat sahnya (puasa seseorang) itu empat perkara pula;
1)Islam (hendaklah berkekalan Islam)
2)A’qil (mumayyiz-kanak-kanak yang tahu yang mana baik dan buruk atau kanak-kanak yang tahu cara istinjak)
3)Suci daripada haid dan nifas
4)Waktu yang menerima bagi sah puasa
Syahdan, bermula rukun puasa itu tiga perkara;
1)(Hal keadaan) niat dengan (di) hati
2)As-shoim ertinya orang yang puasa
3)Al-imsak ertinya menahan diri daripada barang yang membatal akan puasanya.
Dan disyaratkan (wajib) ta’ayyun (menentu) pada niat puasa fardhu iaitu bahawa berniat ia pada tiap-tiap malam bahawa ia (seseorang) puasa esok hari daripada Ramadhan atau daripada nazar atau daripada kaffarah dan tiada wajib niat fardhu.
Dan disyaratkan padanya bahawa menjatuh (dijatuh) akan niat itu pada waktu malam iaitu antara jatuh (terbenam) matahari dan naik fajar sodiq.inilah lafaz niatnya
(نويت صوم غد عن رمضان)
ertinya sahaja aku puasa esok hari daripada Ramadhan.
Tanbih, telah berkata Syeikh Qalyubi dan sunat bahawa berniat ia (seseorang) pada malam yang pertama daripada sebulan Ramadhan itu dengan
( نويت صوم شهر رمضان كله هذه السنة)
ertinya sahaja aku puasa satu bulan Ramadhan sekeliannya yang pada ini tahun
supaya memberi manfaat akan dia taqlid akan Imam Malik pada satu hari yang ia lupa akan niat puasa pada malamnya kerana memada pada Imam Malik dengan satu niat pada malam yang pertama daripada sebulan Ramadhan itu, intaha (akhir kalam Syeikh Qalyubi).

 Dan harus berniat pada puasa sunat pada siang hari dahulu daripada gelincir matahari(sebelum masuk waktu zohor).
Faslun, bermula yang membatal akan puasa itu (salah satu daripada) sembilan perkara;
1)Memasuk akan suatu a’in dunia kedalam rongga badan(rangka yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga, qubul dan dubur) jikalau atas berubat sekalipun dengan sengaja lagi dengan ikhtiarnya serta diketahui akan haramnya daripada lubang yang asli seperti mulut dan dubur atau lubang yang baharu seperti menikam(menebuk perutnya kerana untuk menyampaikan makanan ke dalam perut) oleh seseorang akan perutnya maka sampai kedalam rongganya.
2)Muntah(ta'rif muntah ialah makanan yang datang dari usus besar)  dengan sengaja lagi diketahui akan haramnya dan dengan ikhtiarnya dan jika yakin ia akan tiada kembali suatu kedalam rongganya sekalipun.
3)Jima’ dengan sengaja lagi dengan ikhtiarnya lagi diketahui akan haramnya dan jikalau pada dubur sekalipun.
4)Sengaja mengeluar akan mani
5)Kedatangan haid
6)Nifas
7)Wiladah, maka membatal ia akan puasa atas qaul yang asahnya
8)Kedatangannya gila pada suku harinya atau pitam pada sekelian harinya.
9)Murtad, berlindung kita dengan Allah daripadanya (murtad).
Masalah, tiada harus (haram) membuka puasa bagi umpama orang potong padi dan orang menggala(membajak) tanah dan orang tanam padi dan umpamanya melainkan (harus) dengan (salah satu daripada) 6 syarat;
1)Bahawa tiada dapat dita’khir akan kerjanya itu kepada bulan syawal
2)Bahawa tiada dapat dikerja akan dia pada malam atau dapat dikerja akan dia pada malam tetapi tiada memadai maka membawa kepada binasa ia
3)Bahawa masyaqqah(sukar) atasnya puasa akan sebagai masyaqqah yang tiada tanggung pada adat.
4)Bahawa berniat akan puasa pada malam pada hal berpagi-pagi ia puasa maka jangan (haram) ia buka melainkan apabila hasil masyaqqah (kesukaran pada syara’) dan u’zur (pada syara’).
5)Bahawa berniat ia akan tarakhkhus (syara’ memberi kemudahan seperti orang musafir) dengan membukanya itu.
6)Bahawa jangan qasad ia dengan kerjanya itu bagi kerana hendak membuka puasa jua.
Maka, apabila ia (seseorang) dapat segala syarat yang enam ini maka haruslah ia buka puasa sama ada pekerjaan itu bagi dirinya (kerja sendiri) atau bagi orang lainnya (makan gaji) tetapi wajib ia (seseorang) qodho’ apabila selesai daripada kerjanya. Wallahua’lam..


