Monday, April 23, 2012

SIFAT QIYAMUHU TA’ALA BINAFSIH



Terjemahan qiyamuhu Ta’ala binafsih:  Berdirinya Zat Allah Ta’ala dengan Sendirinya, berdiri di sini bermaksud ada Zat Allah Ta’ala dengan cara-caranya sendiri, maksud cara-caranya sendiri ialah adanya Zat Allah Ta’ala lepas daripada dua sebab iaitu  :

1)Zat Allah Ta’ala lepas daripada menumpang di benda yang lain kerana diriNYA itu sendiri adalah zat bukan sifat dan bukan arod kerana sifat dan arod menumpang di yang lain.

2) Zat Allah Ta’ala lepas daripada orang yang menjadikanNYA kerana Zat Allah Ta’ala itu Qodim bukannya benda baru kerana setiap benda baru mesti ada yang menjadikannya.