tamabahan: soh niat puasa pada malam hari di bulan Ramadhan bagi perempuan yang datang haid atau nifas


tamabahan: soh niat puasa pada malam hari di bulan Ramadhan bagi orang yang berjunub(keluar mani atau selepas jimak)
RUJUKAN: Hidayatus Sibyan karangan Abu Abdullah Husain Nasir bin Muhammad Thaib al-Mas’udi al-Banjari

Saturday, July 7, 2012

Simpanan Haji : MAA Takaful vs Tabung Haji vs KWSP


Salam,

Ibadah Haji rukun Islam ke 5. Diwajibkan ke atas setiap insan yang berkemampuan bagi mengerjakan ibadah Haji. Sudahkah anda merancang untuk mengerjakan Haji dari sekarang ?

Langkah pertama yang anda boleh buat adalah dengan mendaftar nama anda di Tabung haji! Dan, anda akan lihat giliran anda akan tiba dalam tempoh 15 – 20 tahun akan datang.
Anda nak duduk sahaja menanti 20 tahun itu berlalu ? Jangan bazirkan masa yang diberikan. Kerana kelak setelah tiba giliran Haji anda 20 tahun akan datang, anda akan menyesal kerana kos menunaikan Haji pada masa itu bukan RM 12 000 – RM 14 000 seperti sekarang, tetapi ia akan naik sehingga RM 20 000 – RM 30 000 pada masa tersebut.

Apa sumber kewangan anda pada masa itu untuk mengerjakan Haji ? Simpanan sendiri ? KWSP ? Simpanan Emas ? Jual tanah? Jual rumah ? Perlu diingatkan, setiap insan yang belum mampu mengerjakan Haji, maka ia tidak DIWAJIBKAN ke atas mereka, tetapi jika tidak merancang dana Haji dari sekarang, maka memanglah TIDAK MAMPU kelak.

Satu – satunya sumber kewangan yang paling mudah adalah KWSP. Sekarang KWSP membenarkan ahlinya untuk membuka / mendaftar nama bagi Plan Haji mereka dan ini bermakna, selepas tiba giliran anda 20 tahun akan datang, anda boleh menggunakan duit KWSP bagi mengerjakan haji.

Cukup – cukuplah KWSP digunakan! Kerana KWSP adalah simpanan hari tua. Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata dana KWSP yang ada kelak bakal dihabiskan dalam tempoh 3 – 5 tahun selepas bersara. Mana tak begitu, hutang tak habis lagi, duit makan minum , melancong, anak nak kahwin dan bermacam2 lagi perkara yang akan mengikis dana KWSP anda!

Mulakanlah Simpanan haji anda hari ini!
Saya mengajak anda mula menyimpan bagi dana Haji dari sekarang. Masalahnya, apakah instrumen kewangan yang paling efektif untuk memulakan simpanan Haji ?

 Di bawah dibandingkan 3 instrumen kewangan yang berada di pasaran iaitu MAA Takaful Hajj vs Tabung Haji vs ASB.


7 perkara yang anda ‘miss’ atau ‘terlepas’ jika anda simpan di Tabung Haji / ASB berbanding MAA Takaful Hajj!

1 – Khairat Kematian RM 2 000 dengan MAA Takafulhajj ( 
di bayar dalam 24 jam  )

- Setakat info terkini, ASB masih menyediakan khairat kematian untuk ahli manakala pencarum Tabung Haji / KWSP tidak menyediakan khairat untuk ahli.

2 – Dana Talian Hayat Keluarga RM 80 000 – RM 1 juta bersama MAA Takafulhajj ( bergantung kpd plan yg diambil )
- Tabung haji / KWSP / ASB tidak menyediakan sebarang bentuk pampasan jika berlaku kematian keatas peserta. Yang ada hanyalah simpanan terkini di dalam akaun masing – masing. Dari segi warisan, MAA menyediakan HIBAH iaitu hadiah 100% nilai pampasan kepada waris  yang dinamakan ketika peserta mendaftar MAA Takafulhajj.

- ASB baru menyediakan perkhidmatan PENAMA ini, dulu tidak ada. Jika berlaku kematian, waris terpaksa pergi ke pejabat ASB negeri bagi menuntut wang terbabit dan wang tersebut hendaklah difaraidkan, bukan 100% milik isteri / anak2.

3 – Dana Sokongan Hilang upaya RM 80 000 – RM 1 juta bersama MAA Takafulhajj ( bergantung kpd plan yg diambil )
- Dalam tempoh menyimpan dari semasa ke semasa, jika ditakdirkan peserta hilang upaya bekerja selamanya disebabkan apa jua punca, MAA Takafulhajj akan memberikan sekurang2nya RM 80 000 ( Plan simpanan RM 100 ) kepada peserta sebagai dana sokongan hidup. ASB / KWSP / Tabung haji tidak memberikan apa2.

4- Dana Sokongan 46 penyakit kritikal – Dalam tempoh menyimpan, jika peserta disahkan mengidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, MAA Takafulhajj menyediakan sejumlah dana dari RM 20 000 kepada peserta sebagai tabung bagi pelbagai tujuan seperti rawatan dan ubat – ubatan. ASB / Tabung Haji tidak menyediakan dana ini. KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian dana dari akaun 2 bagi tujuan merawat penyakit kritikal tetapi dana tersebut di ambil dari akaun simpanan, bukan pampasan khas dari KWSP.

5 – Simpanan PERCUMA ahli ditanggung oleh MAA Takafulhajj jika mengidap salah satu dari 46 penyakit kritikal. Perkhidmatan ini tidak disediakan oleh Tabung Haji / ASB / KWSP.

6 – RM 5000 badal Haji dengan MAA Takafulhajj jika ditakdirkan peserta meninggal dunia. Dengan dana ini, waris boleh gunakan sebagai upah haji, buat qurban dan tahlil. Di ASB / KWSP / Tabung Haji, tiada dana badal haji diberikan.

7 – Apabila sampai waktu matang dalam tempoh 20 tahun, MAA Takafulhajj memberikan pulangan pelaburan terkumpul berjumlah RM 30 000++ berbanding Tabung Haji RM 25 000 ++. ASB memberikan lebihan pelaburan sebanyak RM 35 000 tetapi ia tidak menyediakan segala bentuk perlindungan seperti dibincangkan di atas. Potensi pulangan MAA Takafulhajj adalah lebih besar di mana pulangan boleh mencapai sehingga 25% setahun manakala ASB memberikan pulangan maksimum sekitar 9% setahun walaupun dalam keadaan ekonomi baik.

Tujuan perbandingan ini hanyalah bagi menjelaskan beberapa manfaat penting agar pelabur memilih instrumen pelaburan dana Haji yang betul dan memberikan pulangan maksimum disamping perlindungan ke atas pelaburan tadi.

Jika berminat dengan MAA TakafulHajj, boleh hubungi Amirul 0192845472

Adab dan perkara yan berkaitan dengan Qodo' Hajat


Disunatkan menjauhi daripada membuang air besar atau air kecil atau meludah atau membuang hingus ke dalam air yang tenang samada air yang sedikit(tidak cukup 2 kolah) atau yang banyak(lebih daripada 2 kolah).

Tidak makruh membuang air besar atau air kecil di dalam air yang banyak seumpama laut tetapi makruh membuang air besar atau air kecil pada waktu malam di dalam air yang banyak seumpama laut kerana sabit dalam hadis yang menyatakan air laut dan seumpamanya menjadi tempat tinggal jin.

Haram bagi orang qodo’ hajat mengqodo’kan hajatnya di tempat qodo' hajat orang lain tanpa izin dan haram qodo’ hajat menggunakan air yang diwakafkan untuk minum.

Haram buang air besar atau air kecil di tempat yang dikhususkan untuk mandi sahaja di masjid atau surau-surau.

sumber:kitab Bajuri'ala Ibnu Qosim-Syarahan Baba Idris Al-fathoni